Saturday, May 15, 2010

Teacher's day

Aloha....
Hari ini sekolah darling kecik ada buat hari guru & gotong royong perdana. Bila dengar gotong royong tu yg lemah anggota badan. Inikan tugas ayah dia. Bab2 menghadirkan diri ni memang tugas ayah dia since dolu2. But this time, aku kena pergi. Ayah dia ada game lah pulak. Banyak2 hari, hari ni lah dorang nak buat tournament. WHY??!!...
Pada mulanya darling kecik tu mcm x berapa jer kasi aku dtg sekolah dia. Almaklumlah... dia pun tau, ibu dia ni seorang yg tersangatlah 'peramah' dgn semua org. Muka cam nak cari gadoh jer.... Tp aku cuba menkonfidenkan dia yg aku BOLEH.
Ye lah, kalau aku x pergi, x syoklah kan. Parent ketua pengawas SKSJ x turut serta. Kesian dia.....
Sampai kat sekolah, serupa biasa lah, aku terpacak jer sorang2 x jumpa geng. (Mcm aku ada geng kat sana). Jumpa cikgu, aku senyum. Semanis2 senyuman aku kasi. Mcm lah cikgu tu tau aku ni mak siapa. Aku dah agak dah.... bila org tanya jer aku ni mak siapa, mesti org x sangka. "Ooooo.... mak Shauqat. Selalu jumpa ayah dia...". Standard.... Tp paling syok bila ada sorang cikgu tanya aku:- "Anak thn berapa?" So aku jawap, thn 6. Pas tu cikgu tu ckp "Laa.. ye ker. Ingat anak thn 1 atau 2. Nampak muda sangat." Ayat tu yg buat aku kembang sekembang2nya. Aku pun buat2lah manis mulut..."Eh mana ada, dah tua dah..." Dlm hati, puji lah lg....
Bab tugasan gotong royong lak, aku dpt group yg kena bersihkan longkang tepi pagar... WHY again???!! Huhuhu... kenapalah aku x dpt kemas pusat sumber ker, buat mural ker.... WHY?? WHY??... Aku buat ala kadar jer lah... Nasib baik ramai pakcik2 dlm group aku. So doranglah yg tunjuk macho..


My hero

Oh ye... sebelum tu kami ada tanam pokok STEVIA. Sejenis tumbuhan yg boleh dijadikan gula yg kemanisan dia 15 kali ganda dr gula tebu tp tanpa kalori. Bak kata, gula yg sihat lah. Byk penerangan pasal pokok Stevia ni tp x reti aku nak terjemahkan balik seula kat sini. Nanti bila2 senang, kita google k. Lagi satu, SKSJ adalah sekolah pertama di Malaysia yg tanam pokok Stevia ni. Aku pun x tau bila pokok ni besar, dorang nak buat apa. Sape yg akan proses jadikan gula nanti...? Tp soalan tu aku matikan kat situ jer tanpa bertanya lebih lanjut kat cikgu.


Pokok Stevia yg bakal ditanam..


Ini pokok Stevia yg aku tanam


Di kesempatan ini juga aku gunakan untuk tanya pada cikgu cikgi sal darling aku tu.. Tp jawapan semua standard..."Ooo.. he's good. Bijak, rajin bertanya & baik.." Kadang2 mcm berpura2 pulak... Memang aku tau dia bijak, baik, rajin.. tp mcm x cukup ummph... A's dia only cukup2 mkn. Cannot lah like that...
Selesai acara gotong royong, ada pulak sukaneka. Bab bola jaring, sorry.. aku awal2 lg reject. X tau aku nak duduk tang mana.. GA, GD, WD...?(aku x tau).

Kesian budak2 kena buli dgn mak-mak & cikgu2. Tak kasi chance lansung

Tp bab2 baling buah kelapa, tiup tepung tu bolehlah..... Walaupun menang tp aku x naik stage ambik hadiah. Time tu aku dah start bersin2 bila tepung masuk hidung... Start selsema lah.



