Saturday, March 9, 2013

Surat untuk Azim

Assalamualaikum Azim...


Azim sihat? Mestilah sihat kan.... Azim rindu ibu?

Surat ni ibu dah tulis beberapa hari sebelum hari ini... Kena buat macam ni kalau tak, tak dapat lah nak cerita panjang.

Azim tau kan hari ni hari apa? Dah tentu lah hari istimewa... Hari hadirnya Azim dalam hidup ibu. Walaupun ibu tak dapat menatap wajah Azim, tapi ibu tak pernah menafikan kehadiran Azim. Azim tetap dalam hati ibu.

Azim sayang....

Azim dah 7 tahun tau. Azim dah sekolah tahun 1. Tak dapat ibu bayangkan betapa kelam kabutnya ibu pagi2 menyiapkan Azim dan abang. Siapa yang ibu patut hantar ke sekolah dulu? Dua2 sekolah pagi. Tapi abang kata takpe, hantar abang dulu. Abang masuk awal pun takpe. Janji adik sempat singgah rumah mak tok, breakfast dulu baru pegi sekolah. Adik mesti pandai macam abang jugak.

Azim tau tak, tahun ni abang ada exam penting. So abang dah tak boleh banyak main. Hari tu pun nasib baik dia tak dapat pergi pemilihan wakil negeri untuk memanah. Abang dapat no 5, dan yang tepilih tu hanya sampai no 4 aje. Walaupun terkilan, tapi same time ibu rasa lega sangat. Mana tak nya, kalau dia dapat pergi, sure sebulan tak masuk kelas.

Tahun ni bukan permulaan tahun yang baik untuk ibu. Azim ada jumpa tok kat sana tak? Kirim salam sayang ibu untuk tok ye. Azim jaga tok tau. Ibu pun dah pesan kat tok suruh cari Azim. Tok dah pergi tinggalkan kami pada 13/1/13.

Adik,

Adik tau kan hari ni juga anniversary ibu & ayah. Tapi kami hanya celebrate birtday adik je....

Pertengahan tahun lepas (31/5/12) ibu, ayah & abang alhamdulillah telah dapat mengerjakan Umrah. Ayah dapat buat Umrah untuk Azim jugak. Abang yang paling bersemangat di sana. Dia dah boleh buat Umrah sendiri (Insyaallah...). Walapun ibu tak berapa sihat kat sana tapi Alhamdulillah, ibu dapat buat apa yang wajib.  Sungguh agungnya kuasa Allah, sehari sebelum berangkat, ibu disahkan preknen tau. Kat sana yang buat ibu lemah sebab ibu tak boleh makan... So, dalam erti kata lain Azim ada adik. Tapi sayangnya bila balik sini, adik Azim tak dapat diselamatkan. Azim mesti dah jumpa adik kan? Naluri ibu berkata bahawa dia adalah baby girl. Kami panggil dia baby Arissa. Tapi kalau boy, Aris lah kot. Azim jaga adik tau. Abang kata baby Arissa tu semata2 nak ikut pegi Mekah je. Masa doktor (doktor Azim dulu) kata baby Arissa dah lemah, ibu & ayah rasa macam nak pergi balik ke Tanah Suci sebab abang kata adik nak duduk sana je. Mungkin setakat itu je rezeki ibu... Mengapa Dia ambil Azim & adik dari ibu, hanya Allah Maha Mengetahui...

Azim,

Tadi ibu & ayah visit Azim. Abang tak ikut sebab ada latihan syarahan kat sekolah.  Dia masuk syarahan untuk sekolah. Busy abang tu tapi dia kirim salam kat adik. Adik doakan abang ye.


view dari tempat Azim....

Rasa sejuk je kat tempat Azim. Maklumlah atas bukit, dalam hutan simpan pulak tu.

Malam ni kawasan rumah kita ada buat gathering. Meriah sungguh kat sini. Kami buat bbq party. Kalau adik ada, tentu ramai kawan sebaya adik.

Oklah dik, sampai sini dulu surat untuk Azim. 

Ibu sentiasa rindukan adik, sayangkan adik.

Salam sayang dari kami.... selamat ulangtahun ke 7.






1 comment: