Sunday, April 8, 2012

Buku merah

Aloha...
Buku merah
Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh

Opppssss....kang tak pasal2 kena ban blog aku ni sebab nyanyi lagu ni.

Ok, bukan nak citer pasal lagu, tapi nak citer sal buku merah aku yang dah nak expired. So semalam, gigih lah bangun pagi2 pegi imigresen. Sampai sana kul 9am. Konon masih awal, boleh releks2 lagi melayan nafsu tekak pekena nasik lemak. Yelah, tengok kompleks PKNS tu macam sunyi je tadak orang lagi. Bajet2 orang tak ramai lah kat atas. 9.30, aku pun lenggang kangkung gi tingkat 2. Masuk je sana, adalah dalam 10 org yg beratur. Terus je q belakang sorang brader ni. Pas tu dia pusing belakang, dia kata "nombor dah habis. Saya dapat nombor last sekali..."
Alamak..... terus gi tanya kaunter, memang pun nombor dah habis. Pulanglah dengan perasaan berbagai2.
Hari ni lagi gigih bangun lagi awal. Sampai sana jam 8. Mak aiii..... berbelok2 barisan punyalah panjang. 1 jam beratur hanya untuk dapatkan nombor je.

Napak tu? Lagi 72 nombor. Itu kalau kira nombor. Kalau kira orang, beratus lah jawapnya. Mana taknya, kalau panggil 1 nombor tapi yang keluarnya 10 orang. Itu yang mana buat group visa lah tu.

Takpe... aku kan insan yang sabar sekarang ni. Nasib baik berada di zaman teknologi maka hidup ini tidaklah membosankan dikala menunggu.

Sedang2 tunggu, ada pulak announcement...
"Harap maklum, kepada yang membuat pembayaran sebelum pukul 11, boleh ambil passport hari ini tapi pada yang membuat pembayaran selepas pukul 11 hanya boleh mengambil passport anda keesokkan hari. Ini kerana mesin kami hanya berfungsi 1 sahaja. Kesulitan amat dikesali. Harap maaf."

Itu macam lah pulak. Masa tu dah kul 10. Nombor nun jauh lagi nak kena panggil. Sempat ke idak ni....

Jam dah kul 10.40. Lagi 2 nombor je nak sampai, lama lah sangat2 nak nunggu kena panggil. Akhirnya jam 10.50 dipanggil jugak. Tapi itu baru urusan kat kaunter. Belum lagi buat pembayaran. Urusan di kaunter tak sampai pun 4 minit. Kena tunggu pulak nama dipanggil untuk bayar. Sangat2 mencemaskan. Yelah... kan dah cakap tadi, bayar lepas kul 11, ambik hari esok. Sapa yang nak gi ambik. Last2 lagi 4 min je nak kul 11, dapat jugak bayar. Tak pernah rasa se happy ini time keluar duit.

Ok.. itu baru cerita nak buat. Cerita nak collectnya pulak kenalah tunggu 2 jam selepas bayar, baru boleh ambik nombor untuk collect passport. Banyak sungguh protokol dengan gomen ni kan...

Dan.... jam 1.15 berakhir lah segala urusan. Yippi!!!!!

Note : sudah tidak sabar untuk terbang.

Saturday, April 7, 2012

Mini chef with mini pizza

Aloha....

Siang tadi sudah makan besar. Ini malam sudah tak tau mau makan apa. No heavy2 plis......

So bermula lah eskperimen.... oleh seorang chef. Mini chef....

Menggunakan bahan2 yang ada, apa lagi... campak2 jelah. Then masuk oven.

Suka sangat2 tengok cheese tu melting

Tadaaaa.......


Amacam? Ada gaya tak?

inilah hasilnya

Ye... inilah hasilnya pizza campak2. Walaupun tak semegah pizza buatan orang lain, tapi boleh lah nak kenyangkan perut 3 beranak.

