Saturday, July 23, 2011

Patutkah beri itam menjadi beri putih?

Aloha...

Untuk soalan diatas, tak perlu kamu jawap. Aku hanya bertanya2 dalam hati. Dan yang lebih tepat lagi aku saje nak tayang aku dah dapat beri itam... Orang sudah berabad guna bende ni, aku baru ni nak dapat. Tapi aku macam teringin je nak transform beri ini dari hitam ke putih. Nati tak nampak pulak keoriginaliti dia pulakkan.... Mmmmmmm.....

Aku tau kamu akan kata :-
"Ada aku kesah... "
(So klise itu ayat. Sudah tidak power)

Dan sebelum kamu mengeluarkan ayat yang tidak power itu, aku dulu akan cakap :-
"Ada aku kesah yg kamu tak kesah"

Dan kamu pulak berkata :-
"Ada aku kesah kamu tak kesah yg aku tak kesah...."

Ok enuff... jangan gaduh2. Ini sudah lari tajuk.

Aku dapat benda alah ni sempena....... (*thinking... thinking...*) sempena darling gi ostesyen kot. Memang takde kena mengena kan. Tapi bila pikir2, ada jugak kena mengena.

Yelah... sekarang ni dia selalu kena gi ostesyen seperti dolu2. Kesian mak kena tinggal nyah.

Minggu pertama dia gi ostesyen, aku dapat si beri itam. Yes, mungkin itu satu kebetulan.

Minggu kedua, dia gi ostesyen lagi. Balik2 je, darling junior pulak dapat set bilik tido baru. (Banyak2 bende, ini yg dia mintak... Heran aku taste dia.) Adakah ini masih kebetulan?

Minggu ketiga, belum pegi lagi... aku sudah dijamukan dengan barangan IKEA. Bila dah sampai kat situ tangan ni mula menggatal... Tanpa menjeling, sambil lalu, tangan ini macam sotong ambik brg tu masuk trolley. Ambik brg ni masuk trolley. Kadang tak terpikir pun kegunaan benda2 tu. Kat kaunter... terkebil2 mamat tu membayar RM477.77. Cantik sungguh angka itu. Tapi kalau RM777.77, tentu lagi cantikkan?

Dah masuk 3 kali... aku rasa ini bukan lagi kebetulan tapi suratan....

Kadang2 terpikir jugak. Agak2 kalau dia kena pegi Uganda ke... Ghana ke... mungkin jugak aku boleh dapat sebijik CRV. (Terlalu jauh imiginasi kamu makcik...Hentikan lah)

Ini minggu, setelah berminggu2 dia 'mencurahkan' bakti dia pada kami... dia pergi mencari harta karun. Mungkin harta yang ada sudah berkurangan.

Aku kat rumah bersengkang mata depan Pakcik Gugel sebab kejap2 dia kol.
"Yang... tolong check nama boss James Bond"
Jap lagi....
"You... apa nama watak Will Smith dlm Bad Boys?"

Wah...wah... kamu... kalau masih tak dapat bawak balik hadiah berupa blender atau iron atau juice maker... memang sial2 sia2 aje usaha aku kamu.

Kamu, kamu, kamu... kalau nampak aje Porsche yang ditampal OMG Treasure Hunt, sila beri laluan. Laki aku tu.

Minggu depan... dia tersangat2 lah free nya (mengikut jadual).
(Cepat makcik pikir apa plan minggu depan...)

Note : Ok...ok... back to the topic. Patutkah aku tukar hitam kepada putih? Macam suci je kan.....

No comments:

Post a Comment