Saturday, August 20, 2011

Raya paling gempak

Aloha...

Nah ambik!!! Punya lah lama tak melepak kat sini, hari ni melebih2 pulak nak hapdet blog.

Walaupun masih tiada 'rasa' mau bergebang tapi demi tidak mau tempat ni bersawang terutama dekat2 raya ni, ku gagahkan jua.

Itu tajuk diatas adalah seperti cerita dibawah... (baru perasan betapa teruknya bahasa ibunda ku ini - so, jgn salahkan junior aku)

Kenapa raya kali ini (buat masa ini) ku kata kan gempak?
Ianya adalah kerana :-

1) Aku - belum beli apa2 pun yg bekaitan dengan raya.
2) Aku - tiada 1 kuih raya pun aku order. (Oh ya, dapat 1 hari tu tapi sudah habis)
3) Aku - tiada mood untuk beraya walaupun dah cuba dengar berpuloh2 lagu raya.
4) Aku - pegi shopping mall, tapi yg dibawa balik adalah shampoo & lip liner.

5) Junior - juga tiada baju raya & tidak pulak dia berminta2.
6) Junior - tidak pulak dia kisah mau beraya di mana.

7) Darling - memang tiada baju raya dan itu memang perkara biasa.
8) Darling - tidak sibuk untuk menservis kereta sebelum raya.
9) Darling - berkali2 dan berhari2 dia tanya aku tak membeli apa2 seperti tidak atau tidak mahu percaya.

Note : Gempakkan???



No comments:

Post a Comment