Senang nak bikin. Kasi keluar apa ada dlm peti ais... yg penting cheese mesti ada. Jangan kedekut letak cheese tu. Guna roti gardenia je jadi base pizza tu. Sos tu guna spageti sos yg dah tinggal separuh. Yang lain2 tu ikut suka hati. Masa persediaan hanya 20 min. 10 min sedia bahan, 10 min dalam oven. Dah siap, 4 min je habis masuk perut.

Note : Teringat2 kan mango milk & strawberry milk kat Dubai Garden.








Sunday, April 1, 2012

Coootiiiiii.... (Cuti da...)

Aloha....

Hari ini aku bercuti. Ye.. aku cuti. Setelah 2 minggu bekerja tanpa cuti. Dapat cuti hari Ahad ni terasa besarnya rahmat. Rasa macam2 mahu buat tapi demam pulak dah. Ayoo.... betul2 potong stim. So, hari ni kena lah rest untuk hari esok dan seterusnya.

Seperti biasa hari ini anak bujang & bapak bujang pegi padang. Aku, makan ubat dan tido hingga ke tengahari. Bak kata hingga perut berbunyik. Bila dah macam tu mula menggagau cari nasik. Macam dah 2 hari tak rasa nasik. Bukak peti es,udang ada, cili ada, santan kotak ada.... apalagi, gulai lemak lah jawapnya. Nak tambah lauk, buat sambal ikan bilis & ikan masin. Elok je tutup api dapur, darling kol tanya mau makan apa.

Now time untuk lepak2. Hati terhingin pulak Tuti Fruitti. Tapi malasnya nak keluar... Takpelah, tunggu abang eskrem lalu je lah jap lagi.

Si anak bujang & bapak bujang sedang berborak2 pasal teknologi terkini. Terdengar2 jugak perkataan Samsung Note, Galaxy 10.1, 7.1, dan ntah apa2 point 1 lagi. Pas tu dengar lak rege RM1599, 2599, 1899.... Ok, time kena off kan bunyi2an laptop ni. Kena pasang telinga.

Darling jr : (asking me) which 1 u like?
Me : the expensive one.

Tamak!!!!

Bapak darling : Buy your own lah.

Aku sekarang ni dah tak kisah sangat dah dengan teknologi ni. Apa yang ada ni pun sudah sangat2 cukup untuk aku berhubung dengan dunia luar. Kalau orang ada 'fon pandai', fon aku pun pandai. Cuma fon aku takdelah sepandai henfon orang lain. Fon aku ni kalau dalam kelas fon2 pandai, mungkin akan dapat nombor tercorot dalam kelas. Tapi tetap dipanggil 'fon pandai'.

Aku notis 2 beranak ni lately ni asyik citer sal bende2 ni. Kadang2 bila aku balik malam2 tu, terberangan jugak kot2 sampai rumah dorang kata "SEPERAIS!!!! this is for you... (sambil hulur tab or note or 4gs). Nama dah angan2 kan... Dorang tu selagi tak di hints, jangan harap lah ada seperais seperais bagai.

Ok, bab2 teknologi ni aku memang tak leh join lah dorang borak... Kat rumah citer sama, dalam keter pun citer bende yang sama. Tak leh masuk arrr....

Biarlah dorang dengan dunia dorang.....

Citer pasal kelas dan nombor tercorot, ada citer sal darling junior.

Masa dalam keter otw balik rumah, darling pun bersuara....

Darling : Tau tak anak u dapat nombor brp exam hari tu?

Aku tak tanya, tapi pandang je kat junior.

Junior : (dengan selamba....) no 17. Whole class no 20.

Aku : Dari brp orang?

Junior : No 17/45 & No 20/580.

Aku : So, apa perasaan?

Junior : Menusuk ke hati.....

Haaa..... tau takpe. Tak pernah2 dapat nombor banyak macam tu tiba2... ambik kau!!

Since darjah 1 sampai form 1, tak pernah hayat dapat lebih dari no 5. Sekarang baru dia tau menusuk ke tidak dapat nombor 17 tu.

