Thursday, May 28, 2015

Pes Madu BBQ Abang Botak

Aloha....

Semalam bawak my laling princess (mlp) gi spital. Demam dah 3 hari. 

Alhamdulillah hari ni dah sihat (dan lasak).

Ok.... Hari ni nak tunjuk 1 produk. Produk orang kita. 



Bukan aku jual. Aku beli je...
Dah try. Senang je nak guna. Aku yang bertongkat ni pun leh buat.... Dan yang penting SEDAP....

Ekceli aku dah buat 2 hari lepas. Hari ni baru sempat nak hapdet.

Oleh kerana tinggal alone2 je kat rumah, ini jelah yang aku rasa lauk yang paling pantas & sedap yang mampu aku buat selain goreng telur.

Marinate 2 ketul ayam... Biar sat kasi dia bergaul mesra each other then campak dalam kuali. Kata tokey nya, lagi lama marinate lagi sodap... Aku percaya tu sebab marinate sekejap je pun dah sedap.


Abaikan kuali yg dah nak itam ni. Malas basuh lepas goreng telo kicap, terus je masuk minyak goreng ayam. Balik my laling bising kuali dia jadik cenggitu.

Cerita kuali :- kuali ni my mum yang kasi kat sumer menantu2 dia. 

Tadaaa.... Dah siap.



Ni kalau bakar pun sodap. Jadi macam chicken wing madu yang selalu jual kat pasar malam tu.

Sepeket RM20/500gm. Boleh untuk sekor or dua ekor ayam rasanya ni. Katanya boleh jugak untuk marinate daging, kambing & satay.

Kenapa nama Abang Botak??

Tu, gambar kat peket tu rasanya gambar kepala tokey dia.... ✌️






No comments:

Post a Comment