Wednesday, January 19, 2011

Yang mana satu?

Aloha....

Lepas dpt kunci rumah hari tu, rajin sungguh menggugel. Usha2 kitchen cabinet, wardrobe, deco.... Rambang mata den. Mcm2 design ada. Pokok pangkalnya...DUIT.

Hari tu aku ada cerita pasal aku check rumah kat DC tu. Pasal aku mintak quotation kat contractor....

Semalam aku belek2 forum. Ada 1 thread pasal renovation. Kat sana forumer ada discuss pasal contractor mana jadi pilihan :- Cina or Melayu?

Aku just nak share experience aku hari tu. Ini semua untuk kita fikir2kan.

Macam ni.....

Lokasi : Rumah baru aku
Hari : Sabtu 15/1/11

Situasi 1.

Sedang aku belek2 rumah tu, datang 2 org cina muda. Kemas & menarik ala2 org keje ofis. Sorang lagi pakai t-shirt kemas pegang laptop.

Mula2 dorang masuk, dorang pekenalkan diri, company buat apa, brp org pekerja (siap mentioned pekerja dorang ada cina, inda, melayu).

Then baru dorang tanya, mau buat renovation or pasang grill or kitchen cabinet?

Bila aku tanya dia, klu grill untuk 1 rumah, brp dia ambik? Dia pun tanya jenis apa, terus je dia cakap harga. Siap on laptop tunjuk design. Lepas tu aku tanya sal renovation & kitchen cabinet pulak. Dia tunjuk floor plan rumah & tanya which part nak renovate.

Itu maknanya dia sudah buat homework, sudah kira berapa tingkap & sliding door rumah tu ada. Berapa luas dlm & luar rumah.

After dia ambik sumer details, dia kata akan siap kan quotation by this week. 3 quotation aku mintak. Without charges.

Esoknye (Ahad) aku dtg balik, cina tu singgah ckp quotation tak siap lagi. Ye lah, dia janji pun by this week kan.


Situasi 2.

Selepas beberapa minit contractor pertama balik, datang sorang mamat ni. Melayu. Aku bukan anti-Melayu atau nak burukkan kaum sendiri. Tapi, ini lah cerita nya....

Tiba2 datang bukak pagar rumah org masuk kasi salam. Dengan rokok kat tangan selamba bawak masuk dlm rumah org. Dengan bangganya menghembus asap rokok tu semasa berdiscuss dgn client. Kat situ aku dah rasa hangin dgn dia. No respect!!

Mamat kontraktor :"Abang nak buat grill? Saya boleh buat. Kalau renovate, saya boleh carikan."
Darling : "Klu buat grill 1 rumah ni berapa u ambik?"
Mamat kontratktor : "Mmmmm... kena kira dulu bang. Untuk gate tu dlm RM3k. (Dia tak tau aku dpt RM2k je dgn mamat cina tu. Jenis yg sama). Klu org lain buat, ambik mahal."

Sambil tu dia mengomen (kata dasar komen bukan romen) cara org lain buat keje.

Darling : "Nati tolong buatkan quotation"
Mamat kontraktor : "Boleh bang."

Lepas duk gebang sikit2 (darling pun mcm dah malas nak layan) dia pun blah. Tanpa ambil no telefon atau ukur bahagian mana nak buat. Padahal janji nak buatkan quotation.

Situasi 3.

Masih di tempat yg sama. Masih kontraktor melayu.

Mamat tu : "Bang, kompeni saya buat ada buat grill. Klu nak renovate pun sy ada contact." Sambil hulur bisnes card.

Darling : "Klu nak buat grill brp u ambik?" Masih ayat yg sama.
Mamat tu : Ooo.. kena pilih jenis besi & design dulu baru boleh kira. Tapi katalog tak bwk hari ni.
Darling : "Takpe lah. Klu aku nak aku call." Itu memang ayat boleh blah dari darling.

Nak buat bisnes tapi takde preparation.

So, kat sini dah nampak perbezaan cara kerja orang kita dgn org lain. Aku bukan nak burukkan or mempperkecilkan cara org kita buat keje, tapi klu mcm ni cara dorang.... Mmmm... aku malas lah nak cakap apa. Aku pun Melayu jugak.

Note : Yg mana pilihan anda?

2 comments:

  1. salam tuan rumah...mcm mana ngan contractor situasi 1 tu? workmanship dia ok? harap dpt share experience skit...tq.

    ReplyDelete
  2. hi keliwongsa,
    Kerja2 tu baru nak start. Hari tu lama dok discuss nak itu, nak ini, nak tambah itu nak kurang ini... Pas tu dia nak ambik approval kat majlis lagi. By next week kot baru start. So x tau lah apa hasilnya. Hope semuanya seperti yg kitorang nak.

    ReplyDelete