Friday, January 21, 2011

Rimau vs Rimau

Aloha....

Bila rimau bertemu rimau... kesian gajah kat tengah2.



Orang kata, klu kita lahir sama tahun (kalendar cina) dgn pasangan or anak kita, jadi panas. Jadi tak ngam. Selalu gaduh. Tiada kesefahaman....

Macam betul je....

Contohnya:- aku & darling junior.

Dulu masa dia kecik2 aku suka sakat dia. Sampai dia nangis. Then, aku jugak kena marah.....
Masa dia besar ni pulak, selalu pulak gaduh dengan dia. Masing2 tak nak mengalah. Masing2 dgn pendapat masing2. Ada je tak kena. Sampai salah sorang merajuk... Then akan kedengaran ayat seperti ini dari darling:-
"Dengan anak pun tak nak mengalah....." ini di tujukan untuk aku.
"Dah tau perangai ibu mcm tu, nak bertekak jugak. Senyap dah lah.." ini ayat untuk junior.
Dan akhirnya akan ada pergaduhan 3 penjuru.

Kalau situasi tu semasa di dalam kereta, darling akan berhenti kat petrol pump, beli lolipop kasi kitorang berdua. Senyap masing2.....

Tapi lately ni memang kerap sangat tak sependapat dgn junior. Tambah2 pulak masing2 tgh cari idea untuk rumah baru nanti. Apa yg dia nak, aku tak nak. Apa yg aku nak, dia tak nak... Jangan sampai darling keluar idea dia sudah......

Note : Tapi tetap sayang menyayang.....




No comments:

Post a Comment