Wednesday, August 31, 2016

Campak belakang

Aloha....

Berkurun kan tak jenguk sini... Last dulu, bulan June. Takde lah lama sangat kot.

Selama 2 bulan ni, tak banyak cerita pun. 

Takpe, meh kita cerita sekali lalu ye.

5/6/16 - My laling jr masuk kolej matrikulasi. Dah kolej dah anak bujang I tu. Dia dapat offer Matrikulasi Selangor & asasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Dengar je UPNM tak pikir, terus tak nak. Takut kena training macam askar.

6/6/16 - Puasa. 

7/7/16 - Raya. Biasa2 je raya. Tapi yang bestnya semua balik kampung. Dan yang paling best baju raya sedondon anak beranak.


Napak tak? Susah tau nak dapat cam gini. Kami2 ok je, si bapak nye tu yang susah nak cari baju.

Baju My laling princess tu kebetulan je ada lebih kain wan dia buat jubah kaler sama. Ngendeng lah wan dia buat baju kurung kedah siap ada renda2 sama macam aku.

26/6/16 - birthday aku. Bulan puasa makanya celebrate time berbuka. Kali ni celebrate dengan family & budak2 tahfiz. Jamuan berbuka kat sekolah sukan tahfiz Bukit Badong. Then celebrate dengan family kat Seri Pacific Hotel KL. Ada orang sponsor... Ahaks...

Lepas tu takde cerita menarik...

21/8/16 - birthday mlp. Mula plan nak jugak buat makan2 panggil anak beranak or jiran2 terdekat. Tapi si abangnya tak dapat balik sebab nak exam. 

Nasib baik jugak lah tak jadi buat sebab ngam2 pulak hari tu aku kena gi team building ofis. 

Pergi 2d1n. Kat Grand Lexis PD je. Menggagau jugaklah dedi dia malam tu sebab anak dara mencari mummy dia. "Nak mama.... Mama ne?" Nangis2 nak tido. 

Pagi2 esoknya sebelum kul 8, dua beranak ni dah sampai depan hotel. Bukan anak je cari mak, dengan bapaknye sekali cari. Tu lah, tak pernah kena tinggal. Kalau dia yang outstation takpe... Setakat aku cakap dedi dia gi work or kedai, anak dara tu dah senyap.

Sementara pagi tu aku ada aktiviti, anak & bapak berendam kolam dalam bilik.

Balik dari PD, rupanya mama (bbsitter) si mlp dah plan buat birthday party untuk dia. Celebrate dengan anak beranak dia je. Anak dia je 5 orang dah meriah nyanyi lagu happy birthday.

Aku? Takkan nak melenggang aje. Dan2 beli kek Secret Recipe. Dan2 buat makaroni goreng. Yang lain2 mama dia yang sediakan.


Tengok... beria2 kakak2 & abang2 dia decorate. 




Dah muda remaja dah anak dara aku ni. Pakaikan kebaya, ayu je tengok. Tapi berapa kali tersungkur sebab berlari macam pakai short. Sekejap je menten ayu jelita tu.

Hadiah birthday mama dia awal2 dah belikan rupanya. Tapi malam tu baru kasi. Siap bereben, belon bagai. Siap bawak pilih sendiri lagi.... Selamat bapaknya tak yah beli beskal. Memang plan nak cari beskal untuk dia pun.


Aku, dah 2 minggu birthday baru ada masa nak gi cari & beli hadiah dia.


Tu dia.... BMW hoccay....

Tapi dia tamau naik. Aku kasi tempoh 2 bulan je, tamau naik, aku jual.

Adios.....












No comments:

Post a Comment