Thursday, April 23, 2015

Polperro Steak House


Aloha......

Tetiba lah nak memblogging..... Nak lawan orang sebelah lah...

"Puan Jija, u ingat u je ada skill buat posting 15 min.... I lagi 5 minit nak abis lunch..... Lagi adventure tau....."

Ni, nak citer pasal hari Ahad hari tu gi makan. Pergi bertiga je dengan budak kecik tu & bapak budak kecik. Abang budak kecik tak balik lagi.

My laling dah janji berhari2 nak makan situ. Jumpa tempat ni masa gi round2 tengok rumah minggu lepas.

Tempat senang cari, senang parking & selesa. Maybe masa pergi tak ramai orang. Service pun pantas, harga bolehlah..... Takde lah macam tempat lain steak sekeping cecah RM30++. Rasa, not bad... Boleh ulang... Memang plan nak gi lagi, nak kena bawak abang budak kecik tu pulak... Buatnya dia baca post ni, dia ungkit sampai tahun depan. Maklumlah bawak adik je..... Kadang2 ada nada jelesnya di situ.

Ok.... meh layan gambar2 ni.

AMARAN : SILA JANGAN TERLIUR.....


24, Jalan Kristal Ar7/Ar, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
+60 13-255 4721
 
Ada satu lagi branch kat section 13 kalau tak silap.


Ini steak combo. Beef + tiger prawn. RM19.90. Aku punya.
Laling punya tak snap sebab steak biasa2 je. RM16.90.
Portion dia.... mengenyangkan.


French fries RM4.90. Fresh orange RM3.50.
Portion : banyak. Air gelas besar. Aku tak habis air tu sebab kenyang sangat.
 

 
Ini budak : priceless....
Kalau boleh semua dia nak order.



Tengoklah sendiri menu & harga tu... Ada macam2 lagi. Chicken, fish, lamb, campur2 pun ada. Yang campur2 tu set combo.


First time duduk kat baby chair. Memang nak kasi mak pak dia makan dengan aman...

Overall..... Saya kasi bintang 4.

1 comment: