Saturday, April 11, 2015

Cerita hari sabtu

Aloha....

Tetiba lak rajin nak menghapdet...

My laling princess dah sleep, my laling layan movie tembak2. Huh.... ganas. I dun like.




Hari ni sepeti hari2 wiken yang lain. Cuma hari ni mood nak breakfast di luar zone. Asyik tempat yang sama je. Bowing tau....

Plan semalam nak pegi baby expo kat klcc pagi ni. Nak menyambar diapers dak kecik. Nasib baik lah semalam dah survey siap2.. Nan hado je expo tu. Takde apa. Bersepah orang buat marketing je. Jual insurans, education plan, buku... Sib baik tak bawak princess so dapat lah nak ngelak2.

Selain nak cari diapers, ingat nak sambar ssc carrier.... pun takde. Adalah... tapi bukan idaman hati. 

So hari ni sambar diapers kat Tesco je lah. Ada promotion.... Pantang dengar murah, kejar selalu...

                (eshop.tesco.com.my)

Lepas breakfast, my laling princess tangkap lentok dalam kereta. So dedi kata, jom round2 tengok rumah kat Puncak Alam. 

Jom.....

Dulu dengar je area ni, terus orang kata jauh ujung tanjung. Rumah pun murah je time tu. Semi-d pun tak sampai 300k. Now dah developed. 

Round 1 taman. Nampak je for sale my laling stop. Ambik no, terus text tanya rege. Biar betik dia nih....

Pas tu round lagi.... Nampak lak show house. 

"Jom..."

"Tak payah....." Kang ada yang 'ter'beli. Bukannya tak biasa buat perangai ni.

Dulu, apartment kat OS tu pun 'ter'beli.
Rumah sekarang pun 'ter'beli. 
Asal masuk je show house.... Terus letak deposit. Memang jenis mudah 'ter'beli...

So this time, belajar dari pengalaman.

Ingat habis di situ je....

Petang tadi dia ajak round2 Shah Alam...

"Tengok rumah area sana pulaklah...."

Adoyaiiiiii..... tepuk dahi.


Monday, April 6, 2015

7 months

Aloha....

Ini budak sudah 7 bulan.



Sudah ada gigi...


Nampak tu?

Sudah pandai tepuk tangan... Clap your hand.... Clap your hand.... Hihihihi...

Cer try "tepuk tangan...." Dia pandang je tak paham.

Sekian....

Tuesday, March 24, 2015

Testing part II


Aloha...

Weeeeee..... Blog on the go....



Saje nak buat testing blogging guna blogger apps via iphone....

Sekian...

Saturday, March 14, 2015

Anniversary

Aloha.....

Minggu lepas we ols nye enibeseri. Yang ke berapa???... Kalau dah laling junior tu tahun ni amik SPM, agak2 lah yer yang ke berapa. Takkan yg ke 5 pulak kot....

Tahun ni awal2 dah kasi tau terang-terangan.... NO FLOWER. I tamau tamau tamau.....
Bayangkan harga bunga pun dah berapa. Tambah je 2-3 ratus (aje) dapat handbag. Itu I mau... Ahaks....  

Tahun ni seperti tahun lepas, tak celebrate on the dot... Dah seminggu baru lah nak pegi dinner ke, dapat hadiah ke.... (dapat je tau, bukan kasi...).

Semalam dia ajak gi shopping..... Weeeeee...... sangat2 suka.

"You nak beli apa?"

"Takde apa.... baju budak je....". Nampak tak cara2 nak saiko.....

"Sambil nak tengok kasut....." perlahan je bab nak tengok kasut tu.

Balik keje, singgah Sogo... Sogo je yang sempatnya. Situ manjang nye sale. Rasanya takde hari yang takde sale kat situ.

So, kat sana kena dulukan yang dah berniat awal2. Mula2 cari baju abam. Last dia balik cuti hari tu dia dah dok saiko dedi dia beli sweat shirt hoodie Uniqlo. 
 
Yang ni lah.... 
 
Eh.... Ada diskaun. Hari tu tengok takde diskaun. 
Tapi dia nak kaler oren. Dah pegang tapi lupa dia nak saiz apa. Baik tunggu dia balik je. Maka nya, tak jadi ambik baju abam. 

Next.... Baju adik pulak. 

Baju laling kecik ni senang je. Dedi dia tak banyak kira sikit pasal dak kecik ni. So, tangan mak nya macam sotong ambik tu ambik ni. Sumernya berkenan. Asal ada tag diskau je, cekau selalu.

