Tuesday, June 11, 2013

Mee goreng air oren

Aloha...

Tajuk kampungan sungguh....

Dah 2-3 bulan ni my laling & the gang telah menambahkan aktiviti dorang. Dulu acara dipenuhi dgn acara melepak main carrom. Thank God.... brader rumah yg dorang selalu lepak tu sekarang ni selalu outstation, so..... sendirik mau ingat lah kan. Carik port lain....

Ni schedule dorang sepanjang minggu :-

Isnin - Rabu : mengaji
Alhamdulillah...... insaf akhirnya. Bila2 tengok dorang berkain pelikat  berkopiah... suci je wajah masing2.

Khamis : Tetap melepak kadang2 tapi balik cepat.

Jumaat : 10 - 12pm main badminton.
               12 - 2 am lepak Maju Ahmad

Sabtu & Ahad : Acara bebas bersama keluarga.
                          Malam - lepak lagi.

Ni nak cerita sal depa mengaji. Port mengaji, ikut suka sape yang jemput. Kalau takde sape bukak mulut jemput ke rumah, selalunya rumah kitorang lah yang my laling offer. Sekurang2nya dapat halau setan2 (kalau ada) dalam rumah tu.

Orang dah datang, takkan tak menghidang. Ye tak?? Walaupun dorang dah pesan, tak perlu buat apa2 tapi adat orang melayu hidup berjiran, sekurang2nya air mesti ada.

So far, setiap kali dorang datang rumah aku, rezeki sentiasa ada. Paling kokak pun aku buat cekodok & keropok.

Semalam aku buat mee goreng. Ni konsep berani mati ni nak hidang mee goreng kat orang. Bajet2 reti je masak....

Lepas Maghrib dah start masak. Dorang datang jemaah Isyak pas tu baru mengaji. 

Aku masak rencah mee tu je dulu. Dah lepas Isyak baru masuk mee.

Semalam ramai lah pulak. Time Isyak tak ramai, pas tu sorang2 datang. Dari nak buat mee sepeket, tambah lagi 1 peket.

Oleh kerana rencah yang mula2 masak tu bajet untuk 1 peket, so kena tambah sikit lagi. Konon2 nak buat mee goreng basah, so kena lah tambah air lagi kan....

Tang ni lah insiden yang tak patut berlaku telah terjadi.....

WHY???!!! Why today???? Huhuhuhuhu......

Instead nak tambah air masak dalam kuali.... aku tercurah AIR OREN....

Maaaakkkkkkkk............

Ni semua my laling jr lah ni. Dia tukang buat air oren. Pas tu dia letak jag air oren kat sebelah dapur. Air masak dia bawak ke depan. Aku main sauk je tak pandang2.

Agak2 suku gelas jugak lah dah masuk kuali.

Dah termanis pulak my mee goreng. Kena lah aku ketuk2 cili padi kasi campak dalam kuali. Mana tau kot2 dapat tutup rasa oren tu.

Syabas.... berjaya jugak.

Yang penting mee aku licin dorang bedal. Kalau aku sempat snap gambar mee goreng aku tu, korang mesti terliur. Ahaks.....

Semalam masak cepat2 sebab nak duduk atas. Ada strategi......



2 comments:

  1. hihihihihi....mee goreng air oren rupenyee...al kisahhhhh :) :)
    terer tuhhh...licin kene bedal walopun ade campuran oren.

    ReplyDelete