Tapi ada jawapannya....

Junior : yelah.... b4 exam tu kan tak masuk kelas 3 minggu. Datang sekolah je terus exam....

Nasib baik ada jawapan. Sebelum exam tu dia memang tak masuk kelas 3 minggu sebab pergi memanah.

So kali ni dimaafkan....

Thursday, March 22, 2012

Mari mari.. mau cerita...

Aloha...

Ok, hari ni nak update laju2. Sebab anytime akan dapat panggilan untuk pulang. Biasalah kan, bila guna ofis nye aset rasa macam tak privacy. Selkom bodben kat rumah tu dah 2 hari tak leh guna pakai. Kena potong gamaknya. Elehhhh... kerek!! Baru 2 bln tak bayar nak potong. Potong stim betoll. Bil api, bil tepon, credit card pun dah 2 bln tak bayar, takde lak dorang nak potong2.

Oh ya, memang sumer bil sudah tertunggak 2 bulan. Itu sumer gara2 kealpaan aku lah tu. Telah diberi tugas tapi tak amanah. Mesti ada yang kata, standardlah kan... cilok duit laki. Bab tu tak betol walaupun dah selalu buat kerja2 tu tapi kali ni aku memang betul2 lupa tahap superman. Bila dia tanya dengan keselambaannya menjawap, "dah... dah settle dah sumer. Dun worry" . Sekali tengok bil api, adoyaiii... sudah 2 bulan daaaa... (*Cepat2 masuk bil dlm henbeg). Pas tu sampai pulak bil Selkom kerek tu. Pun sama....(*cepat2 masuk dlm tong sampah). Datang bil2 lain tu tak yah bukak pun dah tau... So, pakat simpan je lah.

Bila balik rumah bukak tenet, tak leh pulak. Sampai ofis pagi tadi, cepat2 kasi settle sumer. Patutlah dlm bank banyak je balance rupanya duit bil tak bayar daaa....

Itu baru mukadimah....

Sebenarnya bukan nak cerita pasal hutang piutang tu. Ni ha nak cerita pasal barang yang aku beli pakai hari tu. Ada 2 barang....

Barang 1 - Premium Beautiful

Sudah masuk 1 bln aku pakai... Mula2 siyesli, memang seksa. Sangat2 seksa. Tapi wanita ini adalah makhluk yang tabah kan, akhirnya ketidakselesaan itu telah lenyap sedikit demi sedikit. Bertukarlah ia kepada sangat2 selesa. Bukan nak promote tak tentu pasal sebab aku bukannya ahli MLM tegar tapi kalau nak beli kat aku pun tak salah....
Sekarang ni bila tak pakai pulak sudah rasa tak selesa.
Dari segi fizikal pulak, sekarang ni sudah jatuh 1 size. Dulu size *tut* sudah TURUN.... (ulang semula).. TURUN ke size *tut* (size terpaksa di sensorkan atas sebab2 tidak munasabah).
Dari segi berat pulak.... tidak lah mahu menipu. Sebabnya memang tak timbang pun sejak tak jumpa mana bateri scale tu aku letak. Aku dgn scale tu dah lama bermusuhan. Sampai 1 tahap, aku cabut bateri dia. Dan dia pun berkata..."Phewww... lega. Tak payah nak menampung berat minah ni lagi."
Tapi macam dah rasa ringan sikit... sikit je lah. Memang aku perasan pun.... Tak bleh??!!!
Kalau ada citer pasal penguncupan badan aku, nati aku kasi tau lagi.....
Mai lah order bendalah ni kat aku. (Cuba nasib..)

Barang 2 - Norefal Placenta Oil + Vitamin E

Ha... yang ni barang bagus. Bila aku kata bagus, memang bagus. Kena lah dengan kulit aku. Kulit orang lain aku tak tau lah. Tapi orang2 sekeliling aku yang aku dah promotekan sume kata ok. Sumer repeat beli lagi. Yang mula2 ambik 10 - 20biji, sudah berani ambik 1 botol. So, dah terbukti lah kan. Yang ni pun kalau nak aku tolong belikan pun boleh. Aku TOLONG belikan, bukannya jadi dealer tau. So harga, aku kena ikut harga yang orang kasi kat aku. Kang aku pandai2 letak harga kat sini, buatnya orang tu naikkan harga, mampuih aku nak kata apa kat korang.

Kulit aku ni memang jenis berminyak. Walaupun baru pakai dlm 1 minggu ni, tapi dah nampak sikit lah perubahan walaupun belum ada lagi lah orang tegur dengan ketara. Laki ai usah citerlah.. dia memang selau puji ai u know. Itu lah ciri2 laki romantik..... (ada yg dah muntah atas keyboard??)
Ulang balik... dulu kulit aku berminyak yg amat ketara tapi sekarang sudah kurang ketara nya. Kalau dulu, sebelum mekap aku kena tepek dulu Maybelline BB cream kaler natural untuk menutupi cela2 noda diwajahku ini. Tapi kini tidak lagi. Aku sudah mula berani keluar rumah tanpa lapisan menutupi kulit muka ku ini.Ahaks... perasan ayu tanpa mekap.
Ok... itu aku tipu. Belum lagi ayu tapi sudah mula kearah itu. (perasan lagi...). Ok.. ok... kali ni siyes. Memang lah tak ayu tapi bolehlah.... Takde lah kulit ni nak glowing under the sun lagi (pantulan minyak).
Bab tang nak hilangkan jerawat tu aku kurang pasti sebab kulit aku ni jerawat hanya singgah sekali sekala aje. Selalunya time2 ada big function, time2 nak gathering2 dgn sedara mara atau sahabat handai, time tu jerawat ni macam sengaja nak menguji kesabaran aku. Sekali dah tumbuh memang akan meninggalkan parut. La ni ada 2 parut. Tapi sejak pakai bendalah ni, aku napak dah macam samar2 je parut tu. Ha... berkesan lah tu.
Sorilah... tak pulak aku pandai nak snap kulit muka aku tanpa nampak wajah aku ni. Malu ah nak jadi model.
Tapikan, ada 1 testimoni dari kawan aku. Dia kata muka adik dia memang berjerawat. Bak kata, dia dan jerawat memang sangat2 serasi. Tapi sejak pakai Norefal Placenta Oil + Vitamin E tu, (yang aku perkenal kan) dah semakin berkurang. Time tu dia cuma beli 20bijik je. See... 20 bijik pun dah napak kesan. I tell you... memang tak tipu. Now dia order 1 botol (100 bijik). Kawan2 yang lain pun dah mula order main botol2 dah. Sumer tamak, bajet nak lawa cepat lah tu.....
Meh cepat2 order..... selagi stock tak naik rege sebab dengar2 nya dah nak naik rege dah.

Note : Ngam2 habis citer laki den dah koling2... "Sayang... jom kita balik. Sebelum balik I bawak you gi shopping2 dulu yer.... " (Ayat kedua tu aku saje2 tambah...). Adios..... Buhbye.

Friday, March 9, 2012

Surat buat Azim

Salam Azim...

Lama ibu tak menulis untuk Azim kan. Rindu....

Tau hari ni hari apa? Hari ni birthday Azim yang ke 6 tahun. Rasa macam Azim ni baby lagi. Tapi sebenarnya Azim dah boleh sekolah. Sudah pasti ibu akan hantar ke Q-dees. Sama macam abang. Tapi Azim kat sana pasti sekolahnya lagi bagus kan....

Kenapa Azim dah lama tak datang jenguk ibu? Sudah lama Azim tak muncul dalam mimpi ibu. Ibu tak pernah lupakan Azim tau... dan ibu pasti, Azim juga tak akan lupakan kami disini.

