Friday, December 20, 2013

Cerita dia lagi - insta

Aloha....

Aku cilok dari insta dia....



Bukan gambar yang menarik minat aku walaupun ada penyeri kat situ (aku lah tu), tapi caption dia. I like.....


Cerita dia lagi - ipod touch & beats

Aloha....

Tak habis lagi citer my laling jr.... 

Dia nak exam hari tu, kitorang takde janji apa2 pun kat dia. Dia pun takde nak mintak2. Tapi selalunya dia tak mintak pun, dia akan dapat jugak (pandang dedi dia....).

Oleh kerana result dia ok, aku ditugaskan untuk merisik apa dia nak. Ini sekali hadiah birthday lah kononnya.

Cara mana aku risik, tak yah lah citer. Panjang kisahnya.....

Risik punya risik, dapat lah wish list dia....

Ipod & headphone.... 

Ipod tu masuk akal. Headphone?? Memang tak pernah aku dengar orang mintak hadiah headphone.

Yang penting.... tak mintak yang bukan2. Takpelah setakat ipod RM200-300. Headphone paling mahal pun RM50. 

Sekali.....

storeapple.com.my

beats website

Amek kau!!! Telan ayaq liuq sementar.......


PMR2013 - blur tahap ke 6

Aloha....

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan....

Akhirnya, my laling jr dah buktikan usaha dia. 

Semalam adalah moment yang sangat2 bercampur aduk permulaannya. Mana taknye... masa umum result, sepatutnya aku nanges gembira tapi aku bantai nanges frust (tapi aku bajet mesti orang ingat aku nanges happy). Aku pun tak tau kenapa aku boleh dengar cikgu kata dia nak umum yang dapat 7A.

Bukanlah aku tak bersyukur kalau dia dapat 7A pun cuma ada sikit frust lah. Kami memang mengharap sangat2 dia dapat cemerlang.

Dia, nama yang ke-3 diumumkan. Gugur jantung aku rasa sebab kononnya nama dia termasuk dalam list 7A.

Yang aku pelik, my laling siap jerit "YES!!!".... Aku boleh jeling dia kat sebelah, dalam hati cakap.... "dah kenapa mamat ni nak over sangat. 7A je kot...." then dia terus ikut junior ke stage untuk ambik gambar. Tapi tak dapat pun sebab dia kelam kabut tak tau mana nak tekan kamera. Tinggal aku nanges sorang2 kat belakang. Orang sebelah dah dok salam2 wish aku tahniah....

"Tahniah puan.... 8A". Aku boleh jawab, "eh... 7A je."  Mesti blur kakak tu.... Tapi tak se blur aku, aku rasa.

Then aku keluar sebab tunggu dorang tak datang2 pun.

Ni tengah nanges lagi nih. Frust gile nak mampos....

Kat luar, dorang dah terlambai2 aku.... Uncle dia, aunty dia pun ada. Memang dorang datang semata2 junior. Pelik jugak kenapa dorang happy semacam. Sambil jalan, berjurai2 air mata. Junior datang kat aku pun nanges. Aku peluk sambil ambik slip kat tangan dia....

Aku tak nampak pun mana B. 2-3 kali tengok. Kat situ baru aku dapat tangkap...... Laaaaaaaaaaaa........ 8A rupanya. Terus tukar tune nanges. Nanges gumbira. Tapi konfem tetap hodoh aku nanges.

Agaknya, kalau aku tau dari awal, aku kot yang terkinja2.....

Sampai la ni aku masih tak paham kenapa aku blur seblur blurnya semalam. Bayangkan aku duduk belakang sekali sebab konon2 dekat dengan barisan kelas dia. Dorang pun nak susun kelas yang 3A belakang sekali. Ikut turutan A, B, C..... sampai 3M depan sekali kat stage. Aku port dah baik, bajet dapat tengok live time cikgu kelas kasi result.


 
Nampak tak? aku kat belah sini, stage kat hujung sana... jauh kan.

 

 port aku betul2 depan line kelas dia.
 
Tak tau pulak ada panggil naik stage. Orang belakang2 dah bising, mic cikgu pun tak kuat. Last2 dengar je nama dia. Pelik jugak geng2 dia bersorak... Rupanya dia the only malay boy yang top scorer.
 
Aishhhh.... sungguh2 aku terlepas moment tu. Dan sangat2 over aku nanges....... CHOYYY!!!! sungguh memalukan.

Bengkak2 mata time sessi bergambar dengan cikgu2...

Nak ulang balik..... sure aku akan control lebih ayu.

Malam semalam konon2 nak celebrate....

Sib baik bukan mintak yang bukan2......



