Monday, April 15, 2013

Apa kes???

***Ini cerita 2 hari lepas... Tapi atas sebab2 teknikal, baru hari ni dapat di tayangkan...***

Aloha....

Malam tadi aku ngigau... Menjerit2 mintak tolong. Siyes ketar. Tapi my laling, lek je tido. Aku boleh terjaga dengar sendirik punya jerit, dia boleh baik berdengkur. Kureng betollah....

Apa citer mimpi aku? 

Aku mimpi aku kena follow. Tapi kali ni aku jalan kaki. Jalan gelap. Ada 1 motor follow je belakang. Aku terus lari...... lari... lari..... turun bukit pegi 1 rumah. Aku jerit mintak tolong. Sib baik terus terjaga. Kalau tak mau terkucil aku...

Macamana boleh mimpi?

Citernya gini.....

***versi cerita dipetik dari fb persatuan penduduk A (bkn nama sebenar).***

Pagi semalam kecoh area rumah aku tapi bukan dalam kawasan gated rumah aku, ada orang kena rompak. Mangsa difollow lepas hantar anak gi sekolah jam 7.45am. Bila mangsa lalu kat post guard, boleh lak kereta tu dengan selambanya lepas masuk. 

Elok je dia sampai depan rumah, simangsa (wanita), terus diserang dan diacu pisau. Bila dia jerit, ahli keluarga keluar menolong tetapi rupanya si penjenayah berteman. Ada beberapa orang dalam kereta, mengacukan senjata api (tidak pasti pistol, senapang atau mercun) pada mangsa dan keluarga. Dan akhirnya si penjenayah dapat melarikan sebijik Avanza. 

Laaaaa..... follow semata2 nak ambik Avanza je?

Kat sini dah timbul berbagai andaian....

Ada suara2 sumbing yang mengemukakan pelbagai teori. Dan salah satunya, mungkin bukan rompakan tapi kes tarik kereta.

Huisshhhh.... ganasnya cara nak tarik kereta. Finance mana dia ambik? Along? Angah? Ateh?
 
Ok, itu masalah dia. Tapi jauh di sudut hati, ada rasa simpati.

Yang menyebabkan adanya suara2 sumbing itu bila ada isu penduduk timbul. 

Kononnya.... (kononnya!!!) simangsa sudah lama tidak membayar yuran sekuriti tapi telah menyalahkan pihak sekuriti 100% hingga sanggup melempang si guard yang kononnya tak buat keje. Kalaulah betul dia memang tidak bayar, apa hal dia nak lempang2 guard tu??!. Orang yang 'membayar' gaji guard tu tak pernah bertindak sebangang itu. 

Itu kalau dia betul tak bayar lah..... Even kalau dia bayar sekalipun tindakan dia melempang guard itu adalah tindakan yang bangang. Bukan anak dia pun sesuka suki nak lempang.

Susulan dari itu, perkhidmatan kesemua guard2 situ dihentikan serta merta. Dan sekuriti situ digantikan dengan pasukan RELA  yang macam tak rela je buat kerja. Tak sampai 24jam 'berkhidmat' telah mendapat pelbagai komplen dari penduduk. Banyak sungguh 'cctv' yang ada kat situ. 

Dan dengarnya.... si RELA2 ini telah mula mau konker post guard area rumah aku. Ini bikin hati ajkkkk & the gang jadi panas.

Nasib baik kami kat kampung, kalau tak ada orang tak balik rumah sebab jadi part time guard dan 'rukun tetangga' ujung simpang.

Panjang aku cerita.....

Yang buat aku jadi trauma bila dengar kes2 macam ni sebab aku pun nyaris2 nak kena.

Time tu aku baru ambik si laling jr balik sekolah. Dia darjah 5 or 6 macam tu. Biasalah dia, balik sekolah macam2 cerita dia nak share. Masa tu time kul 2, dan sekolah memang jauh dari rumah lah.

Sampai kat 1 tempat, memang takde keter. Ada 1 keter Satria merah bertampal2 kat body & cermin belakang. Tetibe dia potong dan himpit ke tepi keter aku. Bila dah kat depan, dia slow dan sampai kat simpang, dia stop, lama....

 Aku sambil layan si jr borak sebab tak nak dia cuak, dah pikir apa nak buat. Tangan dah standby nak reverse (time tu "Demn!!! knp lah hari ni bwk keter manual) & cabut. Depan sana sikit ada balai polis. Tangan 1 lagi meraba steering lock. Si jr pun perasan kenapa kereta depan stop lama.

Pas tu, tiba2.......

Ada kereta lain datang. Then kereta tu blah. Pheww........ Tu pasal la ni kalau rasa2 ada keter follow dekat2 je, samada aku speed or aku kasi dia potong.

Memang time tu kecut perut tak bleh blah...

No comments:

Post a Comment