Monday, January 6, 2014

Hati tak keruan

Aloha...

Sebelum laling jr exam hari tu, rasa kecut perut, jantung bergegar, gabra, sumer ada. Bila laling jr habis exam, rasa terlepas sekejap beban. Tapi, bila dah dekat2 nak dapat result.... berbagai rasa datang kembali. Tapi kali ni lagi tak keruan......

Alhamdulillah.... bila dah dapat result, ringan balik kepala otak, jantung berdegup kembali normal.

Tapi.... bila mengenangkan tak lama lagi keluar pulak result permohononan sekolah..... lagi sekali rasa tak keruan bertandang kembali. Cuma kali ni lain sikit.

Dia, memang nak sangat sangat sangat untuk duduk asrama.
Dia, memang mengharap sangat sangat dapat sekolah berasrama.

Aku? Aku nak dia dapat sebab itu impian dia. Tapi, itu ke impian aku?
Aku? Aku nak dia dapat sebab aku nak tau kemampuan dia. Tapi, mampu ke aku?

Haishhhh.....

My laling selalu cakap, biar lah budak tu. Dia lelaki, tau jaga diri.

Ok..... aku nak tengok. Sapa esok muka macam ayam berak kapur. Aku ke dia...

Aku senang je.... rasa2 2 hari tak renti melalak, aku paksa dia pegi jenguk laling jr.  Rasa2 boring je, aku ajak dia shopping... Apa lu mau kata??? 

Apa2 pun aku tetap mendoakan agar dipermudahkan segalanya...


Tadi terbaca tips dari blog Kak Aneem.
Kak Aneem, adikmu mohon untuk mengkopipes tips2 itu dari blog akak ye...

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
 
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang! Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) .Ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.
 
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
 
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
 
6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh .
 
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita,anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
 
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
 
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya , [kenapa kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam orang tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
 
Semoga tips ini berguna untuk kita semua.
 
 

 




2 comments:

  1. Alhamdulillah shanana... Bila kak amalkan no.1 ni, tak dengar suara dia menangis di telefon lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes sy ni, rasanya bkn dia yg melalak... Sy kot yg overnya. klu dia dok skolah jauh, sape lg nak ajak gaduh? Klu x, ada jgk tempat nak bebel.... Wlupun x sanggup pisah dgn dia, tp x sanggup lg tgk dia frust klu x dpt offer mana2.

      Delete