Sunday, May 31, 2015

Santai

Aloha...

Hari ni Ahad... Tapi ada aku kesah esok hari Isnin???

Itulah penangan MC sebulan ye kawan2...

Kononnya... (kononnya), untuk mengisi masa lapang selama sebulan ni, gedik2 cabar diri sendiri nak hapdet 1 hari 1 entry.  Almaklumlah kan, kaki je tak boleh melasak. Tangan ok je. Apatah lagi mulut dan perut....

Tapi kensellah 1 hari 1 entry. Entry tu boleh buat masa ada waktu terluang je. Sabtu Ahad agak penuh sikit agenda. 

Ok... Hari ni je ada sikit masa. My laling tido, mylaling jr tido & my laling princess tido.

Oh ya... Semalam ambik mlj kat kuantan.  Budak2 F5 balik lambat sikit instead hari Khamis. So semalam habis kelas bas antar budak2 Marang, Dungun, Paka, Kemaman & last Kuantan.

Ingat hati nak plan cuti2 ke Kuantan since bas mlj akan sampai malam. 

Tapi... baru buat plan, tengah survey2 hotel dah ml ada hal pulak. So takleh stay sana. Kena balik jugak malam tu.

Bila kat sana tengah nunggu bas mlj sampai, mlp dah mula meragam. Rimas kot duk dalam kereta. 

Bila anak dara tu dah tak duk senyap barulah dedi dia suh cari hotel jam tu jugak. 

Dah kul 10pm dah.... Gigih google hotel sana sini sekitar Kuantan. Sumer number  aku kol. FULL HOUSE.....

Kawan aku kasi few hotels pun, aku kol. PENUH....

Pas tu ml lak menapak asal nampak je hotel, masuk tanya... (yg ala2 rumah tumpangan ah kau tu tak tergamak lah nak tanya).TAKDAK KOSONG....

Haihh... Ni nama takde keje cari keje. 

Last2 bila mlj sampai je, baliklah... Tak larat dah nak cari.

Dengan kereta ada nyamuk lagi. Sebab masa nunggu kat stadium tu bukak tingkap. Time tu menderu2 lah nyamuk masuk agaknya.

Memang semalam punya trip sangat2 hancussss... Bukan tak pernah pun buat keje gini. Pegi balik or main redah cari hotel but this time memang menguji.

Sampai rumah kul 2 pagi td. Driver pengsan sampai kul 8 pagi.





No comments:

Post a Comment