Wednesday, April 24, 2013

Nasik lemak

Aloha.....

Baru lepas dinner. 3 hari berturut2 dinner yg sama...

Tu diaaaaaa.......

 
Memang terbaek
 
Nampak macam selambak je aku ambik kan.... Tak tengok lagi kalau cina2 kat situ makan/bungkus. Paling sikit 2 lauk. Kalau tak, 3-4 lauk sekali bungkus.

Nasi lemak kedai takde nama tepi simpang masuk Selayang Pandang memang sodap. Dia ada lauk sambal sotong, udang petai, ayam sambal, ayam goreng, ikan bilis petai, kari ayam. Perggghhhhh.......

Walaupun tempat kecik tapi ramai jugaklah orang. Kedai dia sebelah kedai jual kelapa, jual bantal. 

Bak kata aku tadi, hari ni hari ke 3 kami makan kat sini. 

Si laling, sampai je rumah terus gi jogging. Nak membuang balik lelemak yg dia dah telan. Menyesal lah tu tapi masa makan tak hingat.

"Kak, nasi kasi tambah...."
 
Lepas tu mula bising dah tak nak makan nasik lemak sebulan. Esoknya, makan lagik.

Aku?

Sampai rumah, pasang tv, tengok mastercep. Rasa2 pinggang lenguh, tarik kusyen, baring. Kul 10 naik atas, mandi, tido...

Esoknya.....

"Apasal korset ni tak leh cangkuk??!!!..."
 
Salahkan tangan tak sampai.

"You... tolong pasangkan."
 
"Hook no berapa?"
 
"Yang last lah.... Alamak! apasal sendat? Hook no 1 lah...."
 
See.... itulah penangan nasik lemak kedai takde nama.


Sekian.... 



Note : kalau nak cuba, sebarang kebarangkalian sila tanggung sendiri.


 





No comments:

Post a Comment