Wednesday, January 12, 2011

Fesbuk

Aloha....



Hari ni nak citer sal bende kat atas ni. Bende yg org gila2kan sgt. Bende yg boleh buat org lupa diri. Bende yg buat org leka. Bende yang boleh menimbulkan fitnah. Tempat untuk menunjuk2....

Itu semua yg negatif2 lah. Yg positif pun ada......

Boleh mengeratkan lagi hubungan sesama manusia. Tempat untuk kita pesan memesan. Tempat untuk menanya khabar berita.....

Tapi, tiba-tiba.... kita dikejutkan dgn berita ini...........





Gila apa Mak Zakebeg ni nak tutup bende ni. Berbillion tu asset ni.... Alasan, sebab bende ni, hidup dia jd tak tenteram. Tak boleh tidor. Rasanya bukan dia yg tak boleh tido, org yg melayan bende ni yg tak boleh tido.....

After beberapa hari berita ni kecoh, masuk pulak 1 berita yg agak2 boleh cool kan keadaan.




Foohhh... mesti itu yg kedengaran dari hujung mulut org2 yg fanatik dgn bende ni. Aku? takde lah fanatik sgt. Cuma aku terpikir gak, mana aku nak simpan koleksi gambar2 aku. Sejak adanya bende ni, aku tak payah beli album lagi. Tak payah antar kedai cuci gambar lagi. Snap photo sana sini, pilih yg paling cun, upload kat situ.

Terlanjur dah cerita sal bende ni kat sini, meh kita panjangkan lagi....

Aku peratikan, ada beberapa kategori org dlm melayani bende ni. Ada org yg betul2 reti nak gunakan bende ni. Ada yg tak reti. Ada yg 'org ada, aku pun ada'. Ada yg register tapi lepas tu nothing (ni semua yg memenuhkan laman sesawang je). Ada yg untuk bisnes... Macam2 lagi lah.

Ada jugak yg tak berapa aktif berkawan tapi aktif main game yg ada kat situ. Aku salah sorangnye.... Ini memang sungguh merbahaya. Melekakan....

Cuma.... (ini pendapat aku lah), tak perlu lah sampai bende2 tak sepatutnya pun nak update kat situ.

Seperti.....

What's on your mind.....

'Aku nak berak' - Memang tak relevan
'Hari ni kena tampar dgn laki 8juta kali' - Perlu ke nak cerita?
'Hari ni mood tadak sbb period' - Ayoooo... itu pun mau kasi tau 1 dunia ka?
'Nak masak utk anak .....' - ye, ye... aku tau ko ibu mithali.
'Aq gi skewl la' - Ni aku tak paham & buat aku hangin...
Yg ni yg kes nak tunjuk alim (tp sekodeng jgk org nye profile) - 'Wahai kaum wanita, jgn letak gambar yg terbukak auratnya di sini. Aku tanak tanggung dosa' - Butakan mata anda....

Banyak lagi lah....

Ha... ada 1 lagi. Yg buat sampai aku gelak tergolek2.... Ini aku ambik dari post kawan aku yg hot dgn kawan dia nye status.... Aku tak tau lah apa yg kawan dia update tp kononnya, kawan dia tu sudah kasi tau 1 dunia brp oz milk dia dah produced hari tu... Ayooo Ammaaa Appaaa.... perlu ker? Spesis mcm tu pun ada......

Aku jarang update status. Sebab aku takut org kata aku syok sendiri. Ada sesetengah fren dlm list aku tu, aku suka sgt baca kata2 dorang. Simple and ada makna. Yg berbunga2 sgt tu, aku scroll scroll je mouse aku. Mungkin akal aku tak boleh sampai maksud yg dorang nak sampaikan tu.

Fren list aku pun tak ramai. Tak semua org aku accept untuk jd kawan aku. Aku tak mcm org lain berlumba2 nak tunjuk ramai fren, walaupun aku tau bukan semua pun fren dia or dia kenal. Aku memang tak ramai kawan. Bagi aku, ramai kawan, banyak lak ragam. Byk ragam, byk kerenah aku nak layan..... Tak semua manusia perangai sama. Tak semua perangai kita boleh tahan. Sebelum adanye unsur kutuk mengutuk, kata mengata, menyampah bagai... baik aku elakkan awal2.

Bak kata, kalau nak citer sal bende ni, memang tak habih. Bende ni jugak menemukan aku dgn kwn2 yg lama aku tak contact. Merapatkan aku dgn sedara mara aku. Bende ni jugak yg update aku pasal hal2 semasa. So tadak lah aku ketinggalan sangat. Bende ni jugak lah yg boleh aku berchatting dgn fren semasa di ofis (kala free hoccay..)sebab machine yg lain seperti YM, Gmail chat sumer tu dah kena blocked.

So, bagi sesiapa yg ada bende ni.... Tepuk dada tanya selera. Perlu atau tidak bende ni dlm kehidupan seharian kita.


Note : "Meeting? Kejap ye boss..."

No comments:

Post a Comment