Monday, July 29, 2013

cerita puasa cerita raya

Aloha.....

Kita sudah pun melepasi separuh bulan Ramadhan. Bermakna lagi beberapa hari je Syawal menjelang... 

Dulu2 eksaited jugaklah bila dah dekat2 nak raya. Eksaited bershopping sebenarnya. La nih, tak rasa apa2 pun. Tak sabar nak cuti je. Menunggu mood nak shopping pun tak sampai2 lagi. Baju pesen apa pun tak pikir.... Cuti pun tak ambik. Giler sempoi....

Sabtu hari tu ada lah sikit rasa nak bershopping. Nunggu jugak kot2 ada orang offer, tapi haram..... Jumaat tu si junior dah dok menanya. Tak boleh jadi nih, kena bersuara jugak. Kalau tak memang dia buat derk je.

Kasi hints skit2, kasi intro, nasib baik paham. So esok paginya...

"Jom pegi Setia City Mall...."

Hah??!! Sopink raya kat sana?!!

Apa aku nak cari kat sana? 

Tapi jangan tanya si junior. Hidup dia kat tempat macam tu....

UniQlo..... apa lagi, kena pow lah dedi dia.

Hambek kau!!! Dia sambar jeans & kemeja je kurang limahengget tigaratushengget. Tak payah nak pandang2 aku... Saper yang ajak datang sini. 

Aku berkenan kan candy jeans. Tapi macam mahal pulak. Padahal RM99 je tapi sebab pernah napak jeans yang sama dengan harga RM49, so terbatallah niat. Nak jugak cari yang murah. Dapat tapi punya lah panjang q nak menerai. Nak masuk fitting room pun nak beratur 15min, tak payah ler.

 
cantik tak? (muat tak?)
 
Jalan2 napak pulak H & M.... dah dia berkenan baju kat situ pulak. Tapi ntah nape tak jadik ambik. Rupa2nya dia dah ada plan dengan kazen2 dia nak gi H&M kat KL. Amboi2..... dah remaja sangat lah tuh. 

Ok... itu citer sal shopping.

Semalam berbuka puasa dengan family. Kebetulan my mum dah seminggu kat sini, so bawak dia berbuka di Mandarin Oriental Hotel. Beramai2 kitorang ke KLCC cuci cuci mata sambil tengok my mum shopping.

Minggu lepas masa my mum sampai sini, kami sefamili berbuka di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Sini tempat dia open. Pool side... Food memang melambak2. Kat situ buat style warung. Dari segala2 yang panggang, segala2 yang goreng dan segala2 yang rebus. Oleh kerana tema adalah santai, maka memang havoc lah meja kami. Kalau semua dah berkumpul, memang adab tatasusila masing2 tinggal kat rumah ler... Makan tak seberapa, tapi kecohnya yang lebih. Si Feya & Zara awal2 dah kasi makan, time berbuka je kasi dorang main kat playground. Sebelah meja je, tu yang sonang.... Surau pun sebelah meja. Memang kelab tu sediakan khemah kat sebelah tempat makan untuk menyenangkan guest2 yang datang berbuka. Dengan harga RM58 sorang, rasanya berbaloi kot. Cuma sibuk berborak sampai lupa nak ulang2 makan. 

Kat sini tak sempat pun nak snap gambar. Nak ambik gambar sendiri pun lupa.
 
Berbuka kat Mandarin Oriental pun best jugak. Tapi kat situ taklah sesantai kat Kiara tu. Mungkin suasana senyap, so dapatlah menikmati lebih banyak food. Tapi senyap2 pun, meja kami tetap havoc. Cuma havoc tu ikut suasana lah. Food kat sini tak semeriah kat Kiara tapi macam2 jenis. Dari yang western, seafood, chinese food.... macam2 lah. Kalau nak rasa yang pelik2, kat sini tempat dia. Sampai oyster mentah tu pun kitorang try. Untuk yang gemarkan sushi, pun heaven. Aku pelahap daging panggang ler dengan mushroom sos. Marbeles.... Dari yang well done, medium cook... semua aku belasah. Pasta, kebab, salad.... dessert pulak memang buat orang2 seperti aku lupa dengan akujanji untuk berdiet. Giler tak ambik eskrem coklat dengan topping macam2. Tukang jaga eskrem pun dah kenal budak2 nih yang asyik dok mengulang. Bukan untuk dorang, tapi untuk kitorang. Tu seronok jadi orang besar boleh suruh budak2 kecik.

 
 
Ini first round. memang lapar nasik hari tu.



Lepas tu baru nampak yang ini.



Dan ini....



Ini je 2 round aku belasah



Sape nak makan bende mentah ni....



Alaa... shomel nya. Tapi rasa tak sheshomel rupa.



Hah... yang ni 4 round.



 
Aku semalam makan sampai migraine. RM160 per head memang kena makan sampai muntah. Wajib cuba semua sampai nak sarung jeans hari ni dah sendat.

Sebelum migraine teruk semalam, sempat lagi tawaf KLCC. Pas tu terus hantar my mum balik. 

Alhamdulillah, seminggu dia kat sini, dia sihat sangat. Ada je yang bawak dia jalan2 shopping2. Siap shopping kat KLCC hoccay..... Aku jugak yang belum bershopping lagi.

 

No comments:

Post a Comment