Sunday, January 16, 2011

Minggu ini

Aloha....

Wah.. tiba2 terajin lak nak berblogging. Yelah, darling2 sumer dah terbungkang kepenatan. Rasa cam sunyi pulak. Dgn cuaca yg ala2 mendung lagi.

Saja nak cerita....

Semalam dah ambik kunci rumah DC. Tersangatlah syoknya. Kat sana konon2 nak check api air dan segala bende lah. Nak cari lah walau sekecik2 defect. Masa ambik kunci kat Apek tu, dia pun explain...

"Itu semua kepala paip & fius letrik kita talak pasang lagi. Lu kasi pasang itu grill dulu, baru panggil kita pasang itu semua barang.."

Meaning, segala bende kecik2 yg boleh dicabut, dorang memang tak pasang lagi sebab takut kena curi. Bila dah paang grill baru set appointment dgn dorang & dorang akan datang pasang. Makna nya, tak boleh lah nak check api & air.

Ok, takpe... So kite check mana2 yg ada defect je lah. Baru nak start mission, ada lak kontraktor datang menjengah. Tak perlu nak susah2 gi cari, suruh dia je buat quotation. Tak tahu lah berapa kena. Aku suruh dia buat :-

Extend belakang sampai habis, atas & bawah.
Bilik kecik / store kat belakang.
Grill, pagar, auto gate.
Kitchen cabinet.
Walk in wardrobe - master bedroom.
Wardrobe - 2 bilik.
Kasi tutup lantai atas (yg ada ruang kosong). Aku gayat ada lubang tu boleh tgk bawah.

Lagi 2 hari kontraktor tu akan call balik....

So, hari ni nak gi balik untuk sambung balik keje semalam.

Note : Bab paling syok, bila dah boleh start pikir barang apa nak beli...

Wednesday, January 12, 2011

Fesbuk

Aloha....



Hari ni nak citer sal bende kat atas ni. Bende yg org gila2kan sgt. Bende yg boleh buat org lupa diri. Bende yg buat org leka. Bende yang boleh menimbulkan fitnah. Tempat untuk menunjuk2....

Itu semua yg negatif2 lah. Yg positif pun ada......

Boleh mengeratkan lagi hubungan sesama manusia. Tempat untuk kita pesan memesan. Tempat untuk menanya khabar berita.....

Tapi, tiba-tiba.... kita dikejutkan dgn berita ini...........





Gila apa Mak Zakebeg ni nak tutup bende ni. Berbillion tu asset ni.... Alasan, sebab bende ni, hidup dia jd tak tenteram. Tak boleh tidor. Rasanya bukan dia yg tak boleh tido, org yg melayan bende ni yg tak boleh tido.....

After beberapa hari berita ni kecoh, masuk pulak 1 berita yg agak2 boleh cool kan keadaan.




Foohhh... mesti itu yg kedengaran dari hujung mulut org2 yg fanatik dgn bende ni. Aku? takde lah fanatik sgt. Cuma aku terpikir gak, mana aku nak simpan koleksi gambar2 aku. Sejak adanya bende ni, aku tak payah beli album lagi. Tak payah antar kedai cuci gambar lagi. Snap photo sana sini, pilih yg paling cun, upload kat situ.

Terlanjur dah cerita sal bende ni kat sini, meh kita panjangkan lagi....

Aku peratikan, ada beberapa kategori org dlm melayani bende ni. Ada org yg betul2 reti nak gunakan bende ni. Ada yg tak reti. Ada yg 'org ada, aku pun ada'. Ada yg register tapi lepas tu nothing (ni semua yg memenuhkan laman sesawang je). Ada yg untuk bisnes... Macam2 lagi lah.

Ada jugak yg tak berapa aktif berkawan tapi aktif main game yg ada kat situ. Aku salah sorangnye.... Ini memang sungguh merbahaya. Melekakan....

Cuma.... (ini pendapat aku lah), tak perlu lah sampai bende2 tak sepatutnya pun nak update kat situ.

Seperti.....

What's on your mind.....

'Aku nak berak' - Memang tak relevan
'Hari ni kena tampar dgn laki 8juta kali' - Perlu ke nak cerita?
'Hari ni mood tadak sbb period' - Ayoooo... itu pun mau kasi tau 1 dunia ka?
'Nak masak utk anak .....' - ye, ye... aku tau ko ibu mithali.
'Aq gi skewl la' - Ni aku tak paham & buat aku hangin...
Yg ni yg kes nak tunjuk alim (tp sekodeng jgk org nye profile) - 'Wahai kaum wanita, jgn letak gambar yg terbukak auratnya di sini. Aku tanak tanggung dosa' - Butakan mata anda....

Banyak lagi lah....

