Monday, May 25, 2015

MC

Aloha.....

Sape tak suka cuti kan... Kalau MC tu depends lah dengan penyakit. Kalau sakit setakat so so je... syoklah. Dapat penyakit takleh bangkit2.... 


Nah.... Amekau!!!! Sebulan MC nye.

MC sebulan adalah syok kalau......

BOLEH BERJALAN!!!!!!

So, hargailah kaki anda. Hargailah apa saje yang ada pada anda.


Note : nak pegi dapur pun rasa sebatu jauhnya.


Saturday, May 23, 2015

Kalau dah nasib....

Aloha....

Pagi semalam nak gi kerja, eksiden.

Aduhhh... Nak citer banyak tapi tatau nak citer camana.

Layan je lah cerita bergambar.

Pagi lepas eksiden, gi klinik. Cuci luka dulu.


Tapi sebab dah bengkak sangat doctor tak dapat rasa tulang tu. Kena gi x-ray pulak.


Bandaged dulu sementara... Abaikan kesan2 itam tu sbb x dpt cuci abis kesan bergesel tayar.

Patut lah bengkak. Patah rupanya... Sikit je.... 



Fracture kat 5th metatarsal.



Refer hospital... Kena pasang cast sampai betis sebab tak nak kasi gerak. Kalau gerakkan my little toe tu rasa tulang tu bergerak2 bergesel. Ngilu....


Dan makanya.... bermalam 1 malam (kot) kat KPJ Selangor Specialist Hospital.

Dah boring nak kuar sangat2 dah nih.

Apa pun tak leh buat. Nak gi toilet kena panggil nurse. My laling tak dapat teman sebab kesian my laling princess kat rumah.


Nak panggil nurse pun pikir banyak kali sebab bell lagu doremon. Aku saspek dia guna bell gate rumah. Tapi orang lain nye bell elok je ding dong. 

Tengah tunggu doctor. Mintak2 leh kuar walaupun ada demam sikit. Wish me luck....

Update :- MC sebulan..... Jalan pun dengan bantuan crutches. So aku dah boleh park keter yg ada sign OKU....












Saturday, May 16, 2015

D'Marmalade Cafe - Saujana Utama

Aloha....

Makan lagi....

Malam semalam puas pikir nak dinner apa. Masak malas... Nak makan dekat2 sini sumer nye sama. Last2 kasi pusing 1 Saujana Utama. Dengan budak kecik ni ngantuk lagi... Angkut jugak.

Last2 hati tertarik dengan 1 kedai. Nampak lain dari yang lain. 2 kali pusing, situ jugak.

Kedai berkonsepkan santai... Walaupun tak besar, tapi susun atur kemas. Siap ada sudut kanak2 main. Disediakan khemah & meja. Ada sudut sofa. Nampak penuh tapi masih selesa. 

Hiasan dinding, ala2 cafe. Dah nama cafe kan. 

Menu ada berbagai. Dari roti bakar, sandwich, western food hingga ke nasik2.

Tadi pening pikir nak makan kat mana. Now pening pikir nak makan apa.

Dari mula nak makan yang ringan1 je. Dah kul 9pm tu. Balik nak tido pulak.

Ringan ke bende..... last2 order set nasik ikan bawal goreng. My laling pulak set nasik asam pedas. Amekau.... Nasik kesudahannya.


Tu dia antara menu2 yang ada.

Presentation menarik. Complete sayur/ulam, telur masin, sup, sambal. 


Ni dia asam pedasnya. Aku nye set tak dan nak snap. Ekceli segan nak snap. Kang apa lak orang cakap. Food datang je snap. Macam tak pernah jumpa. 

Maaf.... Aku bukan blogger sejati... Ngeh ngeh ngeh...

Ni je lah yang aku sempat ambik.





Yang penting.... Nampak gambar yang last sekali tu? Kat bawah tu nampak macam ada roti ala-ala roti titab.... 

Next..... Boleh datang lagi untuk try menu lain.

Mau kasi bintang berapa ya???

Bintang 4.

🌟🌟🌟🌟

D'Marmalade Cafe
6G Jalan Bidara 8, SU Mall Saujana Utama, Sungai Buloh.










Tuesday, May 12, 2015

Mak

Aloha....

Hari ni nak citer pasal mak. Maklum lah... baru ni kan Mother's Day.

Rasanya, semua orang sayang mak. Semua orang anggap mak dia yang terbaik. Mak dia masak paling sedap. Mak dia paling sporting. Samalah dengan aku. Ofkos my mum yang terbaik....

Tahun ni tak celebrate beriya sangat. Call & wish aje. 

Apa yang menarik pasal my mum?

1) dia boleh jadi kawan sopink. Siyesli.... Sopink sampai pengsan.
2) klu dia pergi holiday, setiap sorang mesti dapat souvenir. Dari anak, menantu & cucu2.
3) kalau balik kampung sebut je nak makan apa, pasti dia masak. Klu 10 org, 10 permintaan, pun dia tetap akan cuba tunaikan.... Mewah makan klu balik ramai2.
4) mak tukang dengar apa jua masalah anak menantu.
5) mak kawan gossip. 

Bak kata banyak lagi lah yang best pasal my mum.

Haa... Lagi satu...

Mak suka beli periuk belanga untuk anak menantu pompuan dia.

Baru ni balik kampung. Mak sediakan ni untuk anak menantu dia....

 
Cili blend & kuah yong tau fu. Tu bukan sebarang cili blend. Cili ni dah siap tumis dengan asam garam gula, bawang. Dah cukup rasa. Bak kata kalau nak buat sambal ikan bilis, goreng ikan bilis, tumis cili ni sekejap then masuk ikan bilis or bawang hiris. Done... As simple as that.

My mum kata senang kitorang balik kerja nak masak. Satu kuali besar dia tumis. Lama lak tu.... Cukup sorang 1 dapat.

Nanti bulan puasa dia kata dia buat lagi. 

Kadang2 dia dah siapkan siap2 bahan nak buat gulai tempoyak.... Just masuk air & ikan je...

Oh ya, my laling dah order karipap pusing inti daging untuk bulan puasa. Bereh.... my mum kata.

Dia dah tau selera anak menantu dia sorang2. 

Kadang2 terpikir jugak, buat niaga cili ni pun ok jugak. Kan kan kan????

Friday, April 24, 2015

Lenny lamb

Aloha....

Received fluffy mail yesterday... Woot woot....


Apa tu?????

Tadaaaaa.....

Meh... My lil kamben nak peluk.


Esok kita rasmikan ye nak...

Malam ni your mummy nak buat bantal peluk sat. 

Update :- Haishhhhh.... baru dpt yg ni bukak website dah masuk design baru. Sabar ye..... sabar. Jangan ikut nafsu.



Thursday, April 23, 2015

Polperro Steak House


Aloha......

Tetiba lah nak memblogging..... Nak lawan orang sebelah lah...

"Puan Jija, u ingat u je ada skill buat posting 15 min.... I lagi 5 minit nak abis lunch..... Lagi adventure tau....."

Ni, nak citer pasal hari Ahad hari tu gi makan. Pergi bertiga je dengan budak kecik tu & bapak budak kecik. Abang budak kecik tak balik lagi.

My laling dah janji berhari2 nak makan situ. Jumpa tempat ni masa gi round2 tengok rumah minggu lepas.

Tempat senang cari, senang parking & selesa. Maybe masa pergi tak ramai orang. Service pun pantas, harga bolehlah..... Takde lah macam tempat lain steak sekeping cecah RM30++. Rasa, not bad... Boleh ulang... Memang plan nak gi lagi, nak kena bawak abang budak kecik tu pulak... Buatnya dia baca post ni, dia ungkit sampai tahun depan. Maklumlah bawak adik je..... Kadang2 ada nada jelesnya di situ.

Ok.... meh layan gambar2 ni.

AMARAN : SILA JANGAN TERLIUR.....


24, Jalan Kristal Ar7/Ar, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
+60 13-255 4721
 
Ada satu lagi branch kat section 13 kalau tak silap.


Ini steak combo. Beef + tiger prawn. RM19.90. Aku punya.
Laling punya tak snap sebab steak biasa2 je. RM16.90.
Portion dia.... mengenyangkan.


French fries RM4.90. Fresh orange RM3.50.
Portion : banyak. Air gelas besar. Aku tak habis air tu sebab kenyang sangat.
 

 
Ini budak : priceless....
Kalau boleh semua dia nak order.



Tengoklah sendiri menu & harga tu... Ada macam2 lagi. Chicken, fish, lamb, campur2 pun ada. Yang campur2 tu set combo.


First time duduk kat baby chair. Memang nak kasi mak pak dia makan dengan aman...

Overall..... Saya kasi bintang 4.

Friday, April 17, 2015

Hobi

Aloha....

Apa hobi anda?

Jalan2? Travel? Daki gunung daik bercabang tiga? Collection?

I punye hobi yang lassssssttttt sekali tu...... collection.

Collect apa? Hihihihihihi...... (tak perlu kot nak citer)

Tapi kan, hobi aku kali ni sudah bertukar arah.... Masih lagi mengekalkan konsep 'collection'.

Collect apa? Hihihihihihi.......(tunggu aje lah.... soon.)

Hobi ni baru mula. Dan belum mendapat sokongan dari yang maha mulia my laling. Errr..... hobi yang dulu pun tak pernah dapat sokongan pun dari dia. Kalau dia tau aku tak lagi cenderung dengan hobi lama tu, sure dia bangga. Dia tak tau hobi yang baru ni lagi meningkat kos nya. Oopppssss....

Dah lama dah nak insaf nya tapi baru 1 bulan bertahan, dah tangan ni gatal men'survey' balik henbeg & kasut. Ooppppsssss (sekali lagi) ........

Kali ni betul punya insaf. Sebab saya suda jatuh hati dengan......





 
 
Sumber dari google
 
Setakat ni, untuk tempoh 3 bulan, collection sudah ada 2.
 
Sekian.......
 
Note : Akan diterangkan sebab musabab nye di kemudian hari... dan mana nak dapat bende2 ni. Harga? Don't ask.....