Wednesday, January 26, 2011

Aku tidak mampu untuk menolak

Aloha...

Rasanya ini tajuk paling panjang dlm blog aku ni.

Memang!! Aku tidak mampu lagi untuk menolak. Hari demi hari hati ni berdetik, "Ok, ini last... lepas ni tak nak lagi...". Tapi semua tu ibarat air lalu je. Esok ulang lagi...

Kenapa dulu aku mampu? Sudah 2-3 bulan aku bisa katakan TIDAK. Kenapa sekarang imanku tidak sekuat dulu?

Ketika & saat jejari halus mulus ku menaip di sini, ketika & saat otak ku mencari2 bait yg mahu ku taipkan di sini, aku masih membuat benda yang sama...


MAKAN NASIK......................


Kalau boleh scale kat rumah tu berdehem, pasti dia berdehem bila aku mahu memijaknya.
Kalau boleh scale kat rumah tu bercakap, pasti dia berkata2 bila aku memijaknya. (Sebab tu aku tak sanggup memijak scale kat shopping complex yg mulut mcm longkang tu).

Ini semua gara2 aku tak bisa untuk kata TIDAK pada nasik...

Oh No....

Note : Akan terus mencuba....

No comments:

Post a Comment