Sunday, August 23, 2015

Dia 1 tahun

Aloha....

Semalam birthday my laling princess. Sekejapan dah 1 tahun. Rasa macam tak percaya pun ada.

Bangun pagi rasa macam sebak lak anak dah setahun. Takut nati rindu nak berbaby lagi... Ahaks... 

#throwback

Masa mula dapat tau peknenkan mlp, rasa macam di awang2an. Emosi bercampur baur. Antara suka & takut & was2 & tak percaya. 

Rezeki berganda sebab time tu laling jr baru dapat result PMR. Happy abang berjaya tak habis lagi, dapat lagi 1 berita gumbira.

Tapi time tu gumbira tak gumbira lah... Sebab masa 1st checkup doc tak dapat konfemkan kandungan ni normal ke tak.

Dari scan yang dia napak, macam molar pregnacy. Memang tak leh simpan.

Kan.... Happy sat je.

Tapi doc tu suruh lak pegi specialist. Dia taknak konfemkan apa2 since dia dah tau history aku dulu. Sorang meninggal. 1 lagi miscariage.

Bila pegi specialist, pun napak macam bende yang sama. Sampai 2 kali check. Sementara nak tunggu check kali ke 2 (same day) aku dengar je surah Al-Waqiah. 

Masuk kali ke 2 doc check, dia kata MAYBE normal. Baru nampak....

Sejak dari tu, tiap minggu dah jadi rutin kami berulang ke hospital untuk buat checkup. Tiap kali check, doc scan. 

Sampai lah ada heartbeat, baru doc cakap congrats..... 

Tapi episod checkup setiap minggu tak habis di situ. Sampailah kandungan 5 bulan baru lah doc kata checkup 2 minggu sekali. 

Masa check every week tu sampai kena mintak skip checkup dengan doc. Punya lah tak larat nak berulang le hospital. Kos tu usah ceritalah. Setiap kali checkup je RM100-200. Sebulan 4-5 kali. 

My laling kata, takpe.... duit boleh cari. Yang penting semua selamat. 

Siyesli... Kami serik dengan kes2 dulu.

Doc tu pun memang monitor abis sebab dia jugak yang handle kes aku dulu tu. So dia paham... And, dia jugak yang buat IUI aku tu.

Masuk 5 bulan dah boleh datang 2 minggu sekali.

Tapi.......

Masuk bulan ke 6, bleeding pulak. Dah kena check balik every week. 

Time ni kejap2 mc.... Takleh jalan sgt, takleh banyak gerak...

Dah mula takut balik.

Tapi ada hati lagi nak skip checkup. Boleh skip tapi tetap kena report kat doc jugak. At one time doc gi umrah, tetap jugak kena kasi report. Ingat tak nak ganggu dia kat sana tapi dia lak yang whatsapp tanya... Baru nak ngelat...

Sampai lah kehujung2 pregnancy, rasa takut2 masih ada. 

Sepatutnya mlp lahir awal bulan Sept tapi kena awalkan sebab dia dah tak membesar. Berat menten je naik 4kg. 

Memang kami pilih kaedah c-sect dari awal. Dan doc pun advise yang sama. 

Makanya hari yang dipilih 21/8/14 sebab bersamaan hari Khamis. Abang2 dia dulu semua hari khamis jam 4.15pm. Cuma dia je tercepat 3.15pm. 

Dengan berat 2.6kg, dia membesar dengan sihat. 

Menjadi peneman kami dikala si abangnya berada jauh dari mata. Menjadikan rutin kami berubah sepenuhnya. Tunggang langgang buat permulaan.... tapi membahagiakan.

Iris Marissa nama diberi....

Penghibur hati kami.....

Rezeki kami...

Amanah Allah....









No comments:

Post a Comment