Ok... cukup untuk dia. Sambil2 tu sikit2 menapak ke belah2 handbag. Laling ikut je. Tak perasan agaknya dah masuk kat department lain. Sibuk berWhatsApping. 

Tapi time aku cuit je handbag.... baru cuit hoccay, belum belek lagi....

"You nak tengok handbag ke kasut??"

"Kasut......." sambil melencong terus ke tempat kasut.

Hishhhh..... 

"Kasut you ada berapa?"

"2..." perlahan je antara dengar tak dengar. Padahal....... (Tak nak citer pasal ni...)

"Kat opis ada berapa?"

"Satu....." Padahal...... (Ok, yg ni pun lagi tak boleh citer...)

Soalan perangkap tu. Kena hati2... Kena ubah topik.

"Nak yang ni lah......"

Cepat2 ambik, tanya saiz & bayar. 

Tadaaaa........


Memang takde brand lain dah kalau tak yang ni. Tapi kan...... bulan lepas pun ada beli jugak lebih kurang design ni tapi kaler lain. Nak cepat punya pasal kan..... 

Takpe.... Lama2 esok dia mesti tak perasan. Tapi jangan my laling junior. Sepit rambut baru pun dia perasaan ye.... Susah bakal menantu aku nanti.



Monday, March 9, 2015

Surat untuk Azim

Assalamualaikum anak ibu....

Hari ini, waktu ini, 9 tahun lepas....

Ibu tak pernah lupa.
Dah besar dah anak ibu. Dah darjah 3.

Sayang....

Azim sekarang dah jadi abang kepada adik perempuan...  Syukur, akhirnya ibu & ayah dikurniakan lagi seorang anak yang cukup sempurna, Begitu juga Azim & abang. Cukup sempurna bagi ibu. Keluarga kita dah bertambah. Sekurang2nya jadi pengubat rindu ibu pada abang & Azim.

Ibu minta maaf sebab dah jarang datang jenguk Azim. Bukan ibu lupa ya nak.....

Since ibu pregnant, ibu memang tidak banyak bergerak kemana2. Buat masa sekarang ibu belum berkesempatan nak bawak adik melawat Azim. Insyaallah... satu hari.

Azim....

Tahun ni abang ada big exam lagi. Doa kan abang ya. Terima kasih atas doa2 Azim buat ibu, ayah & abang. Semoga doa itu tidak putus seperti mana ibu & ayah selalu doakan Azim.

Darling....

Semalam ibu mimpi seseorang. Naluri ibu mengatakan itu Azim. Walaupun dah lama Azim tak datang dalam mimpi ibu, tapi ibu tau... Azim masih ingatkan ibu.

Jangan lupa janji Azim, cari ibu nanti....

Selamat ulangtahun ke 9 sayang.......

Ibu sayang Azim.... dunia dan akhirat.










Friday, February 13, 2015

Kematian...

Assalamualaikum.....

Mati itu pasti....

Pastinya bila?

Itu yang semua orang tak tahu.

Semalam adalah hari yang suram. Suram untuk family kami, suram untuk rakan2 ofis, suram untuk rakyat Malaysia.

Semalam dikejutkan berita abang ipar meninggal.

Maaf ye kawan2 kerana tidak dapat reply semua mesej melalu SMS, Whatsapp, BBM....

Ada yang bertanya betul ke berita itu?

Ya betul..... Insan yang anda kenali itu sudah tiada disebabkan komplikasi jantung.

Moga Abang Bullah di tempatkan antara golongan yang beriman....

Sebelum itu ofis diberitakan dengan berita seorang sahabat yang sedang kritikal kerana cancer. Sangat sedih...

Insan yang kami kenali sedang bertarung nyawa..... Semoga kamu kuat sahabatku....

Malam, dikejutkan pula dengan berita pemergian Tok Guru Nik Aziz. Sedih untuk kita seluruh umat Islam. Sedih untuk rakyat Kelantan. Sedih untuk Malaysia....

Kemudia dikejutkan lagi berita kematian dari group WhatsApp.

Innalillah & Al-Fatihah buat semua yang telah tiada.



Friday, February 6, 2015

Testing 123

Aloha.....

Yihaaaa..... New gadget in the houz.

Meh mentesting 123....

Testing done & success.

Sambung zzzzzz.....

Mode : mc