Tuesday, September 17, 2013

Makan lagi...

Aloha...

Last week, penghujung raya... ekceli dah habis raya tapi penghujung minggu raya, kejiranan aku ada buat jamuan raya. Kitorang buat collection & potluck. Walaupun tak semua rumah yang join, tapi boleh dikatakan meriah jugak lah. Cuma yang buat banyak plan tak berapa menjadi adalah sebab hujan. Hujan yang lebat dari tengahari hingga ke petang. Nasib baik masa jamuan tu, hujan dah stop. 

Dah macam kenduri bila time gotong royong memasak. Oh ya... kat sini sumer disediakan oleh kaum bapak2. Dari cadangan hari, menu, menyediakan bahan2, memasak, menyediakan tapak hinggalah mengemas selepas habis jamuan. Kami..? duk lepak sambil2 buat air untuk orang2 bekerja.

Acara hari tu ada bbq, karaoke, bakar mercun, potong kek. Untuk kanak2 mulanya nak pasang movie kartun kat situ tapi cuaca tak mengizinkan, terpaksa dibatalkan. 

yg ni bukan tengah berucap, tapi tengah melalak panggil hujan.
 
 
Keesokan malamnye, diorang pacak wayang kasi tengok balik video yang telah di ambik oleh cameraman 'profesional'....
 
 
buat kat lorong gelap


Masa tengok wayang tu, aku berani mati tunjuk kreativiti aku dengan membuat pie hasil lebih grill potatoes semalamnye...

Tadaaaa........

 
 
Itu citer minggu lepas.

Minggu ni weekend panjang sikit sempena Hari Malaysia.

So.... kaum2 bapanya buat plan lagi. 

Bbq lagi...Tapi this time hanya 5-6 rumah je. Lagipun ramai yang takde, so kitorang2 je lah.

Rupa2nya idea ni dari my laling... Nak amik hatilah tu. Tak jadi ai nak isytihar perang hari tu. 

Boleh dia sound kat geng2 dia yang aku teringin nak makan seafood. Hari tu masa jamuan raya makan tak puas. Baru baik demam seminggu, so selera pun kurang. 

Geng2 dia pantang bab makan2 ni, apa lagi.... on je lah. 

Pagi Sabtu kitorang gi Kuala Selangor beli bahan2 untuk dipanggang esoknya. 

Sotong, kerang, pari, kembong.....

Chef kat sini sediakan bahan2 untuk sesi panggang memanggang.

Lokasi... rumah aku.

ini dia brader chef
 
Dapur, orang sebelah punya.... 
 
ni orang kuat kaum wanita

ni baru sebahagian yang menolong. Yang tu tengah tunjuk rajin.

Memang meriah giler. Makan.... sampai tersandar. Nasi ada yang bawak sendirik. Air tembikai di sponsor orang sebelah. Siang tu ada yang hantar siakap 2 ekor, so chef kitorang buat 3 rasa. Sotong goreng tepung, ikan & kerang bakar sambal, fries, wantan (ni aku nak kasi perabih sebab my laling salah beli. Orang suh beli wantan skin), ayam golek (aku buat). Semua tu masak kat rumah aku. Depan rumah.

Petang tu masa tengah doranng membungkus ikan untuk dibakar, ada yang sponsor durian... Tak pandang kiri kanan, aku belasah je.... Terdengar jugak suara tak puas hati kat belakang...

"Makan banyak2... kang demam lagi...."

Ada aku kesah...???

ada yang duduk dalam, ada yang lepak kat luar...

Gambar2 food akan di upload selepas berjaya mentransfer dari Nikon. Kabel hilang...(lagi).
 
Yang bestnye kat sini, nama je aku tuan rumah tapi langsung tak penat. Sumer buat keje sama2. Sampai bab kemas lepas habis makan dorang kaum bapak2 kasi settle. Susun atur dalam rumah pun telah diletak di tempat asal. Yang pompuan kemas dapur. Sampai bab lap mengelap dapur sumer settle. Aku ni tukang sedia kan barang apa yang dorang nak. Nak pinggan, aku kasi. Nak periuk, kuali, sudip... aku tukang sediakan. Sonang keje den. 

Memang happening dapat jiran2 macam ni. 

Sambil tu dapat jugaklah celebrate birthday my neber & anak dia. Lepas habis pindah rumah sebelah untuk sesi karaoke....

Esoknye pulak brother chef hantar bread butter pudding (yang belum masak) untuk oven aku.... Senang je dengan dia, sound je teringin makan apa, sat2 sampai..... hihihihi.....

Next, nak buat breakfast lak kot. Makan lagiiiiiii....................................................

***update :-

Yippiii.... Berjaya mentransfer gambor2. Sudah jumpa usb.

Meh kite layan gambor food pulak.

 
Ini sotong idaman Malaya...






 
Siakap 3 rasa marbeles 


 
Nampak ayam golek tu? Dah tak tergolek sebab dah kena chopped dengan brader chef.
 


Burrbbbbb...... Alhamdulillah.... Syukur nikmat Allah.

Note : Tuan tanah tidak akan menanggung segala risiko pada sesiapa yang terliur....


No comments:

Post a Comment