Thursday, July 2, 2015

Abam nak balik

Aloha....

Hari ni my laling jr balik. Sampai lepas berbuka sebab flight kul 7.30pm.

Semalam dia call cakap hari ni nak ajak dinner kat luar. Dia nak belanja sempena birthday aku hari tu.

Phewwww.... tak yah dah nak mikir nak masak apa. Tapi..... Nak makan apa ye? Tak sampai hati lak nak pow lebih2.

Alaaa... Konfem at the end dedi dia yang bayor karang. 

Semalam menu berbuka masak bodo2 je. Gulai lemak bawal + kacang panjang. Itu je. 5 minit dah siap sebab sumer bahan dah ready tinggal masuk periuk, pasang api.

Pas tu nasik lebih sebelumnya ada, buat nasik goreng daging. My laling ni tiap hari nasik goreng pun takpe. Tukar je versi nasik goreng tu...


Offkos dagingnya kena selambak.

Daging tu aku goreng dulu dengan garam kunyit. Pas tu baru goreng nasik guna balik minyak goreng daging tu. So, agak2 lah time goreng daging tu nak guna banyak mana minyak. Pas tu baru masukkan balik daging tu, gaul sekejap, dah siap...

Nasik tu nak goreng macamana, suka hati. Nak letak cili padi + bawang or cili blend, nak letak sayur, nak letak telur, nak letak kicap.... Ikut selera memasing. Kalau tak nak letak daging ganti seafood pun sodap. Guna konsep yang sama.

Hari ni buat cekodok je kot. Tadi ml request megi goreng. Tak boleh.... Minggu ni je dah 2 kali buat megi goreng.


Ni popia serunding. Masuk ni dah 2 balang my laling beli. Mula2 beli last week  abis. Beli lagi..... pun nak abis.

Memang pakat takde kuih raya ini tahun. Kalau dah beli habis beli habis.....

No comments:

Post a Comment