Friday, March 14, 2014

Anniversary

Aloha....


Saje gatal2 nak cerita pasal anniversary.

7/3/2014 hari tu anniversary aku. Dah semestinya lah dengan my soulmate, setilam sebantal....
Tapi, biasalah kan kalau dah banyak tahun nak kena kira, sambutan pun ala2 je lah... Itupun nasib baik ingat.

Aku memang ingat lah, dia tak tentu punya.....

Yang buat dia ingat bila anak bujang dia kol kul 12 tgh malam wish happy anniversary kat dedi dia. Tapi esok dia lupa balik.....

Hari tu hari Jumaat. Seperti biasa balik keje je soalan dia.... nak makan apa malam ni.

Haihhh... sejak2 tinggal berdua ni memang itu masalahnya. Selalu buntu nak makan apa. Kalau dah sampai area rumah, memang sorilah aku nak makan nasik. Tak tau kenapa, tapi memang macam tu. Takde apa yang kena dengan selera. Tapi kalau luar kawasan, belasah apa saje......

Berbalik pada soalan dia tadi, pikir punya pikir punya pikir....... Jom makan seafood. I nak makan kerang bakar. Dah lama cari.....

My laling, bab nak kasi aku makan dia ok je.... Janji aku makan. Bila aku kata tak tau nak makan apa tu yang buat dia pening kepala.

So, geraklah kami ke Jeram Kuala Selangor. Situ je yang terdekat....

Sampai awal, memang takde orang. Meja pun boleh pilih kejap nak kat sana, kejap kat sini. Makan berdua, ambik meja untuk 6 orang. Well.....

Elok2 dah pilih lauk je, azan Maghrib. Just nice. Sambil tunggu lauk masak, gi solat dulu. Habis solat, lauk sampai. Cantek......

Hasil tangkapan hari tu :-

Pari - RM3.50 / 100gm (kalau tak silap lah) - ambik yang sedang, bakar sambal.
Ketam - RM4.50 / 100gm - ambik 2 ekor besar goreng kunyit je.
Kerang - RM6 / sebakul - bakar. Sambal kicap dia marbeles....
Kangkung goreng belacan
Telur dadar
Nasi putih 3 pinggan.
Air - tembikai, barli, teh o suam, air suam.

Total : RM48.50

Mulanya ambik jugak udang & sotong. Tapi teringat pulak makan berdua, so letak balik. Nasib baik jugaklah tak ambik sebab ambik yang atas tu pun dah seksa nak habiskan.

For me harga tu sangat2 berbaloi. Bajet2 kena dalam RM70-80.00. Sebab selalunya pegi reramai (10 - 12 org) kena dalam RM350-500.00. Tapi memang time tu amik main kilo2. Nak berebut....

Nampaknya, bakal di ulang lagi...... Tunggu my laling jr balik.

Note  : Weeeee...... tonite nak gerak jumpa my laling jr. Rinduuuuuuu.........








No comments:

Post a Comment