Sekarang ni Abang dah besar. Ada jugak dia sebut2 nak adik. Dia rindu Azim lah tu.... Tapi dah lama abang tak berborak dengan adik kan. Abang busy sangat sekarang ni. Nanti ibu bawak abang visit adik yer...

Hari tu doctor sahkan ibu mengandung tapi tak ada rezeki lagi sebab ada masalah sikit. Mungkin belum masanya untuk gantikan Azim lagi. Azim doa2kanlah kami yer.

Hadiah? Ibu selalu hadiahkan surah Al-Fatihah buat Azim. Rasanya itu semolek2 hadiah yang mampu ibu berikan. Nama Azim tak pernah lekang dari doa ibu.

Azim...

Ibu harap Azim tenang di sana. Dan selalu2 lah doakan untuk kami disini.

Kirim salam buat penjaga Azim.

Salam sayang, peluk cium ibu buat Azim dan kawan2.

Satu hari kita kan bertemu jugak.

Thursday, March 8, 2012

Cucuk cucuk tak main yer....

Aloha...

Semalam kan, ada update gambar bunga. Sempat update gambor je tak sempat nak sembang2. Itu bunga dari laling ler.... sempena enibeseri yg ke..(??) Kiralah sendirik baper kuntum bunga tu. 1 thn tambah 1 kuntum. Agak2 30 thn, 40thn... mau besar gile dapat kan kan kan... (jgn spi thn depan je dah stop).

Kalau dah agak2 kuntum bunga tu banyak, so agak2 lah ye dah berapa tahun kawen. Kalau dah agak2 tahun kawen tu dah banyak, so agak2lah ye umur dah berapa...

Semalam, eh bukan semalam. Semalam tak sempat belek muka. Sibuk....
Dulu semalam, belek2 muka kat cermin. Ada 3 biji jerawat manja. Pastu ada parut2 jerawat2 yang lama. Selalunya belek cermin bila dah pakai bedak bagai. Kaver dulu mana yang tak mau tengok, baru belek cermin dekat2. Tapi dulu semalam tu teringin nak tengok muka dekat2. Mak aiii..... Banyak nye noda2.

Ini tidak boleh jadi... Kena buat sesuatu.

PING!!!!

BOTOX. Wah... tak agak pemikiran. Konon.... nak kena ambik darah kat lengan pun 23min doctor kena tunggu. Ada je reason seboleh2 tak nak kena cucuk. Ok.. ok... cancel BOTOX.

Pernah dulu nak ambik Vitamin C. Yang cucuk2 jugak.... Pun mengalami pemasalahan yang sama. Takut kena cucuk.

Last2 tepek je bedak sejuk.

Tiba2 terpikirkan pulak SK-II. Tapi tengok regenye..... Kena kira bonus laki dulu. Cukup.. cukup... 2 set pun dia boleh sponsor. Tapi dah habis nati nak gobek bonus saper pulak kan? Bonus sendiri?? Lalalalala........ Nak lawa untuk dia, kena lah pakai bonus dia (saper setuju angkat keyboard).

Tengah2 survey2 kot ada lah kat Mudah.my orang nak jual murah SK-II tu, terbaca lah pulak pasal Norefal Placenta + Vitamin E. Menurut testimoni2 yang ada, ianya sangat2 bagus. Yang ni takyah cucuk2. Tak yah makan2. Kalau yg kena makan2 tu lama nak nampak kesan. Selalunya makan tahun. Maklumlah nak cuci dalaman dulu baru naik seri kat luaran. Sekarang sudah desperate. Kasi seri kat luar dulu baru pikir serikan dalaman pulak.



Ianya di buat dari placenta biri2. Telah disahkan halal.

Sebab sudah terlalu taksub, hari ni jugak beli... Tak lah semahal SK-II. Selamat duit bonus laki. Malam ni nak try pakai. Apa2 hal lagi 3 hari aku update perkembangan.

Note : Kalau ok berkira2 mau bukak lagi 1 bisnes.

Wednesday, March 7, 2012