Thursday, November 21, 2013

Mistik

Aloha....

Sana sini citer sal hantu. Paling trending buat masa sekarang ni, kesah Villa Nabila. Aku tak tau kesah mulanya.... Jarang tengok berita, sampai rumah berita jam 8 dah habis. Nak tengok berita omputih, dah tengah malam sangat. Nak baca, lagilah idaknya.. Aku pun tak tau kisah ni ada masuk berita ke tak.

 
Mula2 aku tau, dalam twitter. Dah jadi trending. Ingatkan filem  David Teo... Pastu terbaca dalam fesbuk. Huishhhh... dahsyat giler. 30 orang masuk, 7 je dapat keluar. Yang lain tinggal suara je....

Berantu betul villa tu. 

Then aku mula lah berminat nak gugel kisah villa tu. Makin banyak aku gugel, makin banyak lak version yang keluar...

8 jam waktu keje, 5 jam aku dok mengadap cerita2 mengarut tu. Buang masa kan...

Last2 semalam berita budak yang hilang tu dah jumpa.... Sorang je... Gempaknya bukan main. Dah tu jumpanya bukan dalam villa tu. Jumpa kat rumah kawan. 

Bengongkan?!! Muka selamba badak je bila wartawan interview. Time mak dia cium2 tu rasa nak bagi penampar je... 

Ada banyak sebab kenapa dia patut kena lempang laju2...

1) sebab dia dah menyusahkan mak dia
2) sebab menyusahkan team polis
3) sebab dia, ramai orang jadik percaya dengan bende2 karut.
4) sebab dia bagi aku bukanlah anak yang baik. Jadahnya baik kalau dah lah tak balik, tak inform family lak tu.
5) sebab dia dah tau orang cari dia tapi dia buat bangang jer... samalah dengan kawan dia, family kawan dia yang dia tumpang tu... 1 pakej lah tu menyusahkan orang.

Ish ish... aku lak emo lebih. Mulanya aku tak kisah bila dia dah jumpa dan kat mana dia jumpa. Tapi bila tengok mak dia cium2 & peluk2 dia, time tu rasa darah naik kat kepala... Time tu jugak timbul keinginan nak lempang dia.  

Argghhh.... biarlah. Anak dia.... Mungkin anak manja dia. Aku pun ada anak, so tutup citer.

Update :- 22/11/13 - Dengan rendah hati aku mintak maaf lah yer sebab teremosi di atas... Sebenarnya adik Izzat yang hilang dalam wayang mistik ini adalah OKU @ orang kelainan upaya. So, memang tak wajarlah untuk menyalahkan dia dalam kes ini. Untuk berita seterusnya sila baca sini .
 
Kalau nak citer pasal mistik ni, memang syok. Antara percaya atau tak aje. 

Aku pulak memang bukan jenis mudah percaya. Walaupun boleh dikatakan pernah kena. Adatlah dulu duk asrama, so version lagi hebat pun aku pernah dengar.

Even sekarang ni pun, dah kena batang idung sendiri pun, aku masih boleh bertolak ansur dengan 'bende2' itu. 

Dulu masa duduk rumah lama, aku pernah nampak 'bende' bertenggek kat syiling rumah. My laling kata aku mimpi spiderman.

Rumah sekarang pun pernah kena jugak. Nak2 time aku demam.

First day bermalam kat rumah tu, aku dah dengar orang mengilai. Tapi aku anggap je lah itu orang tengah ketawa mengilai2 sebab zaman sekarang ni ramai dah yang ada potensi jadi pontianak sebab tengah2 orang ramai pun nak ketawa mengilai2.

Setakat kelibat2 tu, dah biasa kot. Setakat pandang je lah. My laling kata, bayang2 dia je tu. Dia bela antu raya agaknya, dia ada kat luar bayang dia ada kat dapur.  

Kalau bab cakar2 pintu dapur tu pun dah kira selalu dah dengar. Bila bukak, takde sape. My laling kata, kucing tu... Yelah, sampai kucing aku pun dah terikut2 mencakar pintu bilik dia.

Baru2 ni, ada 'bende' tarik kaki aku. Mula2 aku ingat mimpi. Tapi selang berapa hari, kena lagi time aku belum tidur. Time tu jugak my laling ada. Dah aku melompat atas dia, terkezut mak. My laling kata dia yang pegang. Boleh?!! Tangan ko boleh sampai lah kat kaki aku... Esoknya kat ofis, baru perasan kaki aku lebam. Elok je lebam keliling atas buku lali tu macam gelang.

Esoknye dan hari seterusnya, my laling tidur kat kaki aku. Nak jaga kaki aku katanya....

Baru2 ni jugak, sliding door bilik aku bergoncang. Time tu my laling kat luar. Aku bbm dia, dia cakap angin kuat nak ujan. Make sense... tapi kenapa pokok buluh depan rumah tak goyang2?

Pe'el aku satu je.... time2 kena tu rasa jugak cuak. Tapi esoknya dah buat selamba balik.  Selagi dia tak tunjuk muka, aku ok je.

Dalam pada my laling tak percaya tu pun rupa2nya dia ada jugak menanya & cerita kat orang2 yang arif pasal ni.

Kononnya..... (kononnya!) kawasan tu ada jugak kerasnya. Lepas tu, kononnya ada orang cakap, kalau tetiba je ada dengar orang main guli, maknanya 'bende' tu tengah main guli. Errr??? Tiap hari aku dengar orang main guli tapi anak cikgu sebelah rumah yang main.

Ha... ni lagi satu aku pernah nampak mata kepala aku sendiri. Duit syiling jatuh dari atas. Tiba2 je jatuh depan aku seposen. Seposen je yang dia kasi? Jatuh kanlah duit kertas Ringgit Malaysia sekepok ke..... Jangan duit daun pisang pulak.

Lepas aku cakap yang guli tu anak orang sebelah main, aku cakap jugak pasal duit seposen jatuh tu. Dia kata, itu pun salah satu kot.. Lerrr.... percaya pulak dia... Konfius aku.

Dia kata nak panggil orang tengok2kan rumah tu. Aku kata tak payah lah. Pasang je cctv....

Bukan tanak percaya tapi malas nak percaya... Kalau dilayan sangat 'bende2' gitu, memang tak kemana dan tak boleh buat apa.

Aku tau ramai yang percaya, itu ikut masing2 lah. Jangan taksub sudah. Dan peringatan untuk aku jugak, jangan percaya tapi jangan takbur.



 

No comments:

Post a Comment