Friday, June 2, 2017

Tak yah tajuk2 na....

Aloha....

Miss me? Pliz dont lah... Shy2 akak...

Entry takde tajuk ni selalunya banyak benda nak story. Tengoklah ye sampai mana aku larat nak type.

Sebab lama sangat tak menyinggah sini, dah macam tak reti pulak nak start. Since bulan berapa hari ye.......

Oh ya... Since March. Now dah masuk June. So kita skip skip story bulan April & May.

Tunggu...... akak tengah cari idea nih. So intro kena panjang sikit.

Now dah masuk bulan Ramadhan. Seperti tahun2 lepas, azam untuk tidak membeli2. #30dayshomecookingchallenge kononnya. Lagipun apa yang nak dibelinya kat area rumah ni.... Orang menjual pun berapa kerat je. Nak menyinggah mana2 memang tak sempat lah. Padahal sama je time balik macam tahun lepas.

Ramadhan kali ni complete kami 4 beranak. Dulu kan my laling jr sekolah jauh. Last year dia kat kolej. Tahun ni ngam2 dia dah habis, tengah tunggu result. 

Dia nak kerja sementara tunggu mana2 intake bulan September. Tapi daddy dia kata tunggulah lepas raya. Nanti dapat kerja shif leceh pulak time puasa ni. Lepas tu cuti raya nanti entah dapat ke tak. Dah lah plan raya jauh kali ni. Nak beraya di perantauan...... Ahaks.... Nanti akak kirimkan ucapan raya dari sana ye.

Ok, back to cerita puasa. 

Minggu pertama puasa ni, rasa macam relalx sikit. Balik pun tak terkejar2. Nak2 berapa hari tu petang je hujan lebat.

Mana tak relax, sampai je semua dah ready. Nasik dah masak, lauk dah siap, my laling princess dah ambik.... Semua tu kerja anak bujang tu lah. Tah apa angin dia dapat syok masak. 

Tiap hari, time berbuka je, dia dah tanya esok nak makan apa. Kalau takde barang, dia pergi beli. Tengah syok drive.

Since daddy dia tak makan nasik sejak 3-4 bulan ni, so menu kitorang lah yang tentukan. Daddy dia hanya makan lauk je. Tu pun selang2 hari buka dengan kami sebab berulang rumah mak dia.

Menu minggu ni :-

Isnin - Ayam masak lemak cili padi. Yang ni dia call wan dia tanya resepi. 


Selasa - Sweet sour bawal & sayur sawi. Dia sempat goreng ikan je pas tu aku sampai, sambung but sos. Then dia goreng sayur.

Rabu - Tomyam goreng ala2 paprik. Aku buat kue teow. 

Khamis - Kari ayam & butter chicken. Yang ni aku kagum sebab memang marveles kari dia. Macam kari maktok. Refer kat google je. Aku pun tak pernah buat kari ayam hoccay. Tak pernah lansung..... 


Jumaat - Tomyam campur & kuih..... serius tak tau apa nama. 


Dia tunjuk gambar dalam ig, nampak macam lompat tikam yg hijau tu je. Makan dengan roti kukus. Aku tukang kacau je tapi sampai sudah tak pekat2. Something wrong somewhere i think. Even dah masuk kan tepung pun tak likat2. Last2 jadi macam kaya. Dah makan, sedap jugak. 

Esok konon2nya nak buat ayam panggang ala2 kenny rogers or percik. Sebab kesian daddy dia asyik dok makan ikan bakar je kan.... 


Huntunglah aku..... Oopppss... daddy dia kata bulan ni aku yang kena kasi allowance kat mlj sebab dah ambik alih tugas aku.

Adios...







No comments:

Post a Comment