Tuesday, August 9, 2011

..... sabar je lah

Aloha...

Ini bulan, bulan puasa. Ini bulan tadak cerita.

Ekceli banyak nak cerita sejak dari sebelum puasa. Sejak dari 2-3 bulan lepas. Tapi...... (no reason for that)

Tapi hari ni.....

Kalau nak mengeluarkan kata2 kesat kang, ini bulan puasa. Hormat sikit bulan yg mulia.
Tapi ini lah hakikatnya. Hati ini menjerit2 mahu memaki. Hati ini meronta2 mahu mencari pasal.

Tension gile hari ni kat ofis. Kononnya mau tukar sistem baru. Tapi aku tak nampak dari segala sudut yg sistem tu bakal menyenangkan hidup aku. Dorang tak buat, so dorang tak tau macamana menderitanya hidup aku.

Hari ini aku sengaja mau mencari pasal dgn boss. Tapi dia seakan tau2 je... Sepatah haram dia tak bercakap apa2. Aku tunggu dia bersuara. 5 patah dia bersuara aku akan balas 83 patah perkataan. Begitu telitinya plan aku, tapi dia lak buat bodo. Sampai lah balik. Hati ini jadi semakin meluap2 api kemarahannya.

Kata pertama yg keluar dari mulut aku time jumpa darling masa balik tadi adalah....

"You, I nak benti keje..."

.... dan dia tak berkata apa2...
pekak agaknya....

Note : BENCI BENCI BENCI BENCI BENCI!!!!!!!

No comments:

Post a Comment