Thursday, September 1, 2011

Baru aku tahu....

**PERINGATAN!!!!**
Ini kisah sedih aku. Pada siapa yang tidak sayangkan makhluk Tuhan yang bernama KUCING, sila jangan teruskan bacaan. Pasti anda akan rasa meluat yang amat sangat. Jangan paksa diri anda atau cuba berpura2 untuk bersedih. Aku tidak perlukan semua itu.... Cerita ini hanya untuk aku. Terlebih dulu, aku mintak MAAF....


*************************************************************************************

Sob..sob....

Baru aku tau...
kenapa aku macam tadak mood je nak raya.
kenapa aku mimpikan kubur dan keranda sebelum raya.
kenapa aku nak bawak balik semua furkids aku beraya.
kenapa Tabby senyap je hari tu.
kenapa Tabby dan Tesha bergaduh petang raya tu. Bergaduh yang betul2 gaduh. Tak pernah aku tengok dorang begitu. Tapi hanya sebentar lepas aku & darling pujuk.

Baru aku tau...
semua ini ada sebabnya.

1 Syawal 1432
Kami hanya sempat bergembira di hari raya hanya untuk 13 jam shj. Selepas jam 8.20pm, semuanya menjadi hancur. Luluh hati ini.

Tabby telah pergi selama2nya meninggalkan kami. Hati aku remuk bila dia pergi betul2 depan mata aku.

Kalaulah....
aku tak bawak dia balik... sekarang ni mesti dia sama mengadap atau sengaja baring atas laptop ni.

Bagi sesiapa yang rasa kami over acting... Ya!!! kami memang over acting. Setakat kucing mati apa nak herankan sangat kan??!! Itu kata korang. Katalah apa nak kata.

Bagi sesiapa yang rasa kami gila sebab sayangkan kucing macam baby... Ya!!! kami memang gila. Aku pedulik apa.

Kata darling, dia pergi dengan senang. Tapi aku tak boleh lupa macamana dia menggelupur depan aku. Lepas darling pegang dan cakap "Pergilah Tabby...." baru dia senyap. Dia seakan faham. Yang aku buat hanya menjerit & meraung.

Masa tu memang kitorang nak keluar. Sementara tu darling lepaskan dorang untuk main depan rumah. Masa tu darling memang jaga dorang ibarat jaga budak tengah main. Memang itulah rutin dia & aku klu dorang keluar main depan rumah.

Pada masa tu jugak, aku baru cakap..."Kalau baik mcm ni, bolehlah selalu bwk balik kampung" sebab dorang memang tak pergi jauh. Tak kisahlah kalau kena angkut segala barang dia. Sebelum balik aku memang sangat2 excited nak bawak dorang.

Tiba2 dia melintas... aku tak kisah sangat dia melintas sebab itu kawasan taman perumahan. Jalan pun hanya sebesar 4 langkah. Kereta pun takde.

Aku cuma sempat cakap kat Tabby.... "Tabby, come here. Nanti ada kereta.." Dan pada masa sama darling bangun untuk ambik dia sebab dengar ada kereta yg ibarat bunyi enjin yg dah nak roboh datang dengan lajunya. Belum sempat nak lintas, kereta tu lalu dan......

Aduhhhh....... luluh hati aku.

AKU TAK PAHAM DENGAN MANUSIA ITU. KENAPA DIA MESTI NAK LAJU?!! JALAN TU JALAN SEMPIT. DAN YANG PALING2 BUAT AKU LAGI TAK PAHAM, RUMAH MAK AKU TU RUMAH NO 2 LAST. MAKNANYA... ITU JALAN MATI. TAK TAULAH KALAU DORANG TU NAK LAJU SEBAB NAK LANGGAR BUKIT YANG ADA KAT DEPAN TU. DAN, TAKKAN DIA TAK NAMPAK SEBESAR2 DARLING AKU NAK LINTAS JALAN. BANGGA SANGAT DIA DENGAN PROTON YANG DAH NAK ROBOH ENJIN TU. SEBAB ENJIN KERETA DIA TULAH YANG BUAT TABBY TAKUT DAN BERPATAH BALIK LARI KEARAH DARLING. KALAULAH DIA TAK LAJU.... DAN MANUSIA ITU PUN BUKAN ORG SITU. HANYA DATANG BERAYA KAT RUMAH JIRAN. BONGKAK DENGAN KERETA BURUK TU!!!!

