Tuesday, January 22, 2013

Trifle


Aloha....

**Godek punya godek, terjumpa lak post ni. Lama punya cerita tapi tak tau kenapa tak dipublishkan....

(*Nada gediks...*) Nak citer skit....

Last weekend, mood masak aka mood nak menggemukkan badan berkobar2.

Dan hasil nya ........

Trifle

Selalunya trifle ni layer yg bawah tu orang letak kek. Tapi aku menkreatifkan minda aku.... aku letak biskut lemak ping pong tu, hancur2kan dgn butter cair & susu manis sikit. So jadilah dia crunchy & lemak2 masin manis. Gitulah kekdahnya ye kalau dah malas nak keluar cari kek. Yang ada biskut kering aje...

Untuk layer atas tu, kastard, agar2 & fruit cocktail. Nak tau detail, silalah gugel.

Note : Note II... (motip???)







Thursday, January 10, 2013

keshian dia....


Aloha.....

Aku kat spital ni. Tgh tunggu mamat aku nak kena operate gallstone. Patutnya tghari td, tp ntah ape ke halnya GL dia x siap2... Doctor dah tunggu tp patient tak ready.

HR dia tu memang mengundang masalah lar cari pasal dgn dia. Mintak cara baik, lembab sgt buat kerja. Last2 dia hantar bala..... Dia kol dia punya BFF - CEO bank tu itself. Dan...... itu orang sendiri turun kasi sergah sama org2 kat situ. Siyesly, tak spi 5 minit, GL tu dah di fax kan. Settle....

Now dia dah masuk OT.



Wednesday, January 9, 2013

Makin menjadi2. Memang dasar.....

Aloha.....

Ini memang aku hangin... Dari sehari ke sehari makin menjadi2 pulak. Bila dibiarkan, lepas satu-satu yg datang. Kalau dilayan, makin mengada.

Kalau dah dasar tak reti bahasa, buat apa je dia tetap mengganggu jiwa.

Cukup cukup sudah.... janganlah kau ganggu aku.

Kasilah aku peluang untuk bahagia dengan kulit muka yg licin dan gebu. Wahai jerawat, janganlah kamu tumbuh lagi.

Sudah aku tenyeh dgn ubat jerawat safi, tidak berkesan.
Sudah kusapu dengan oxy, semakin menjadi.

Memang dasar jerawat tak reti bahasa. Mau aje ditenyeh dengan serbuk cili.

Tunggu kamu akan aku nyahkan dengan PMC....

Tunggu.....

Akan kucerita kemudian nanti.

Note : Mood 3 rasa...



Wednesday, January 2, 2013

Rutin baru

Aloha......

SELAMAT TAHUN BARU.....2013

Hari ni kan kite datang awal sangat ke ofis.... Sebenarnya boleh awal lagi tapi agak2lah kan....
Starting from today, no more late. Takde lewat 1 minit, 2 minit, 5 minit.... 30 minit. Takde perlu lagi nak menjawab email tunjuk sebab. Tak perlu lagi purak2 tinggal access card.... Tak perlu lagik semua itu. Sebab aku sudah bisa datang awal. Pulangnya haruslah awal jugak ya....

Ini bukan azam baru... Tak kuasa aku nak berazam datang awal ke ofis.
Tapi ini adalah rutin baru.....

Rutin pagi, seawal jam 6.30am sudah perlu keluar rumah untuk hantar junior ke sekolah. So, memang idaklah nak patah balik rumah yang letaknya 30 - 45 minit dari sekolah itu.

Semangat baru gitu....

Oh ya... Kalau Azim ada, dia dah Tahun 1 sekarang ni bermakna aku konfem2 kena cuti. Agak2nya dia nanges tak dalam kelas...? Agak2nya dia akan jadi anak yang bijak tak macam abang dia? Agak2nya senang tak nak kejutkan dia bangun pagi? Dah habis mengaji tak dia sekarang ni macam abang dia? Dah pandai baca tak time ni macam abang dia jugak?

Dan kalau tak juga, time ni mungkin aku tengah berpantang.....

Note : Belanja sekolah 15 hengget??????

Thursday, December 27, 2012

Ucapan itu

Aloha...

Hari ni tak nak cakap banyak. Cuma nak bukak 1 story. Yang lain tu aku cut & paste.

Cerita nya....

Berberapa hari sebelum sambutan hari Krismas, aku received 1 bbm.

Berbunyik :-

(Tiada penambahan & tiada pengurangan dengan apa yg aku dapat,)

Ustaz Azhar Idrus wrote:

Sebarkan sebelum terlambat..


Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?


Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu. Tapi , agama saya melarangnya.


Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kpd aku?


Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dlm bahasa melayu pun tak mengapa..


Christian : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.


Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...


Christian : Sekarang......... saya faham sekarang...


Jadi Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru krn ada dlm Hadith Nabi:


"Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Jahanamlah Tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)


Sebarkan sebelum terlambat..


Menghuraikan bahawa orang Islam tidak boleh meniru perbuatan yg bertentangan dgn Islam oleh kaum bukan muslim.


So aku jadi konfius seketika... Benarkah? Aku google, aku cari dalam buku.... Tiada jawapan.
Aku tanya ustaz.....

Ini yang dia jawap : -

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. 
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
 

1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
 

2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
 

3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/


So aku pun nak suruh korang pikir sendiri... Sebab aku nak balik....... Buhbye.

 

Friday, December 14, 2012

12-12-12

Aloha....

Perasan tak. 2 hari lepas orang kecoh sangat dgn 12.12.12... Sana sini update status 12.12.12. Apasal ntah.....

(Google lah, apa lagi...)

 Dan ingat lagi tak dulu2 heboh kononnya 12.12.12 ni akan berlaku kiamat...
Alhamdulillah.... hidup lagi aku. Hidup lagi korang.  Bersyukur pada ALLAH.
Wahyu mana yang dorang dapat, tataulah.....  (Ya ALLAH... aku memohon agar aku bukan didalam golongan yang sesat. Amin....). Nasib baik ada hanya 12 bln shj. Kalau tak tahun depan ada pulak yg taksub dgn 13.13.13.

Hari ni pulak, pagi2 lagi ada segelintir yang kecoh dengan 1.2.34. Tapi tak ramai.... Sebabnya, ada dorang kisah dengan kalendar Islam? Konpem2 tak...

Menguatkan lagi andaian aku bahawa tidak ramai antara kita yg tau kalendar Islam adalah kerana, walaupun ada yg taksub menghapdet status 1.2.34 pagi2 lagi (konon2 dia yg no 1 tahu kewujudan tarikh itu) tiada sorang pun (ok... mungkin ada) yg menegur yg tarikh 1.2.34 itu belum tiba lagi. Hari ni baru 30 Muharram 1434. Bila masuk waktu Maghrib hari ni barulah 1 Safar 1434. (Correct me if im wrong).

So.... Google google lah.....

Note :  Lalalalalala...... (Mode nak balik)