Monday, December 16, 2013

My dessert of the day - Cheesekut

Aloha....

Semalam hari bermalas-malasan & bermakan-makanan (ado??)

Tetiba teringin lak nak menambah lelemak....

Jom layan......

Senang je nak buat... Resepi ni pun aku dapat dari beberapa blog resipi. Gugel je cheesekut, macam2 version ada.
Bahan2nye:-

Deluxe cracker ni 1 paket cukup dah. Ada lebih.... Ikut acuan yang digunakan besar mana.
Cream cheese tu beli yang 250gm pun dah cukup untuk 1 acuan yang tak berapa besar.






Susu manis ni lebih kurang setengah tin. Ikut suka manis. Letak sikit sikit then rasa manis dia.

Ini sikit je. Dalam setengah mangkuk kecik. Untuk celup2 je. Lebih tu boleh minum. Elok untuk tulang.
Cara2 nye :-
-Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. Dia takkan kembang pun, cuma akan jadi lembut.
-Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Tuang sikit-sikit. Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah lagi. Pukul lagi.
-Tambah fresh milk anggaran satu sudu ke 2 sudu. Tengok kepekatan bancuhan tu. Jangan cair sebab nanti jadik lembik susah nak potong.

Ini rupa nye yang dah di pukul.. Masa mix kan bende ni, my laling jr dah book bekas ni. Dia nak sisa2 cheese tu. nak makan....
-Pastu ambik biskut dan celup dalam fresh milk. Celup dan angkat, bukan rendam. Dah celup tu terus susun dalam bekas.


macam ni... ini dah kes rendam sebab nak ambik gambar punya pasal.
Oh ya, bekas tu aku alas dengan food wrapper / cling wrap. Supaya, bila nak potong, boleh angkat adunan tu. Rasa bangga je tengok layer2 tu menjadik.... (Lansung tak logik.....). Ekceli, senang nak potong je.... Nak potong dalam bekas tu terus pun ok je.
-Then lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi. Nipis-nipis je. Setakat biskut tu boleh melekat.

-Then lapis lagi biskut2 yang dah dicelup atasnya plak. Time lapis biskut ni tekan2 sikit bagi dia mampat. Ulang lagi step 4 dan 5 sampai dapat tinggi acuan atau hingga habis bancuhan creamcheese tadi.

-Atas sekali lapisan creamcheese tu boleh tebal sikit. Simpan dalam peti ais. Biar semalaman ye bagi dia keras skit senang nak potong.
 
nampak tak?

 tengok side sini pulak... tak seimbang sungguh


Untuk kali ni, I tabur2 serbuk milo kat each layer..... Saje nak nampak lagi menggiurkan....




So, ikutlah kreativiti uols ye.... Nak letak choc chip pun ok. Nak letak oreo pun ok jugak....

Selamat menambahkan lemak.


 
my lil kitchen... (motif??)


Update :- ini lah hasil bedah siasat malam tadi setelah semalaman berada dlm peti ais.



Sekian.




 

2 comments:

  1. part takde bakar membakar ni kak suka:-))

    p/s tqvm sudi letak blog kak anim dalam bloglist shanana

    ReplyDelete
  2. Reti buat yg mudah2 je kak...
    Hihihi... Suka baca kak nye blog. Thanks sbb sudi follow. Nati blh lah mintak tunjuk ajar....

    ReplyDelete