Monday, April 15, 2013

Apa kes???

***Ini cerita 2 hari lepas... Tapi atas sebab2 teknikal, baru hari ni dapat di tayangkan...***

Aloha....

Malam tadi aku ngigau... Menjerit2 mintak tolong. Siyes ketar. Tapi my laling, lek je tido. Aku boleh terjaga dengar sendirik punya jerit, dia boleh baik berdengkur. Kureng betollah....

Apa citer mimpi aku? 

Aku mimpi aku kena follow. Tapi kali ni aku jalan kaki. Jalan gelap. Ada 1 motor follow je belakang. Aku terus lari...... lari... lari..... turun bukit pegi 1 rumah. Aku jerit mintak tolong. Sib baik terus terjaga. Kalau tak mau terkucil aku...

Macamana boleh mimpi?

Citernya gini.....

***versi cerita dipetik dari fb persatuan penduduk A (bkn nama sebenar).***

Pagi semalam kecoh area rumah aku tapi bukan dalam kawasan gated rumah aku, ada orang kena rompak. Mangsa difollow lepas hantar anak gi sekolah jam 7.45am. Bila mangsa lalu kat post guard, boleh lak kereta tu dengan selambanya lepas masuk. 

Elok je dia sampai depan rumah, simangsa (wanita), terus diserang dan diacu pisau. Bila dia jerit, ahli keluarga keluar menolong tetapi rupanya si penjenayah berteman. Ada beberapa orang dalam kereta, mengacukan senjata api (tidak pasti pistol, senapang atau mercun) pada mangsa dan keluarga. Dan akhirnya si penjenayah dapat melarikan sebijik Avanza. 

Laaaaa..... follow semata2 nak ambik Avanza je?

Kat sini dah timbul berbagai andaian....

Ada suara2 sumbing yang mengemukakan pelbagai teori. Dan salah satunya, mungkin bukan rompakan tapi kes tarik kereta.

Huisshhhh.... ganasnya cara nak tarik kereta. Finance mana dia ambik? Along? Angah? Ateh?
 
Ok, itu masalah dia. Tapi jauh di sudut hati, ada rasa simpati.

Yang menyebabkan adanya suara2 sumbing itu bila ada isu penduduk timbul. 

Kononnya.... (kononnya!!!) simangsa sudah lama tidak membayar yuran sekuriti tapi telah menyalahkan pihak sekuriti 100% hingga sanggup melempang si guard yang kononnya tak buat keje. Kalaulah betul dia memang tidak bayar, apa hal dia nak lempang2 guard tu??!. Orang yang 'membayar' gaji guard tu tak pernah bertindak sebangang itu. 

Itu kalau dia betul tak bayar lah..... Even kalau dia bayar sekalipun tindakan dia melempang guard itu adalah tindakan yang bangang. Bukan anak dia pun sesuka suki nak lempang.

Susulan dari itu, perkhidmatan kesemua guard2 situ dihentikan serta merta. Dan sekuriti situ digantikan dengan pasukan RELA  yang macam tak rela je buat kerja. Tak sampai 24jam 'berkhidmat' telah mendapat pelbagai komplen dari penduduk. Banyak sungguh 'cctv' yang ada kat situ. 

Dan dengarnya.... si RELA2 ini telah mula mau konker post guard area rumah aku. Ini bikin hati ajkkkk & the gang jadi panas.

Nasib baik kami kat kampung, kalau tak ada orang tak balik rumah sebab jadi part time guard dan 'rukun tetangga' ujung simpang.

Panjang aku cerita.....

Yang buat aku jadi trauma bila dengar kes2 macam ni sebab aku pun nyaris2 nak kena.

Time tu aku baru ambik si laling jr balik sekolah. Dia darjah 5 or 6 macam tu. Biasalah dia, balik sekolah macam2 cerita dia nak share. Masa tu time kul 2, dan sekolah memang jauh dari rumah lah.

Sampai kat 1 tempat, memang takde keter. Ada 1 keter Satria merah bertampal2 kat body & cermin belakang. Tetibe dia potong dan himpit ke tepi keter aku. Bila dah kat depan, dia slow dan sampai kat simpang, dia stop, lama....

 Aku sambil layan si jr borak sebab tak nak dia cuak, dah pikir apa nak buat. Tangan dah standby nak reverse (time tu "Demn!!! knp lah hari ni bwk keter manual) & cabut. Depan sana sikit ada balai polis. Tangan 1 lagi meraba steering lock. Si jr pun perasan kenapa kereta depan stop lama.

Pas tu, tiba2.......

Ada kereta lain datang. Then kereta tu blah. Pheww........ Tu pasal la ni kalau rasa2 ada keter follow dekat2 je, samada aku speed or aku kasi dia potong.

Memang time tu kecut perut tak bleh blah...

Dialog junior & dedi

Aloha....
 
Ini dialog petang semalam antara laling & laling jr.
 
Laling jr : Dedi, are you going out tonite?
 
Laling : Why?
 
Laling jr : Nothing....
 
Aku dah dapat agak dah masa tu kenapa...
 
Aku : U keluar je lah.... Dia nak tengok citer Korea.
 
