Tuesday, September 29, 2015

Luggage

Aloha....

Ni dah nak masuk hujung tahun dah ni. Tak sabar nak masuk tahun depan. Bukannya apa, tak sabar nak penuhkan balik annual leave & mc. Tak sabar nak holiday....

Rasa macam dah lama tak gi holiday mana2. Yang betul2 holiday... Passport pun dah expired. Tak sabar nak buat passport dak kecik tu sebenarnya.

Plan untuk tahun depan memang macam2 tempat lah nak pegi. Jadi tak jadi tak tau lah. Buat list je dulu...

Tapi main plan adalah..... Jeng jeng jeng..

Persiapan kena buat awal2. Standby je nih. Iternary pun tak start buat lagi. Mau makan tahun nak buat ni.

Mula2 sediakan beg dulu. Ekceli nak cari beg untuk my laling princess je. Tapi, biasalah kan... mesti lah nak match sama abang dia. 

Kitorang nye luggage kaler hijau. So, nak cari yang size kecik kaler hijau, takde pulak yang sama. 

My laling jr pulak nak jugak cabin size luggage. Senang dia bawak masuk dalam flight katanya. 

Oklah... Oleh kerana adik belum nak guna lagi, so cakap kat abang, abang guna adiknya dulu. Maknanya, beli beg adik tapi abang guna. 

Sebab kaler hijau takde, aku nak je ambik kaler pink. Dah tak jadi sebab takkan abang nak guna kaler pink. Terpaksa cari kaler lain... Tapi dalam hati, tetap jugak aku nak cari kaler pink. Atleast dari jauh orang dah nampak. 


Yang putih tu pun aku kenan. Tapi biasalah sorang lawan 2 susah lah nak menang. Dorang tak suka...


Nak yang silver, mlj taknak. 

Haishhh... Nak pilih beg je 3 jam. Macam2 demo dah orang kedai tu buat. Duduk, pijak, ketuk, baling..... siap mlj pijak sepak bagai dah.

Ada yang berkenan, tapi takde kualiti. Yelah, beg ni ada macam2 jenis. Ada yang jenis keras kat luar (hard shell) ada yang jenis fabric. Aku prefer yang hard shell with striking colour. 

Seboleh2 nak yang murah, tapi kualiti bak bagus. Standard lah kan....

Setelah 3 jam membelek semua beg yang ada dapat lah jugak aku tau serba sikit cara2 nak pilih beg. 

1) Harga - ofkos lah nak yang murah tapi ada kualiti. So, aku tak pentingkan sangat brand. 

2) Jenis - macam aku cakap tadi, nak yang hard shell atau yang fabric. Tapi make sure yang water proof. Kalau yang hard shell kena pilih yang anti breaking cover. 

3) Security - ni pun penting. Banyak beg yang murah & cantik. Tapi, selamat ke? Selamat maksud aku, selamat tak barang  kita kat dalam tu. Kalau travel by own car, tak jadi masalah. Ni cerita kalau naik flight. 
Yes, kita cari yang boleh lock. Tak kira lah lock macamana. Letak padlock sampai 8 pun kalau orang nak curi, tetap boleh. 
Macamana? Kat zip beg tu. Ambik pen, cucuk, bukak, ambik barang, tutup balik. Dah banyak kes orang hilang barang cara macam ni. 
Tak paham? 



Tapi banyak dah brand yang dah buat double layer zip. Lupa dah dia panggil apa. Kalau nak, cari yang anti thief. 

4) Ciri-ciri lain :-
Yang ringan - Kalau naik flight, kena ambik kira berat luggage. Kalau lebih dari limit yang dibenarkan tu, dah kena bayar. So, kalau beg kosong pun dah berat, letak barang lagi tambah berat. Dah rugi. Selalunya dalam range 1.5kg to 4kg ikut size. 
Size - biasanya standard - 20", 24" & 28". Hanya size 20" kebawah aje yang boleh bawak masuk cabin/hand carry. Lebih dari tu kena masuk kat tempat beg. 
Wheel - cari yang advance sikit. Yang ada 8 wheels. Boleh pusing 360degree. Boleh tahan bumping & pressure.
Warranty - ada yang takde warranty. Ada yang warranty sampai 10 tahun. Ada yang 3 tahun. Ikut brand kot.
Water proof.
Expandable - boleh besarkan sikit beg tu.
Anti scratch - takut lama2 nampak buruk dah nak beli beg baru pulak.
Tambahan - aku suka kaler yang striking sikit. Dari jauh dah nampak. Kalau hitam or gelap, banyak yang serupa. Kadang2 dari jauh nampak beg dah keluar, bila pegang je bukan kita punya. Kadang2 kena tunggu beg tu pusing balik, sebab tak perasan beg kita dah lalu. 

Pic cilok dari google.

Extra2 lain, boleh jugak nak beli cover beg. So, kalau kena campak, tindih, himpit beg tu tak lah calar. 

Aku pernah nampak ada jugak yang balut luggage dorang tu dengan plastic wrap tu. Tapi aku tak pasti macamana kalau kastam kata nak tengok isi dalam. Nak kena buka balik ke?

So, kalau rasa ciri2 kat atas tu tak penting, maka boleh aje beli kat lazada. Below RM400 dah boleh dapat set of 3. 


Cantik tapi tak sure kualiti macamana. Kat situ tulis harga asal RM1000++ tapi ada diskaun. 

Well... terpulang. Sebab aku pernah survey brand Samsonite. Memang mahal lah... Bila aku  compare dengan Lazada punya Samsonite, sales person tu ajar macamana nak tau ori atau tak. Part tu aku dah lupa how. Tapi memang terang2 lah ada beza.

Ekceli aku pun teringin jugak beli kat Lazada tu sebab murah & cantik. Maybe untuk buat pakai travel dekat2 je. Tapi siaplah kena jelingan berapi dari my laling. Beli banyak2 beg buat apa....


Ni lah cabin size bag untuk minah tu tapi abang yang guna dulu. Last2 yang hitam jugak dia nak. Ada chance adik punya beli lain. Nak cari yang size 16" or 18" kot, comel sikit. 

Ye ye je dedi dia kata biar dia 2 beradik beg kaler sama... Kalerful lah jawapnye kalau dah masing2 taste lain2. 















No comments:

Post a Comment