 



Thursday, December 19, 2013

he did it..... PMR 2013

Aloha.....

10am 

Berdebar.....

11am

Berdebar lagi.....

Semua tengah berdebar.... Aku dari awal dah membatu di situ....

Akhirnya......


Syukur Alhamdulillah..... Semoga my laling jr akan terus menjadi anak yang soleh, bijak dan menjadi harapan kami...


sessi bergambar bersama antara yang dapat 8A


ini antara geng2 dia..



I pun nak tumpang sekaki.... (motif I nak tunjuk sijil tu??)


Monday, December 16, 2013

My dessert of the day - Cheesekut

Aloha....

Semalam hari bermalas-malasan & bermakan-makanan (ado??)

Tetiba teringin lak nak menambah lelemak....

Jom layan......

Senang je nak buat... Resepi ni pun aku dapat dari beberapa blog resipi. Gugel je cheesekut, macam2 version ada.
Bahan2nye:-

Deluxe cracker ni 1 paket cukup dah. Ada lebih.... Ikut acuan yang digunakan besar mana.
Cream cheese tu beli yang 250gm pun dah cukup untuk 1 acuan yang tak berapa besar.






Susu manis ni lebih kurang setengah tin. Ikut suka manis. Letak sikit sikit then rasa manis dia.

Ini sikit je. Dalam setengah mangkuk kecik. Untuk celup2 je. Lebih tu boleh minum. Elok untuk tulang.
Cara2 nye :-
-Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. Dia takkan kembang pun, cuma akan jadi lembut.
-Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Tuang sikit-sikit. Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah lagi. Pukul lagi.
-Tambah fresh milk anggaran satu sudu ke 2 sudu. Tengok kepekatan bancuhan tu. Jangan cair sebab nanti jadik lembik susah nak potong.

Ini rupa nye yang dah di pukul.. Masa mix kan bende ni, my laling jr dah book bekas ni. Dia nak sisa2 cheese tu. nak makan....
-Pastu ambik biskut dan celup dalam fresh milk. Celup dan angkat, bukan rendam. Dah celup tu terus susun dalam bekas.


macam ni... ini dah kes rendam sebab nak ambik gambar punya pasal.
Oh ya, bekas tu aku alas dengan food wrapper / cling wrap. Supaya, bila nak potong, boleh angkat adunan tu. Rasa bangga je tengok layer2 tu menjadik.... (Lansung tak logik.....). Ekceli, senang nak potong je.... Nak potong dalam bekas tu terus pun ok je.
-Then lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi. Nipis-nipis je. Setakat biskut tu boleh melekat.

-Then lapis lagi biskut2 yang dah dicelup atasnya plak. Time lapis biskut ni tekan2 sikit bagi dia mampat. Ulang lagi step 4 dan 5 sampai dapat tinggi acuan atau hingga habis bancuhan creamcheese tadi.

-Atas sekali lapisan creamcheese tu boleh tebal sikit. Simpan dalam peti ais. Biar semalaman ye bagi dia keras skit senang nak potong.
 
nampak tak?

 tengok side sini pulak... tak seimbang sungguh


Untuk kali ni, I tabur2 serbuk milo kat each layer..... Saje nak nampak lagi menggiurkan....




So, ikutlah kreativiti uols ye.... Nak letak choc chip pun ok. Nak letak oreo pun ok jugak....

Selamat menambahkan lemak.


 
my lil kitchen... (motif??)


Update :- ini lah hasil bedah siasat malam tadi setelah semalaman berada dlm peti ais.



Sekian.




 

Friday, December 13, 2013

TGI Friday

Aloha.....



TGI Friday........

p/s : fon dah berkecai hasil balingan yang padu..... melengkapkan hari yang indah.

Thursday, December 12, 2013

Anak bujang

Aloha....
 
Now time cuti sekolah my laling jr banyak duduk rumah je. Apalagi yang dia buat kalau tak mengadap laptop...
 
Tapi, since dia ada kat rumah ok jugak lah. Atleast ada orang boleh basuh baju, kemas rumah sikit. Cuma bab masak je yang aku tak berani nak suruh. Setakat masak nasik je yang dia buat....
 
Pagi2 selalunya aku dah sediakan food. Tapi semalam dia request nak goreng ikan sendiri. Nak makan panas2 katanya........

 
 

Tak lama pas tu dia kol tanya boleh tak dia habiskan ikan ni. Maknanya, jadi lah tu ikan goreng....

Yang bawah ni bukan dia masak. Neber depan rumah kasi dia time lunch semalam. Terus tak pandang sambal telur & sayur goreng yang aku buat bila dapat ni.


 
Tq Aunty Ila... (nati kasilah lagi sama kopok lekor)