Tuesday, May 26, 2015

Soft boiled egg

Aloha....

MC sebulan lah kata kan...

Tapi hari ni tak nak citer pasal kaki. Tak nak citer pasal MC.

Ok... nak citer sikit je. Pagi2 lepas my laling off to work, terus aku tanggal mende alah keras macam batu kat kaki aku ni. So, macam bebas sikit bergerak walaupun dencut2.

Hari ni nak bukak cooking class. Ngeh ngeh ngeh.... 

Seperti tajuk diatas, hari ni kita belajar merebus telur. 

Saper yang dah reti, boleh click kat x ujung atas belah kanan. 

Aku baru hari ni reti selepas gigih gugel bagaimana nak rebus telur.

Ini bukan telur rebus macam telur orang kawen tu ye. Kalau telur tu, korang rebus lah berapa lama korang suka. Sampai air kering pun takpe. Tapi kalau orang jumpa telur yang aku nak ajar ni time kenduri kawen mesti tuan rumah kena umpat... 

"Huh!!! Telur tak masak kasi orang." or "sapo lah yg tak reti rebus telur nih..."

Tak tau nak buat telur ni kena ada skill.

Moh kita start....

Bahan2:- telur ayam, air, periuk, ais

Panaskan air sampai menggelegak.
Masukkan telur.

Part ni penting.... Set kan time 4 min. Ngam2 4 min.

Tapi aku guna 2 cara. Aku try dua2 jadi.

Cara pertama :-

4 min sudah, angkat telur tu masuk dalam air berisi ais. Nak stopkan proses memasak.

Ini hasilnya....




Make sure masa kupas tu jangan ganas. Kang tak sempat pecah di pinggan tapi pecah di tangan.

Cara ke 2 :-

Sama je macam cara no 1 tapi dah 4 min jangan angkat. Tutup api, biarkan dalam periuk tu lagi 2 min. Then baru angkat masuk dalam air ais tadi.

Hasilnya, putih telur sedikit keras tapi masih lembut dan kuningnya tetap creamy....



Yang ni my feberet.

Kalau aku buat half boiled egg pun aku akan biarkan lama skit. Kat kedai aku siap request rendam kasi lama sikit. Jadi macam ni.

Ini gambar bukan aku punya.

Sekian, sape2 yang terer buat ni, mesti akan berkata..... 

"Apa bangang punya entry!!!!!" 
















2 comments:

  1. uiyoo..marveles sgt ni.
    blom penah try. wajib teraiiiii...
    ehemmm...1 hari 1 entri nampakkkkkk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabar diri sendiri 1 hari 1 entry...
      Teraiii jgn x teraiii... Klu jadik, mu bijok... Klu x jadik, bljr spi jadik.

      Delete