Tuesday, October 13, 2015

Annual Dinner 2015


Aloha....

Ahad lepas annual dinner ofis. Kat mana? Seperti biasa lah..... Memang depa dah sign kontrak mati kat situ. Almaklumlah.... Dapat diskaun sebab hotel sendiri.


Aku pun agak lama jugak lah tak attend mana2 event ofis nih. Bukan anti social tapi..... entah lah....

Kalau dah tiap tahun tempat yang sama, tak ke rasa nak muntah ijo. Event2 yang lain selalunya buat lepas ofis, lagilah malas nye.

But this time dah ada kerajinan sikit nak join depa berfoya2.

Disebabkan tahun ni mylaling princess ada, makanya timing untuk hantar or ambik aku kena betul2. Dulu senang sebab boleh bawak spouse. Nowday, sori..... bajet yelekkkk. 

Last2 nak senang, aku angkut je dua beranak tu kat ke hotel. Ambik bilik, senang cara.

Nama dah hotel kompeni sendiri, mestilah dapat rege staff. Tak pasti rege ni dapat time ofis ada event je ke or anytime leh dapat. 

Kalau check balik kat website hotel rege leh tahan lah. Dari nak duk situ bayar RM400-600, baik aku ambik GL PD. Siap ada private pool lagi. 

Hari tu aku dapat RM254.40. Mana datang 40sen tu pun aku tak paham. Ini include breakfast. Kalau check kat Agoda or mana2 agent boleh dapat rege tu tapi without breakfast.

Oh ya..... Breakfast je dah mahal ye. RM53/pax. Tapi ada berbagai2 lah. Bukan setakat 7, 8 jenis. Dari western, malay, mamak, jepun, cina.... Sumer ada. Mau berpuluh jenis. Memang tak terambik sumernya. Rasa pun not bad. Patutlah dia bukak dari kul 6am - 11am. 

Tapi, tak terlintas lak aku nak snap pic. 

Tengah2 breakfast tu aku terperasan ada 1 group ni pandang2 mlp. Seperti biasa, minah ni pantang orang agah, tegur, menyengih menjadi2. Bila aku pandang.... macam ku kenal yang sorang ni. Kawan aku yang kasitau sape dia tu.

Ooooooo.... Si Bila AF rupanya. Yang comei2 tu. Lagi sekali, aku tak terlintas nak amik pic together2 dengan dia. Apa punya mamai lah aku nih. Dah habih borak2 sikit & mlp babai babai flying kiss bagai dengan derang aku naik bilik. Dalam lif baru teringat nak ambik pic. Idoklah nak turun balik. Mylaling memang dah naik awal sebab dia ada kerja nak buat. 

Rupa2 nya tu sumer budak2 AF yang masuk final malam tu. Sori lah dik..... ahkak kenal Bila tu je. Itu pun sebab laki ahkak minat kat dia. Asyik dok citer suara dia best. Tapi votenya idok..... Time konsert final live tu pun ahkak dah berdengkur. Ampun kan kami ye.

Panjang ni nak citer.....

Balik pasal breakfast tadi tu, walaupun food dia banyak tapi masih mahal. Nak tau mahal ke tak, tengok ni....


Ini room service nye menu. Fine.... Nama dah room service mesti lah mahal kan.

Tapi kalau amik cereal+milk, juice, local fruit, coffe/tea dah RM35...... dapat berkotak2 cereal dah tu.

Menu lain usah citer lah...

Bab bilik pulak, aku ambik deluxe twin. Bilik boleh dikatakan besar lah untuk berdua. Boleh berlari2 anak. Senang mlp nak gerak.

Yang penting, bersih & mesra kanak2 sebab takde sangat furniture yang bahaya. Kabinet, drawer, closet sumer mlp tak boleh bukak. So, risiko tangan tersepit tu takde. Tapi tetap ada insiden tersepit jugak sebab aku tak perasan masa bukak pintu sikecik tu dah menyelinap pegang pintu. Tapi tak kuat sebab aku pegang pintu tu. Nangis tetap nangis.







View, kami dapat view masjid Shah Alam.
Pagi2 dengar azan subuh... Syahdu.


Tu anak boss sedang menikmati view. 




Malam tu time nak siap2 nak gi dinner tu mlp dah perasan dah. Asyik duk pegang kaki aku je. Nak keluar tu dedi dia bawak nyorok dalam toilet.

Ingat hati kejap2 nak lah naik bilik tapi lupakan lah kalau dah macam tu. Silap2 naik tak dapat turun dah. Cakap nak gi work pun tak jalan sebab dedi tak work pun.

Overall, nasib baik jugak lah bawak derang stay situ. Aku leh siap lambat. Tak payah susah2 nak kena antar or ambik. Takdelah ml nak angkut mlp tengah tido nak jemput aku. Then, kebetulan ml ada keje nak kena setel, boleh lah dia buat keje dengan aman sebab mlp dah tido awal kepenatan.

Mylaling jr ada kol malam tu tapi ofkos lah tak citer mummy dedi & adik ada kat mana.... Ngeh ngeh ngeh... Kalau tau, tekanan perasaan nanti. Takpe, abis peksa nati kite gi holiday ye darling.

Dress? Pakai je apa yang ada. Takde beli2 nye. Recycle balik yang 5-6 tahun lepas. 
 
Credit pic to Zureena
 
Lucky draw? Huh.... tak pernah nye lucky. 

Ni budak hepi tiap minggu tido hotel. Next week check in kat Kuantan lagi.









No comments:

Post a Comment