Wednesday, January 1, 2014

Cuti-cuti penghujung 2014

Aloha....

Ingat lepas ke hujung utara semenanjung bulan lepas, dah takde cuti2... rupanya ada. Last minit plan.

Kemana?

Utara lagi...... Penang. 

But this time pegi ramai-ramai dengan myfamily. 

Cuti kali ni adalah sangat best dan lain dari cuti yang sudah2. No shopping-shopping. Serius, memang takde shopping walaupun niat tu ada.

Kami stay di Villa Emas Condo area Queensbay. Walking distance to Queensbay Mall.  Macamana dapat kat sini, nanti kite citer.


1st day sampai terus round2 kat Queensbay Mall. Memang takde aktiviti pun hari tu sebab nak tunggu 2nd group sampai. Aku termasuk dalam 1st group yang sampai sana sebab ambik cuti hari tu (Jumaat). 2nd group, mereka2 yang tak dapat cuti. So, datang lepas habis kerja. Sumer2, 15 orang.

Malam, makan di Hammer Bay Ikan Bakar. Tempat cantik & food pun ok. Tomyam dia best.








Menu :-
Ikan siakap 3 rasa
Ikan kerapu steam limau
Sayur kailan ikan masin 1 hidang
Sayur kangkung belacan 2 hidang
Tomyam campur 2 hidang
Daging masak merah 3 hidang
Telur dadar 3 hidang
Air buah 2 jag
Air teh o panas 1 jag
Air suam 1 jag
Otak2 (untuk 2 meja)

total damage - RM228.++

Time bayar baru tau ikan kerapu tu RM70. Mula tanya siakap dalam RM27, tak sangka pulak kerapu lain harga. Takpe... dah makan. Nasib baik sedap.


Lepas tu jalan-jalan ke Padang Kota Lama. Lepak2 sat je sebab dah tengah malam sangat. One thing aku kureng sikit bercuti ke Penang sebab jalan yang sangat jem tak kira siang atau malam. Kat KL ni kalau jem, kite tau mana arah nak cilok dan tau tang mana yang jem. Sana, main redah je lah. Nak2 pulak terlalu kat tapak pesta...... memang tobat nasuha rasanya.

Esoknya, korum dah cukup, kitorang merayau ke area Jelutong pekena nasik kandar. Aku lupa nak ambik tajuk kedai tu tapi menurut kakak ipar aku yang memang ada darah sana, kedai ni memang dah lama.

Tapi, biasalah... tekak melayu. Tak boleh lah masuk nasik kandar pepagi hari... Walaupun ambik separuh je tapi tetap melambak. 15 orang sumer makan nasik lauk ayam / sotong hanya RM84.00 sahaja.





ambik separuh je ni

Dan buat pertama kalinya aku try Apom Lenggang. Apom ni terkenal kat area sana je. Memang sedap. Mesti cuba.


Kebiasaannya yang jual Apom ni orang2 tua India. Dibuat secara tradisional iaitu menggunakan arang. Dan jangan lupa time buat tu kena lenggang2 sikit. Ekceli, lenggangkan kuali tu....


senyum sikit aci....

Lama tau nak tunggu sebab dah ramai yang beratur...

Lepas mengenyangkan perut memasing, pegi cari China Town. Sebenarnya nak cari Art Street, tapi pusing punya pusing.... tak tau apa yang dicari. Ni dah dekat time lunch. Lunch hari tu di sponsor oleh seseorang di sana. See.... macamana orang tak kata Penang ni heaven of food. Sat2 tadi baru melantak nasik kandar, lepas 3 jam makan lagi.... Diet? tolak tepi je lah.... buat kena gelak je. 

Menu luch kami :- Kari kepala ikan, kari sotong, sambal tahu, kangkung belacan, ikan cencaru sumbat.... 

Rumah pulak tingkat 12, tepi pantai. Memang layu je mata kena angin laut lepas makan. Konfem lah lepas makan lalok je.....

view dari rumah 

Acara lepas makan, kami dibawa naik bot untuk ke pulau2. Sambil lalu bawah jambatan ke 2. Melawat tempat ternakan ikan laut yang mahal2 seperti siakap & kerapu.

Ok, cerita naik bot, pergi pulau-pulau dan naik jambatan yang belum di buka, next entry pulak ye.... Dah panjang dah cerita kali ni.

Nak pegi dinner sat.... (makan lagi....)









Grilled Chicken Sandwich


Aloha....

Selamat tahun baru semua.....

Hari yang indah haruslah dimulakan dengan sarapan yang sihat... 
Semalam nak makan Subway, tapi roti dorang tengah dalam oven. Betul.... nak kena tunggu 20 minit.

Dari Selayang ke Puncak Alamn.... Rupanya kat Puncak Alam tak bukak lagi.

Mengidam punya pasal, hari ni buat sendiri aje.

ini baru intro

Bahan-bahanya :-

French loaf / roti perancis - kalau dapat roti yang lembut sikit, lagi best. Potong dalam 5-6 inci.
Ayam yang telah di perap dengan sos bbq. 
Chicken cocktail with cheese (suka2 tambah)


sila abaikan kehitaman ayam itu








ayam yang dah dihiris






aku marinate guna sos ni.


 
roti di belah dua (tak putus). letak cheese sebelum sumbatkan ayam dalam roti.

panaskan dalam oven atau kuali pemanggang / pemanggang ajaib. agak2 cheese dah cair, oklah tu.

serikan dengan sayur / salad / bawang / mayo / cili sos
aku hanya guna kobis & bawang sebab itu je yang ada.

tadaaaaa....... 

Next time buat cantik-cantik..... 1 tu je dang buat kenyang sampai tengahari.




Its 2014...

Aloha....

Yeay.... Yippiiii......

I'm in 2014....







Tuesday, December 31, 2013

Bye-bye 2013


Aloha...

Entry terahir 2013.

Welcome 2014.....




Tuesday, December 24, 2013

Birthday present - ipodtouch & beats


Aloha.....

Untuk my laling junior.... sempena birthday dia hari ni & sempena result pmr dia. Berbaloi.....

Sememangnya tiap tahun dia akan dapat hadiah birthday tapi akan dapat berdasarkan result exam. Result tak bagus, sorry lah nak dapat present. Tapi Alhamdulillah setakat ini memang selalunya dia dapat. Bersyukur sangat dengan rezeki dan kurniaan yang di beri oleh Yang Maha Esa.


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
V
V






Monday, December 23, 2013

Pulut kuning

Aloha....
 
Rezeki untuk jiran-jiran.... mak buat.
 

 

 
 

Friday, December 20, 2013

Cerita dia lagi - insta

Aloha....

Aku cilok dari insta dia....



Bukan gambar yang menarik minat aku walaupun ada penyeri kat situ (aku lah tu), tapi caption dia. I like.....