Sunday, March 9, 2014

Surat untuk Azim....

Assalamualaikum Azim....

Hari ini, waktu ini, 8 tahun lepas....

Azim ingat ibu lupa?.....

Mana mungkin ibu lupa.

Walau sedetik pun ibu takkan lupa......

Rasanya tak perlu tanya Azim macamana.... Semestinya Azim sihat disana.

Ibu, Ayah & Abang sihat2 aje... 

Oh ya, sebelum ibu lupa.... Abang sekarang sudah mula belajar hidup berdikari. Alhamdulillah, Azim dikurniakan abang yang bijak dan Insyaallah akan menjaga ibu & ayah kemudian hari nanti.

Tahun lepas ibu ada cerita pasal abang ada big exam kan? Syukur dengan rezeki yang Allah beri dan usaha dia sendiri, abang dapat result yang sangat2 cemerlang. Dengan itu, abang dapat offer ke sekolah asrama penuh.

Maka bermulalah tahun ni abang hidup jauh dari kita.

Sekarang ni ibu & ayah tinggal berdua... teringatkan Azim & abang.

Bukan setakat rezeki abang je tahun ni, rezeki keluarga kita ibarat berganda2.... Selepas satu satu rezeki yang sangat indah kami terima. Berkat doa Azim.....

Adik.....

Mungkin sekarang ibu jarang2 dapat menjengok adik tapi tak bermakna ibu lupa. Tak bermakna ayah alpa.

Sayang.....

Satu hari kita akan bertemu. Masa itu sudah ditentu, cuma kita yang tak tahu. Tapi itu adalah pasti.

Ibu pinta, bila sampainya hari itu, tolong jangan berpaling dari ibu. Ibu pinta agar ditunaikan janji2 bahawa seorang anak akan mencari ibunya disana.... Janji dengan ibu....

Maaf sayang, ibu tidak mampu lagi meneruskan surat ini. Mungkin surat kali ini ringkas tapi terkandung doa yang tidak pernah putus buat anak ibu......

Salam sayang dari ibu, ayah & abang..... Doa kan kami.




No comments:

Post a Comment