Wednesday, December 4, 2013

Love Yasmin - Yasmin J Hunwick

Aloha....


Rasanya tak pernah cerita kat sini tentang apa jenis buku pun yang aku baca.... Tapi kali ni special sikit.

Aku bukannya pembaca novel tegar. Nak baca suratkhabar pun kadang2 malas.  This time macam nekad je beli buku ni.

 


Buku ni diterbitkan berdasarkan cerita benar.

Yasmin...... tak kenal kan? Dia bukannya bintang filem, bukannya ahli muzik atau pelajar AF. Aku mula kenal dia bila tiba2 nama Yasmin J Hunwick menjadi trending kat twitter.

Siapa dia?..... Gigih aku google. Last2 jumpa blog dia.  Oooo.... budak rupanya, baru Form 5.

Macamana tiba2 dia jadi famous? Ada kisah nya...... Bagi yang mengikuti kisah dia di blog, akan faham mengapa dalam sekejapan si cantik ini menjadi sebutan.

Ekceli aku pun belum start baca pun buku tu sebab aku dah tahu jalan cerita dia, siapa dia, kenapa dengan dia.

Aku dah tau kenapa beli lagi? Sebab atas niat untuk menderma.

Ok... jangan salah faham. Penulis Syimir Yunusi telah mengadaptasikan kisah gadis ini ke bentuk naskah atas sebab2 yang sangat mulia. Dia telah cuba merealisasikan impian gadis ini untuk membantu saudara sesama Islam di Palestine/Gaza. Semua yang dia buat ni diilhamkan dan disokong kuat oleh keluarga Yasmin. Keluarga beliau yang sangat2 kehilangan. Keluarga beliau juga berbesar hati dengan perkongsian kisah ini demi untuk merealisasikan impian anak gadis mereka.

Bagaimana?

Setiap jualan buku ini setelah ditolak kos, akan didermakan ke tabung Palestine/Gaza. Cetakan buku ini juga telah dilakukan secara berperingkat.

Peringkat pertama - pre order. Buku dicetak mengikut tempahan. Bayaran juga di buat untuk menampung kos cetakan.  Walaupun pembeli awal terpaksa menunggu lama tapi mereka dihadiahkan dengan koleksi alunan piano si gadis ini. Ya Allah... bukan setakat cantik, berbakat lagi.

Peringkat kedua - Penulis mengulang cetak sejumlah naskah mengikut survey yang mahukan novel ini. Walaupun ramai yang respon kata nak, tapi penulis hanya akan mengutamakan pada sesiapa yang telah buat pembayaran. Walaupun ada sedikit kelewatan dari segi penghantaran tapi awal lagi penulis telah menyatakan sebab2. Dan pada yang faham, dorang sabar menanti. Pada yang tak paham, apa lagi.... terus berbunyi.

Wahai Syimir Yunusi, jangan dilayan pada yang masih berbunyi kerana ia bisa membuat sakit hati.

Peringkat ketiga - aku tak pasti ada ulang cetak lagi tak.

Novel ini hanya di jual dan segala urusan penjualan di buat oleh penulis asal sahaja sebelum beliau berangkat ke Syria pada 20/12/2013. Tarikh tutup untuk pembelian adalah sehingga 8/12/13.

Kopipes status beliau dari facebook Novel-Yasmin-J-Hunwick :-

"ramainya yg inbox jangan deactive page ni. hmm.. btw, bg yg nak membeli, peluang masih ada, last bleh bank in adalah 8hb.. sy masih buka peluang untuk pembeli online sebab ada seorang dermawan dari selatan dan juga seorang pekedai buku dari timur nak borong semua novel yasmin yang berbaki untuk memudahkan dan membantu perjalanan sy serta memaksimakan sumbangan ke syria 20 disember ini"

Semoga perjalanan beliau dipermudahkan....

Dan semoga segala urusan adik Yasmin juga di permudahkan....

Al-Fatihah.

Sinopsis Love Yasmin (dari novel) :-

Mengisahkan kehidupan seorang gadis yang istimewa bernama Yasmin Binti Johan atau nama penanya Yasmin J Hunwick, seorang blogger dan juga pemain piano berasal dari Langkawi, Kedah.

Puteri sulung Encik Johan Eusoffe Abdullah dan Puan Sazlina Shahriman Shah ini telah pergi menyahut seruan Ilahi pada usia 17 tahun tanggal 3 Jun 2012 yang lalu akibat terlibat dalam satu kemalangan jalanraya bersama dua lagi rakannya.

Pemergian yang tak disangka pada usia yang terlalu muda membawa seribu duka kepada mereka yang mengenalinya. Kisah Yasmin mendapat perhatian ramai pihak dan menjadi pengajaran kepada insan masih hidup di dunia ini bahawa maut tak mengenali usia.

Semoga roh Yasmin dan rakan-rakannya dicucuri rahmat dan belas kasihan Allah.

 gambar dari blog beliau

Biodata Yasmin (diambil dari blog beliau)

22.2.1995 - 3.6.2012

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Twitter : @yasminhunwick
Tumblr : themeanofmien.tumblr.com
Blog : http://misschronicz.blogspot.com/ -



Note : Pheww..... Seminggu aku draft post ni.  









No comments:

Post a Comment