Ha... ada 1 lagi. Yg buat sampai aku gelak tergolek2.... Ini aku ambik dari post kawan aku yg hot dgn kawan dia nye status.... Aku tak tau lah apa yg kawan dia update tp kononnya, kawan dia tu sudah kasi tau 1 dunia brp oz milk dia dah produced hari tu... Ayooo Ammaaa Appaaa.... perlu ker? Spesis mcm tu pun ada......

Aku jarang update status. Sebab aku takut org kata aku syok sendiri. Ada sesetengah fren dlm list aku tu, aku suka sgt baca kata2 dorang. Simple and ada makna. Yg berbunga2 sgt tu, aku scroll scroll je mouse aku. Mungkin akal aku tak boleh sampai maksud yg dorang nak sampaikan tu.

Fren list aku pun tak ramai. Tak semua org aku accept untuk jd kawan aku. Aku tak mcm org lain berlumba2 nak tunjuk ramai fren, walaupun aku tau bukan semua pun fren dia or dia kenal. Aku memang tak ramai kawan. Bagi aku, ramai kawan, banyak lak ragam. Byk ragam, byk kerenah aku nak layan..... Tak semua manusia perangai sama. Tak semua perangai kita boleh tahan. Sebelum adanye unsur kutuk mengutuk, kata mengata, menyampah bagai... baik aku elakkan awal2.

Bak kata, kalau nak citer sal bende ni, memang tak habih. Bende ni jugak menemukan aku dgn kwn2 yg lama aku tak contact. Merapatkan aku dgn sedara mara aku. Bende ni jugak yg update aku pasal hal2 semasa. So tadak lah aku ketinggalan sangat. Bende ni jugak lah yg boleh aku berchatting dgn fren semasa di ofis (kala free hoccay..)sebab machine yg lain seperti YM, Gmail chat sumer tu dah kena blocked.

So, bagi sesiapa yg ada bende ni.... Tepuk dada tanya selera. Perlu atau tidak bende ni dlm kehidupan seharian kita.


Note : "Meeting? Kejap ye boss..."

Sunday, January 9, 2011

Bowling

Aloha....

Semalam ada aktiviti. Aktiviti mem'bowling'. Office darling ada buat tournament. Big boss dia sponsor. Mcmana aku boleh terjebak dlm ini cerita?? Aku pun x tau.... Maybe ada sikit miscommunication. Tapi yang penting, team aku menang jugak. Dan aku pun kurang paham mcmana hari itu skill aku ada sikit baik. Skill or nasib? Dua2 kot. Walaupun bkn champ, no 3 pun jadik lah.... Darling seperti biasa, akan berlagak dgn piala pusingan nye.... Champ sgt lah tu....

Overall.... memang fun sangat.

Next, katanya boss nak sponsor Paint Ball & Go Kart.....

Note :- Taik bowling dah mari... Jom membowling....

Tuesday, January 4, 2011

:-)

Aloha....

Disebabkan Mr Lappy masih di ICU dan mungkin (mungkin!!) tidak boleh diselamatkan lagi, aku sudah ter miss nak update blog sempena tarikh 'keramat'- 1.1.11.

Tapi, apa ada pada nombor kan...

Entry yg pertama untuk tahun ini:-

YEAHAA!!!! Kunci rumah sudah boleh di collect... Suka.. suka... suka...
Tapi yg tak suka nya, duit rumah lama tu belum dapat2 lagi... Ini lah klu berurusan dgn G**M*N. Bukan setakat lembab tapi BASAH!!!...

Note : Sudah mula berangan2....

Thursday, December 30, 2010

Countdown

Aloha....



Men'countdown' tahun baru tanpa Mr Lappy..??!! Mcmana nak hapdet blog tanpa dia?

Wahai sang pomen, bolehkah my Mr Lappy dibaikpulih sebelum munculnya tahun 2011?

Atau....

Perlukah aku beli yg baru sempena tahun 2011? (Terpikir nak ajak darling exchange gift sempena new year. Aku kasi dia..... T-shirt dan dia kasi aku laptop. Ok kan??)

Kalaulah ditakdirkan Mr Lappy aku tidak dapat disettlekan sehingga esok, so aku ambik kesempatan guna segala kemudahan di office ini (yg tersangatlah limited nya) untuk men'countdown' tahun 2011.....



HAPPY NEW YEAR.........

Note : Tadi dah makan2, tukar2 present dah yg paling penting...ESOK CUTI.... YEAHAA!!!

Saturday, December 25, 2010

Shopaholic balik kampung....

Aloha....

Penama di atas bukan ditujukan untuk aku walaupun aku layak mendapat gelaran itu. Tapi, gelaran itu khas untuk...... (insan di bawah ini).



Harap maaf... Gambar tidak dpt di tepek atas sebab2 teknikal. So, pinjam sat gambar John Doe ni.