Ya... dia ada datang untuk mintak maaf. KEPALA HOTAK KAU!!!! Kan dah kena sound direct dengan aku.

Tesha sempat tengok dan cium adik dia. Aku... memang aku tak mampu. Aku tak mampu nak tengok pun. Aku hanya mampu menangis... Makin kuat mak & kakak peluk aku, makin kuat aku meraung.

Darling & junior sempat mandikan Tabby, dan kebumikan dia di tempat yang sangat cantik.

Walaupun baru sehari di kampung tapi aku sudah mau pulang kerana aku tidak mau furkids aku berada ditempat yg tidak selamat. Selepas kejadian itu, mak tak kasi lagi dorang keluar. Semua duduk dalam cage didalam rumah. Hanya bawak dorang main dibelakang rumah dan dijaga oleh 6 orang iaitu darling, aku, junior, kakak & anak2 sedara.

Tapi darling tidak mau balik sebab dia tau, kalau balik dia akan terbayang2kan Tabby.

Memang pun... Malam semalam jugak (raya ke-2) aku ajak darling balik. Ikutkan pukul 6.30 am tu aku dah ajak dia. Sampai rumah terbayang2 je dia berlari2 dengan Tesha & kids.
Ternampak2 dia jaga ketiga2 anak Tesha dan yang paling rapat dengan dia adalah T-kiut.
Terasa2 dia tidur sebelah bantal.
Terdengar mcmana dia kejutkan kitorang time subuh.

Paling sedih bila pagi, Tesha mencari2 Tabby. Pukul 6.30am memang time dorang kejutkan kami & bermain kejar2. Tak tentu arah Tesha. Dia sudah mula kehilangan Tabby.
Hari ini Tesha sudah tidak lalu makan. Makan hanya sedikit walaupun di suap. Lepas penat mencari, dia akan tidur.

Paling aku tak tahan bila tengah sembahyang. Ketika hayatnya, Tabby memang suka 'mengacau' orang tengah sembahyang. Oleh sebab itu, dia ada 'sejadah' khas untuk dia kalau kita nak sembahyang. Sebelum sembahyang, bentangkan 'sejadah' dia sebelah kita. Dia akan duduk disitu sampai habis. Ini bukan cerita rekaan....

Petang tadi, bawak Tesha keluar untuk main. Dia sudah tidak ceria. Dan kawalan kali bertambah ketat. Bila dengar je bunyi kereta, aku atau darling akan pegang dia erat2 walaupun masih dalam pagar. Tidak sekali2 kami akan lepaskan dia keluar pagar. Sangat2 serik dengan apa yag dah jadi...

Hari ini aku menangis lagi.... Aku terkenangkan Tabby. Aku kesiankan Tesha.
Hari ini aku mula mengemas barang2 dia untuk disimpan. Rantai, towel, toys, kad klinik, pinggan... Hingga kan bulu dia sehelai pun aku simpan. Cakaplah aku gila....

Kalaulah ini semua hanya mimpi...

Dia pergi seperti dijemput anak dia yg tak sempat dia lahirkan dulu....

Terima kasih pada semua yang mengucapkan takziah. Pada yang tidak ikhlas, sudah aku katakan, aku tidak perlu kan kata2 dari kamu. Aku punya famili, sepupu, pakcik, makcik yang betul memahami situasi aku. Memang aku sangat2 beremosi ketika ini.

Tabby... Ibu sayang Tabby sangat2.



Note : Ini adalah entry paling lama aku tulis. Susah untuk mencari kata2...













No comments:

Post a Comment