Monday, April 6, 2015

7 months

Aloha....

Ini budak sudah 7 bulan.



Sudah ada gigi...


Nampak tu?

Sudah pandai tepuk tangan... Clap your hand.... Clap your hand.... Hihihihi...

Cer try "tepuk tangan...." Dia pandang je tak paham.

Sekian....

Tuesday, March 24, 2015

Testing part II


Aloha...

Weeeeee..... Blog on the go....



Saje nak buat testing blogging guna blogger apps via iphone....

Sekian...

Saturday, March 14, 2015

Anniversary

Aloha.....

Minggu lepas we ols nye enibeseri. Yang ke berapa???... Kalau dah laling junior tu tahun ni amik SPM, agak2 lah yer yang ke berapa. Takkan yg ke 5 pulak kot....

Tahun ni awal2 dah kasi tau terang-terangan.... NO FLOWER. I tamau tamau tamau.....
Bayangkan harga bunga pun dah berapa. Tambah je 2-3 ratus (aje) dapat handbag. Itu I mau... Ahaks....  

Tahun ni seperti tahun lepas, tak celebrate on the dot... Dah seminggu baru lah nak pegi dinner ke, dapat hadiah ke.... (dapat je tau, bukan kasi...).

Semalam dia ajak gi shopping..... Weeeeee...... sangat2 suka.

"You nak beli apa?"

"Takde apa.... baju budak je....". Nampak tak cara2 nak saiko.....

"Sambil nak tengok kasut....." perlahan je bab nak tengok kasut tu.

Balik keje, singgah Sogo... Sogo je yang sempatnya. Situ manjang nye sale. Rasanya takde hari yang takde sale kat situ.

So, kat sana kena dulukan yang dah berniat awal2. Mula2 cari baju abam. Last dia balik cuti hari tu dia dah dok saiko dedi dia beli sweat shirt hoodie Uniqlo. 
 
Yang ni lah.... 
 
Eh.... Ada diskaun. Hari tu tengok takde diskaun. 
Tapi dia nak kaler oren. Dah pegang tapi lupa dia nak saiz apa. Baik tunggu dia balik je. Maka nya, tak jadi ambik baju abam. 

Next.... Baju adik pulak. 

Baju laling kecik ni senang je. Dedi dia tak banyak kira sikit pasal dak kecik ni. So, tangan mak nya macam sotong ambik tu ambik ni. Sumernya berkenan. Asal ada tag diskau je, cekau selalu.

Ok... cukup untuk dia. Sambil2 tu sikit2 menapak ke belah2 handbag. Laling ikut je. Tak perasan agaknya dah masuk kat department lain. Sibuk berWhatsApping. 

Tapi time aku cuit je handbag.... baru cuit hoccay, belum belek lagi....

"You nak tengok handbag ke kasut??"

"Kasut......." sambil melencong terus ke tempat kasut.

Hishhhh..... 

"Kasut you ada berapa?"

"2..." perlahan je antara dengar tak dengar. Padahal....... (Tak nak citer pasal ni...)

"Kat opis ada berapa?"

"Satu....." Padahal...... (Ok, yg ni pun lagi tak boleh citer...)

Soalan perangkap tu. Kena hati2... Kena ubah topik.

"Nak yang ni lah......"

Cepat2 ambik, tanya saiz & bayar. 

Tadaaaa........


Memang takde brand lain dah kalau tak yang ni. Tapi kan...... bulan lepas pun ada beli jugak lebih kurang design ni tapi kaler lain. Nak cepat punya pasal kan..... 

Takpe.... Lama2 esok dia mesti tak perasan. Tapi jangan my laling junior. Sepit rambut baru pun dia perasaan ye.... Susah bakal menantu aku nanti.



Monday, March 9, 2015

Surat untuk Azim

Assalamualaikum anak ibu....

Hari ini, waktu ini, 9 tahun lepas....

Ibu tak pernah lupa.
Dah besar dah anak ibu. Dah darjah 3.

Sayang....

Azim sekarang dah jadi abang kepada adik perempuan...  Syukur, akhirnya ibu & ayah dikurniakan lagi seorang anak yang cukup sempurna, Begitu juga Azim & abang. Cukup sempurna bagi ibu. Keluarga kita dah bertambah. Sekurang2nya jadi pengubat rindu ibu pada abang & Azim.

Ibu minta maaf sebab dah jarang datang jenguk Azim. Bukan ibu lupa ya nak.....

Since ibu pregnant, ibu memang tidak banyak bergerak kemana2. Buat masa sekarang ibu belum berkesempatan nak bawak adik melawat Azim. Insyaallah... satu hari.

Azim....

Tahun ni abang ada big exam lagi. Doa kan abang ya. Terima kasih atas doa2 Azim buat ibu, ayah & abang. Semoga doa itu tidak putus seperti mana ibu & ayah selalu doakan Azim.