Insan ini telah mengulangi tabiat atau perangai nye semasa di Bandung. Kejadian ini berlaku semasa kami bercuti ke utara. Kononnya nak balik kampung dia lah.

Rupa2nya ada udang disebalik rojak.....

Bila aku dengar plan dia, aku yg excited lebey. Apa tak nye. Shopping di Padang Besar?? Tempat yg belum pernah aku jejak.

18/12/2010 - Sabtu

Perjalanan kami dimulakan dgn ini....



Ye lah, kalau takder bende ni mcmana nak jalan...

Dan dengan mengenyangkan perut dua org anak raja ini....




Yeahaa!!!! Kami ke utara. Balik kampung oooo balik kampung..... (kampung darling lah)
Kampung di Kodiang tapi sebelum tu kami meronda dulu 1 Kedah. Mula2 ke Kuala Kedah. Pas tu ke Alor Star. Then baru ke Kodiang. Malam ni kami stay kat sini.



Kat sini boleh pilih je nak bilik mana. Ada 13 bilik dgn 5 org penghuni.



Bergambar dgn mak, atok & mak jang.


19/12/2010 - Ahad

Pagi2 lagi kami bertolak ke Padang Besar. Tempat ni lah yg buat org2 di bawah ini lupa diri.



Gambar akan di tepek kemudian....

Ekceli agenda kami balik kampung untuk pergi kenduri kat Alor Star. Tapi bila Padang Besar dimasukkan dalam senarai perjalanan kami, terus kenduri tu jadi agenda no 2.




Nasib baik tak bawak passport, if not dah ke sempadan dah.....






Permandangan yang menyejukkan mata memandang.... (Hujan, mestilah sejuk)

Darling aku telah memborong jersey2 fav team dia. Disebabkan harganya separuh dari harga yg dia selalu beli, maka jersey bukan team fav pun di sambar sama. Aku? tumpang lah sekaki......



Harap maaf sekali lagi kerana tidak dpt menepek gambar yg sepatutnya.


Darling jr kurang berminat utk bershopping kat tempat2 macam ni.... Dan, thank God wujudnya PSP. So, aku (or daddy dia) bolehlah bershopping dgn amannya....







Selepas puas bershopping, barulah teringat tujuan asal kami balik ke sana. Adalah untuk ke kenduri... Yo lah tu....

Dari Padang Besar kami bertolak ke Tawar. Klu x silap perjalanan 2-3 jam jugak. Sebabnya kami sampai kat rumah kenduri tu kul 4 ptg. Sampai2 je, tgk bekas buffet semua sudah terlangkup.. Alamak!! lauk sudah habis kah? Ya betol... Lauk2 & nasik catering semua sudah habis. Tapi adat bergotong royong kan, dorang kat sana masak lagi untuk tetamu yg lambat datang (seperti kami). Tapi tak salah kami, jemputan hingga kul 6 ptg hoccay.....

Selepas kenduri kami terus ke Alor Star. Kami stay kat Sri Malaysia. Kat sini jugak kamera aku hilang...... tapi jumpa jugak keesokkan hari nya. Terima kasih staff Sri Malaysia yg tolong simpankan kamera aku.

20/12/2010 - Isnin

Pagi2 lagi kami ke Pekan Rabu. Saje jalan2 & nak beli2.

Agenda seterusnya, Ke Gunung Jerai.....

Tempat yg sangat cantik..... Tapi gambar nye tidak dapat di tepek kerana sehingga hari ini laptop aku masih lagi di godek oleh sang pomen. Nak upload kat office tersangatlah tidak ada masanye.

Sekian lah percutian kami untuk penhujung 2010.


Note : Semalam Malaysia menang piala AFF. So, esok coti..........

Friday, December 24, 2010

Happy brithday Darling

Aloha...

Hari ni birthday darling jr. Dah besar anak bujang aku. Dah buat ic pun. So confirm dah jadi rakyat Malaysia.

Seperti biasa, my darling cuti menghabiskan masa bersama anak bujang. Father & son day out. Dan aku, bekerja seperti biasa...

Seperti biasa juga, dia dapat hadiah yg melimpah ruah dari daddy dia, uncle & aunty dia. Dari aku?... Share aku masuk dlm daddy dia nye present lah.... Eh, aku ada beli kan bag sekolah Adidas hari tu. Bukan yg murah2 tau. After discount 20% dapatlah RM130.00. Tu boleh di jadikan present birthday lah.

Hari ni, tak tau lah apa plan dia dgn daddy dia... Jalan2? Makan2? Tgk movie? Suka hati dorang lah.......

Note : Ada sikit jeleslah bila dia dpt henpon yg memory nye lebih besar dr aku nye henpon. Camera nye MP pun lg besar dr aku. Kecanggihan nye pun boleh tahan. Aku nye guna keypad, dia punya guna touch screen.