Saturday, April 20, 2013

Meatball

Aloha.....

Pagi yang indah.... mood yang ok.... kerajinan tahap maksimum.

Hari ni tekak nak makan ala ala western. Tak mainlah setakat toast dengan telur goreng. 

Tada......


Homemade meatball

Ini permintaan nak raja lingam. Dok merengek nak pegi ikea makan meatball. Beberapa kali cubaan untuk menjamu selera disana tidak berjaya. Sentiasa ada kekangan. Kalau sampai pun, tersangatlah reramai nya. Nak menyelit pun takleh.

Last2 ambik initiatif sendirik... Hasilnya, untuk tekak sendiri oklah kot. Aku pun tak pernah merasa ikea nya meatball, so tak dapek ahkak nak kata sapa nye sodap. Dah tentu2 ahkak kata ahkak nye sodap ken.....

Nak resipi? Nati aku tepek sini tapi not todaylah. Some other day hoccay. Kalau tak sabar, gugel je sebab aku pun terang2an cilok kat situ sebab kalau nak tanya my mom, dia tak reti. 

Now time nak lepak2 sambil tengok pencalonan PRU13. 

Dapur, tutup.

***update****

Resepi di atas aku cilok dari Cik Kella. Walaupun dia taktau aku tiru separuh bulat dia nye resipi but anyway TQVM. Tapi kan, dia punya nampak lagi sodap. Gravy nya kuning menyerlah. Kenapa akunya pucat lesi errr????


Resepi Meatball Ala IKEA  

 250-300gm Daging Cincang - aku guna 400gm. kasi boh je sumer dlm paket cap Ramly tu.

Bawang putih – aku tak letak sebab rumah tu ada vampire tak mkn bawang putih.
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit - aku masuk sebijik sebab itu je yg ada
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah - ni tak letak
¼ cawan susu segar - guna susu cair
Secubit allspice – aku tak letak sebab tak tau apa bende nye nih
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu - siyes tak letak sebab terlepas pandang.
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - tak letak jugak sebab tak pernah tau/jumpa ada cube daging
sesudu gula * -  tak letak sebab rasa mcm dah manis je

**Banyak bende aku tak taruk err... patutlah macam tak semegah je gravy aku. Orang nak masak, kau nak masak. Tapi tak tau bahan.
Cara-caranya:

1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur
.
Untuk hiasan :- Suka hati uols lah yerk.... Oh ya, orang sibuk makan meatball tu mesti ada jem stoberi ka, rasberry ka.... Aku tak letak sebab rasa mcm tak gu je.... (hihihi lain org lain citarasa nya, ye dak??)

So.... rajin2 kan lah ke dapur yerk..

No comments:

Post a Comment