Walaupun pada mulanya aku tersangat2 lah malasnya nak pergi tp jadi syok pulak...
Tapi, penat sangat.
Petang basuh rumah pulak...... Gotong royong 3 beranak..

Note: Terima kasih cikgu....

Saturday, May 8, 2010

1st step

Aloha....
Hari tu aku cerita sal nak pindah... Mulai hari ni, akan update cerita sal nak pindah jer....
Hari ni dimulakan dgn step 1 - mengecat rumah. Kami x panggil sesiapa pun. My darling kata dia boleh buat sendiri... Ok. Kita tengok nanti apa hasilnya... Tapi aku kesian kat dia. Dia pun dah beli 3 brush. So untuk siapa brush yg selebihnya kalau bukan untuk aku. Darling kecik gi sekolah.
So, bermulalah acara kami tepat jam 11 am. Baru separuh dinding, dah berpeluh.. Nampak senang, tapi.........
Pukul 12, darling kecik balik. Apalagi, 'tolong' sama lah dia. Baru 5 minit dia buat kerja, dia dah buat 'kerja' lain. Dia dah start mengarut2. Dia x tau ibu dia angin dah sampai kepala. Tau2 ayah dia report, mamat tu cat pintu rumah. Bukan cat sepenuhnya tapi tulis nama dia.. Waduh2.. itu dah betul2 mengarut. Nasib baik sempat cuci balik. Teringat masa kitorang mengecat rumah Kepong. Kitorang buat sendiri jugak. Tengah sibuk kitorang mengecat kat dalam, si mamat kecik tu sibuk mengecat kereta ayah dia.... Aduhai anak ayah.... Masa tu umur dia 4 thn. Nak marah pun x sampai hati. Nasib baik sempat basuh.... Lepas ni, no more tolong2.
Petang, selepas kepenatan.... balik tido.
Lupa pulak, hari ni mamat kecik tu belanja dinner sempena Mother's day. Mcm2 dia nak beli. Dari satay, kek SR, steak,.... last2 beli chicken kat Popeye's. Kesian tengok dia korek duit tabung. Tq darling...

Note : Happy Mother's day to all mommies...

Thursday, April 29, 2010

Akan berpindah

Aku pernah cerita kat sini yg kami akan berpindah. Walupun rumah idaman ku belum siap, tp kami tetap akan berpindah. Tp bukanlah pindah ke rumah yg belum siap tu... Ilang akai apa.... Buat sementara waktu kami akan berpindah ke rumah yg sgt comel. Cukuplah untuk kami ber-3. Ada dinding, bumbung, bilik air. Cuma, x lah seperti rumah sekarang ni. My darling said, "Takpelah, kite pindah ke rumah kecik dulu. Bila rumah sana dah siap, kita pindah balik. Masa tu mesti kita rasa rumah tu besar sgt sebab kite dah biasa duduk rumah kecik." Mmmmm... walaupun aku & Adam tau, kata2 tu hanya untuk menyedapkan hati kitorang, tp ada logiknye jgk.


Ini adalah gambar hiasan hanya utk menyerikan tempat ini.