Itu motip dia. Kalau dedi dia ada kat rumah, rasa macam tak bebas dia nak tengok citer dia. Last episode lak tu. Dorang tu selalu rebut remote. Suruh tengoh tv kat atas tak nak sebab tv kecik.
 
Dedi dia.... dah kasi greenlight keluar lepak, tak yah tunggu lama. Ambik sampah kat dapur bawak keluar, terus lesap. Dan kami pun (dengan aku sekali terjebak cerita tu) dapat menghayati dengan aman dan damai.
 
Dialong pagi ini....
 
Laling : Apa last citer tu? Orang dah tau ke dia pompuan? Last dia pilih sape jadi boifren dia?
Aku : ...... cayalah... nak tau jugak walaupun dah kutuk2 anak dia tengok citer tak berfaedah.
 
Inilah citer yang menjadi ikutan remaja2 sekarang (termasuk remaja seperti aku).
 
To The Beautiful You.....

(gambar terang2an diciluk dari mr google)
 
Yang buat dorang tergila2 sangat sebab kononnya pelakon2 yang kiut miut. Aku terjebak sebab dah tak dapat tengok citer lain kan.
 
Tamatlah sudah citer itu semalam....

 
 

Wednesday, April 10, 2013

Purple kaler....

Ek eleh.....

Purple lah sangat. Konon2 lawa lah tu......

Blouse purple, seluar purple, kasut purple, henbeg purple, tudung bunga2 purple....

Macam bagus2 je....

Badan tu pun dah dekat2 sama size si Barney. .Alaaa.... Barney si hippo purple yg nyanyi 'I luv u, u luv me... we are happy family...' Kalau si Feya tengok mesti terjerit 'BARNEY! BARNEY!


^
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
 
Aku lah tu.........
 
Memang siyes kali ni giler purple. Aku memang bukan jenis yg suka 1 kaler je. Mula2 gila biru pas tu, kuning. Pas tu kaler ijau lak. La ni purple kaler....
 
Baru2 ni pun beli henbeg kaler purple (shhhh..... senyap2 sudah)
Pas tu beli sandal purple jugak (ini pun senyap2 jugak)
Sampai kan spec itam Carlo Rino pun purple..... (yg ni laling tau aku beli sebab dia bayar sempena enibeseri). Yang lain kat atas2 tu dia tak tau.
 
Bukan setakat bende kat atas ni je purple.... Facial set pun kaler sama jugak. Kaler punya pasal, beli satu 1 set Simplysiti.
 
See.... gile tak gile nya kan.
 
Lepas ni tatau kaler apa pulak.
 
Note : Mood tengah cari tempat nak jalan. Pasport hidup lagi (*wink wink)
 

 

 
 





Sunday, April 7, 2013

Sesi menambah lemak

Aloha....

Tadi sibuk bergardening. 

Sekarang berada di Aroma Ikan Bakar Jeram...

Lepas habis peluh dan kederat, sesi melayan perut pulak. Tak sempat nak menyenap (kata dasar snap) gambar lauk dan pauk. 

Dah habis baru teringat....

So ini lah hasilnya... Selesai sudah sesi menambah babat sedunia.




Note : Nescafe dia sedap.

Hasil campak-campak

Aloha.....

Aktiviti hari ini.

Jeng jeng jeng.....



Disebabkan tak reti malas nak merumput, menyimen, makanya aku beli je stepping stone tu bebanyak. Nak kasi lawa, tabur batu2 tu buat penyeri.

Ok tak???

Semalam nak citer pasal pokok pinang sebatang. 



Cer teka umur pokok ni. Aku duduk sini dah 3 tahun. Pokok ni dah 2 tahun. Tapi bantut je macam ni. Dari awal aku beli sampai sekarang menten besar dia macam tu. Pokok kelapa neber belah sana dah tinggi rimbun. Kalau tanam pokok mangga mungkin dah berbuah. Kalau tanam pokok pisang, dah seploh kali tebang.

Ni tak, hari ni dia keluar daun, esok dah tinggal lidi. Ini semua sebab ulat bulu. 

Nampak pokok sebelah dia tu? Tu pokok pandan (kalau takde pokok lain yang sama rupa macam dia). Aku tatau saper tanam. Mungkin nak celen pokok saper besar dulu kot. Konfem tak lama lagi tinggal rangka je pokok tu. 

Cukup peluh yang keluar untuk hari ini.

Adios.....

Saturday, April 6, 2013

speechless

Aloha...

Hari ni gigih dan rajin nak menghadet blog. 

Tapi disebabkan line berukben selkom ni macam hakptuih..... inilah jadinya.



Dalam blog list / draft ada tapi bila nak edit & publish, takde apa2. Blank.... 

Sangat2 stress....

Mau tukar Umobile. Muktamad.....

Teringin

Aloha....

Sesekali kurasa teringin....... (ala2 lagu Shima)



cheesenya yang mencair.... marbeles......

Tak menyempat2 potong, main cekup2 je dengan sudu. Takde orang lain yang nak makan. Aku sorang je.

Korang, tengok je ye. No resipi2 sebab bukan aku buat. Aku beli kat ofis. Hanya dijual pada hari Jumaat sahaja.