Darling....

Semalam ibu mimpi seseorang. Naluri ibu mengatakan itu Azim. Walaupun dah lama Azim tak datang dalam mimpi ibu, tapi ibu tau... Azim masih ingatkan ibu.

Jangan lupa janji Azim, cari ibu nanti....

Selamat ulangtahun ke 9 sayang.......

Ibu sayang Azim.... dunia dan akhirat.










Friday, February 13, 2015

Kematian...

Assalamualaikum.....

Mati itu pasti....

Pastinya bila?

Itu yang semua orang tak tahu.

Semalam adalah hari yang suram. Suram untuk family kami, suram untuk rakan2 ofis, suram untuk rakyat Malaysia.

Semalam dikejutkan berita abang ipar meninggal.

Maaf ye kawan2 kerana tidak dapat reply semua mesej melalu SMS, Whatsapp, BBM....

Ada yang bertanya betul ke berita itu?

Ya betul..... Insan yang anda kenali itu sudah tiada disebabkan komplikasi jantung.

Moga Abang Bullah di tempatkan antara golongan yang beriman....

Sebelum itu ofis diberitakan dengan berita seorang sahabat yang sedang kritikal kerana cancer. Sangat sedih...

Insan yang kami kenali sedang bertarung nyawa..... Semoga kamu kuat sahabatku....

Malam, dikejutkan pula dengan berita pemergian Tok Guru Nik Aziz. Sedih untuk kita seluruh umat Islam. Sedih untuk rakyat Kelantan. Sedih untuk Malaysia....

Kemudia dikejutkan lagi berita kematian dari group WhatsApp.

Innalillah & Al-Fatihah buat semua yang telah tiada.



Friday, February 6, 2015

Testing 123

Aloha.....

Yihaaaa..... New gadget in the houz.

Meh mentesting 123....

Testing done & success.

Sambung zzzzzz.....

Mode : mc

Monday, January 19, 2015

Sengaja mintak

Desyummmm......

Lagi entry luahan perasaan....

Rambut si budak kecik tu dah panjang. Konon2 dulu nak biarkan panjang ikal mayang...(konon...). Lama2 dah serabai pulak aku tengok. Jenis pulak taknak bersepit2, or pakai apa saje kat kepala tu.

Semalam, bawaklah dia pegi saloon. Nak gunting sendiri takut. Takut tercucuk, takut tak sama...
Pusing punya pusing jumpa 1 saloon. Aku memang tak pernah pegi pun situ.

Tengok kedai pun ok. Tak ramai. Ada sorang tengah blow rambut.

Pekerja lain takde, kecuali ada sorang minah... errr mamat.... errrr aku pun tak sure. Hamba Allah lah senang citer tengah belek henfon duduk kat kaunter. Mau 3 minit aku tunggu dia angkat kepala. Aku pun tak tau kenapa boleh pulak aku dok tunggu je dia. Terkedu agaknya tengok penampilan dia.

Pas tu dia pun bangun. Aku pun tanya, sorang je ke pekerja.....

Dia boleh cakap, "kejap ye..." Then keluar kedai.

Aku bajet dia panggil pekerja yang lain kot tengah lepak kat depan2 kedai tu ke.

Tapi idok..... Dia boleh buat kol. Pas tu tergesel2 kat kereta....

APA HAL????!!!!!!!

Sambil cakap telepon tu, leh lak terangkat2 skirt yang dah memang2 pendek tu. Oh ye... maybe nak tayang peha berketak kat mat bangla 2 orang yang masuk kedai tu lepas aku.

Atas tersembul, bawah terselak....... Ewwww......

Aku pun tak tau kenapa boleh pulak aku nak tunggu 4 minit dia on the line and sampai kesudah tak habis2.... Sampai kitorang blah.

Tapi... naluri tak puas hati aku tu meluap2... Sebab aku hanya dapat jeling je bila lalu depan dia.

Takpe.... aku pegi tempat lain dulu. Pegi beli ayam sat.

Pas tu aku cakap kat my laling, lalu balik kedai tadi nak tengok ada orang ke tak.

Walaupun dia kata tak payah tapi aku suruh jugak.

"Nah... u pegang budak...."

Aku pun masuk, nampak si polan tadi tengah belek henfon lagi.....

"Sori... abang ke kakak ni..... kalau tak nak meniaga, tutup kedai ye.... takdelah orang nak tercangak2 dalam kedai ni."

Then aku blah.......

Ikutkan hati banyak lagi nak sumpah kan..... Tapi laki dah tunggu dalam kereta. Lagi satu, aku takut kena hambat... Kang dia angkat skirt dia kejar aku dengan gunting... Naya je... Baik blah laju2.

My laling tanya, ada orang lagi tak? Aku kata ramai.


UPDATE : ni ha rambut dak kecik tu... tu headband tah mana2 dah.