Tuesday, December 10, 2013

Bengang

Aloha....

Saper bengang?!!

Bukan aku.....

Sekarang ni kan musim hujan je.... Boleh kata seminggu dua ni memang hujan jelah. Kalau tak hujan, mendung. Matahari seakan malu2 nak keluar....

Makanya, kain baju kotor pun bertingkek-tingkek lah kaedahnya.....

Mana taknya.... basuh tu anytime je. Letak je dalam mesin then kasi dia bereskan yang seterusnya. Tapi tempat menjemur lak takde.
 
Last Saturday, memang dah tak tau mana nak sidai. Baju2 oklah lagi boleh guna hanger. Tang cadar & tuala tu yang aku dah tak tau nak buat caner. Decide nak bawak kedai dobi self service nye tu. Tapi my laling kata buang masa tunggu. Basuh 1/2 jam, kering 1/2 jam. Ok fine... aku kata basuh kat rumah then hantar gi keringkan. Jimat masa jimat duit sikit. Dia kata hantar jelah dobi depan tu. Amik nati siap lipat.

Yelah Seman oii..... Dulu masa aku cakap nak beli dryer, tamau. Beli dryer ni kalau duduk flat je kata dia.

Aku ni dah lama tak hantar baju gi dobi. Washing machine dah besar gedabak tu kalau malas lagi nak basuh, memang mintak kena jual baliklah. La ni, setakat 2 comferter tu aku sumbat je dalam machine tu. Karpet lembut tu pun aku pernah belasah basuh.

So kali ni yang aku hantar dobi tu, cadar + sarung bantal 3 set. Punyalah kan dah 2 kali tukar cadar pun, masih tak sempat2 nak basuh. Selimut 3 helai, towel 4 helai.

Berat jugak aku nak angkat, so pegi dengan my laling. 

Kat kedai tu, terang2 aku cakap ini cadar & towel. Tapi budak kedai tu sibuk berborak sama dia. Dia pun tak larat angkat, my laling angkatkan nak timbang. 

7kg.... then my laling mention lagi itu cadar.

Dia bukak bill, RM14. Siyes, aku memang tak tau charge dobi sekarang. 

Oklah... RM14 je.... then my laling nak bayar habis. Aku teringat lah pulak baju aku pernah hilang time hantar dobi long time ago, so aku kata bayar time ambik nati. Budak tu dah tulis 'paid' kat resit, dengan buat muka dia conteng balik 'paid' tu.

Pas tu aku tanya dia bila siap, dia kata Isnin. Sebab Isnin kan aku keje so aku tanya kedai tutup kul berapa. Dia kata macam biasa lah....

Aku jawap, 'saya tak tau biasa tu pukul berapa...' 

Kat situ pun dah napak dia buat muka bengang. Eh eh... bukannya aku yang patut bengang ke? Kamu bengang sangat sebab aku kacau kamu borak!? Sat gi aku blah, sambung lah balik!!!

Itu baru bengang dengan aku... 

Hari ni pegi ambik kain dobi tu. My laling je yang gi ambik. Dia bawak balik then tanya aku berapa ringgit kena dobi tu.

Eh... bukannya hari tu kata 14 hengget?

RM28..... tapi i bayar RM20 je.

Boleh pulak cenggitu....

Yelah... hari tu dah terang2 cakap ini cadar & towel. Dia boleh cakap ingatkan baju....

Amekau.... my laling kata dia tak nak bayar RM28. Dia nak bayar RM20 tu pun dah kira baik. Bukannya tak cakap kat dia kita hantar apa.


Tu lah kalau dah buat keje tak hormat pelanggan, so pelanggan pun tak akan kasi muka jugak.

Sure bengang budak tu. Mesti dia dah mark kitorang. Sorry lah dik... lepas ni kitorang tak hantar dah kat situ. Kitorang akan gi self services nya itupun kalau terpaksa. Kalau tak pun, I hantar je kat rumah ibu mertuaku... Siap lipat jugak.....




 
 
 

No comments:

Post a Comment