Lupa lak nak kasi tau. Kenapa kami pindah? Sebab rumah ku syurga ku yg sekarang ni dah kena jual. Dah lama dah. Dlm 1-2 bulan ni settle lah. So dgn rasminya nati kami kena serahkan kunci. So daripada nak kelam kabut kemudian hari, awal2 darling i dah cari rumah. Location, baek punye..... Sebelah rumah mak dia. Senang hidup kami nanti. Tak payah ulang alik nak antar Adam gi sekolah. Makan pun sonang.
Hari ni ada org nak perbetulkan dulu rumah tu. Buat bilik air, buat dapur. Itu syarat utama aku & Adam kalau nak duduk rumah comel tu. Rumah lama, dah ramai org sewa, so paham2 jer lah condition dia. Nasib baik tuan rumah bermurah hati. Tp pagi td panik jugak aku tibe2 tuan rumah kol. Ingatkan x kasi buat or x kasi sewa. Rupanye dia suh tambah buat dapur. Hari tu aku panggil org buat bilik air jer.
Dengan adanye rumah sewa ni, bila di kira2 balik.... 4 rumah kami kena bayar. Semestinya rumah skrg ni nak kena bayar lg. Rumah baru tu dah start bayar dah 4 bulan. Apartment One Selayang lg. Penyewa tu dah nak keluar, so dah xder income kat situ. Now rumah sewa ni pulak...
Bulan ni memang sakit sikit lah... Banyak bende nak kena bayar. Kos pindah lagi nanti. Saman x bayar lg, road tax keter bln May dah mati. Insurance rumah. Aduuuhh... kesian darling I. Makin banyak uban dia. Takpe you, nanti, insuran i dgn Adam, kad kredit, bil2 sumer tu i bayar sendiri. Untuk 2-3 bulan ni jer tau....

Note : Hutang...hutang...hutang....

Wednesday, April 28, 2010

Aku kayo.......

Kalau nak dihitung, dikira, aku dah boleh dikategorikan millionaire dah... Selama 2 minggu ni, tiap2 hari ada org bermurah hati nak kasi duit. Bukan sehenghet dua... Tidak sama sekali 10-20 hengget. Tp ribu2... USD lagi you. Walaupun aku x join 'Klik je Fb dapat RM100' tp ada jugak yg nak kasi aku duit. Tak percaya??!! Ni hah buktinya....

I am Joe Martins, Attorney at law. A deceased client of mine, that shares the same last name as yours,who lost his life alongside his wife and only child in (Beirut-bound charter jet) plane crash on the Monday, 9 January 2006, 12:12GMT.http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/4594104.stm Prior to the Death of my Late Client. I have contacted you to assist in distributing the money left behind by my client(S$11,300,000.00 Million) is lodged in the bank. Regards Joe Martins
martinsjoe326@sify.com




Kan aku dah kata, org nak kasi aku duit. Cuba bilang berapa kosong kat belakang figure tu. Hehehe..... Dengar jer aku kaya, terbeliak mata org. Aku x boleh kaya ker?

Orang ni pun nak kelentong, agak2lah. Ntah bila masa lak nama aku sama lak dgn nama client dia tu. Macam2 version aku dapat via email. Tu belum lagi Power Root, Petronas yg SMS kata aku menang RM10k. Belum lg aku menang 'Gores & Menang'. Tapi ini semua adalah TIPU, PALSU, DUSTA...
Tp dalam pada tu, ada jugak org yg percaya & tertipu... Tak berani nak cakap lebey... Lain org lain pemikiran.

Note : Berhati2 di jalan raya.....

Saturday, April 24, 2010

Aduhai.....

Dah puas dah aku cuba. Dah puas aku buat. Selalunya menjadi...Knp this time lak x boleh?? Serabut dah kepala otak ni. Cuba try test cam ni x boleh, tang tu x boleh... Nak buat mcmana lagi nih.... Hishhhh!!!! Rasa cam nak hempuk2 jer benda alah ni. Yg peliknya dulu dah banyak kali aku buat. Sampai ada org kata, dah2 lah tu... Then aku stop. Agaknya dah lama sgt aku tinggalkan, tu yg susah nak jadi....
Sekali sekala aku nak jugak buat perubahan. Xderlah aku boring. (org lain aku x tau lah..). Semalam pulak x jadi..... Rimas aku buat benda yg x jadi ni. Jangan nak uji kesabaran aku... Aku ni jenis cepat naik hangin jugak... Tulun...tulun.....



MACAMANA NAK TUKAR TEMPLATE NIH....?????!!!!!!!!!!



Friday, April 16, 2010

Ibu, Mak, Umi, Mummy, Mama, Bonda......

Semalam aku dapat email ni dari seorang kawan. Nice to share....

