Friday, April 29, 2011

Sudah tidak tahan

ZZzzzz....

Lately ni memang susah sgt nak tido. Semalam, dulu semalam, dulu dulu semalam memang susah sgt. Kalau dulu, tak sempat habis berangan, sudah lena. Tapi kali ni, bersambung2 berangan tapi tak jalan jgk...

Tapi malam tadi lagi teruk. Nak pejam mata pun tak boleh. Mata dah pedih tapi masih tak boleh tido. Bila pejam je mata, terasa ada sesuatu bisik kat telinga. Bila bukak mata, takde apa pun (Better be that way dari bukak je mata ada hantu pocong...) Serious aku memang tak percaya bende2 macam ni tapi.... memang jadi kat aku. Cuak doe..
Nasib baik Tesha ada sebagai peneman.

Malam padi tadi memang keje mengira detik jam. Kejap2 tgk jam. Kul 1.30am... kul 1.45am... kul 2.15am.... Adoyaiii... lambat nye nak siang. Tau2 ayam sudah berkokok (sungguh, ada ayam berkokok kat rumah aku). Tgk jam kul 3.45am. Wei!!! pukul brp aku nak tido ni. Kat luar ujan. Memang sedap utk tido.

Pagi ni masuk ofis lambat. Baek punya lambat. Mana tak nya, dah terlajak pagi td. Tapi, ada aku pedulik. Aku sampai ofis pun, boss aku baru sampai cepat 2 minit je dari aku. Standardlah tu. Aku kan tukang kaver dia.

Kat ofis ni mula lah 24 kali menguap setiap 10 minit. Nak koyak dah mulut ni asyik menguap je. Esok cuti, dah plan nak bayar balik waktu2 tido tu. Itupun kalau tak mengalami sindrom yg sama seperti sekarang.

Kan syok kalau ada orang mau dodoikan.... Macam baby.

Note : Sepatutnye mau mc ini hari tapi demi mahu melengkapkan 5 hari berbaju kurung ke ofis.... Akhirnya berjaya juga. (Feeling mcm ayu lah sgt...)

No comments:

Post a Comment