Suatuketika…
Seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Menjelang diturunkan, dia bertanya kepada Tuhan,
"Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimku ke
dunia. Tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? saya begitu kecil
dan lemah." kata si bayi.
Tuhan menjawab,
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu, ia akan menjaga dan
mengasihimu.”
"Tapi di syurga, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa,
ini cukup bagi saya untuk
bahagia." kata si bayi.
Tuhanpun menjawab,
"Malaikatmu -akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kau akan merasakan
kehangatan cintanya dan jadi lebih bahagia."
Si bayipun bertanya kembali,
"Dan apa yang saya lakukan saat saya ingin berbicara dengan - Mu?"
Sekali lagi Tuhan menjawab,
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana kamu berdoa."
Sibayipun masih belum puas, ia bertanya lagi,
"Saya mendengar di bumi banyak orang jahat, siapa yang akan melindungi
saya?"
Dengan penuh kesabaran Tuhan pun menjawab,
"Malaikatmu akan melindungimu dengan taruhan jiwanya sekalipun."
Si bayipun tetap belum puas dan melanjutkan pertanyaannya,
"Tapi saya akan bersedih kerana tidak melihat Engkau lagi."
Dan Tuhanpun menjawab,
"Malaikatmu akan menceritakanmu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar
kamu bisa kembali kepada-Ku. Walaupun sesungguhnya Aku selalu berada
disimu."
Saat itu syurga begitu tenangnya, sehingga suara dari bumi dapat terdengar
dan sang anak dengan suara lirih bertanya,
"Tuhan…jika saya harus pergi sekarang, bisakah Engkau memberitahu siapa nama malaikat
dirumahku nanti?"
Tuhanpun menjawab…
"Kamu dapat memanggil malaikatmu… IBU…"
Kenanglah Ibu yang menyayangimu. Untuk Ibu yang selalu menitiskan air mata
ketika kau pergi… Ingatlah engkau ketika, ibumu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu tidur nyeyak dengan dua selimut membalut tubuhmu.
Ingatlah ketika jemari ibu mengusap lembut kepalamu ?
….dan ingatlah engkau ketika air mata menitis dari mata ibumu ketika ia melihatmu terbaring sakit?
Sesekali jenguklah ibumu yang selalu menantikan kepulanganmu di rumah tempat kau dilahirkan.
Kembalilah memohon maaf pada ibumu yang selalu rindu akan senyumanmu.
Jangan biarkan engkau kehilangan saat-saat yang akan kau rindukan di masa datang. Ketika ibu telah tiada…
Tak ada lagi yang berdiri
di depan pintu menyambut kita,
Tak ada lagi senyuman indah… tanda bahagia.
Yang ada hanyalah kamar yang kosong tiada penghuninya.
Yang ada hanya baju yang digantung di lemari kamarnya.
Tak ada lagi dan tak akan ada lagi yang menitiskan air mata yang
mendo’akanmu disetiap hembusan nafasnya.
Kembalilah segera… peluklah ibu yang selalu menyayangimu…
Ciumlah kaki ibu yang selalu merindukanmu dan berikanlah yang terbaik diakhir hayatnya
Kenanglah semua cinta dan kasih sayangnya...





Mak & Mak Long





Note : Mak... I luv u mak...

Thursday, April 15, 2010

Sealed with a kiss

So we gotta say goodbye for the summer
baby I promise you this
I'll send you all my love
every day in a letter
Sealed with a kiss

Yes it's gonna be a cold, lonely summer
but I feel the emptyness
I'll send you all my dreams
every day in a letter
sealed with a kiss

I'll see you in the sunlight
I'll hear your voice everywhere
I'll run to tenderly hold you
but baby you won't be there

I don't wanna say goodbye for the summer
knowing the loneliness
so let us take a pledge to meet in September
and seal it with a kiss

Yes it's gonna be a cold lonely summer
but I feel the emptyness
I'll send you all my love
every day in a letter
Sealed with a kiss



Note : Lagu zaman sekolah. Rasa cam menusuk kalbu jer lagu ni.. Ada kene-mengena ke??