Sunday, June 7, 2015

Kisah budak-budak

Aloha...

Semalam balik kampung. So, ai is busy...

Adik aku pun balik so my laling princess ada lah kawan sebab kazen dia Feya 5thn & Dina 1thn ada.

Kali ni balik mlp memang tak duk senyap dalam kereta. Jalan jem... mulanya molek je dia duduk kat seat dia. Tapi bila abang dah mula main aumm chak dengan dia, hati mana boleh tahan. Meronta2 nak turun. Konsep 'buat tak tau' or 'jangan layan' tak boleh digunapakai lagi.





Berpiknik lah dia kat situ.

Tapi adegan tak berakhir di situ....



Dia tau mummy dia tak dapat kejar dengan kaki berbalut...

Nasib baik jalan jem so kereta gerak below 20km/j.

Tapi dah dekat sampai, kecundang jugak dia.


Kat kampung, cuaca panas. Ekon kat ruang depan rosaklah pulak time2 macam ni. Bebudak 3 orang tu lah yang macam cacing kepanasan. 

Apalagi.....



Ni 1st time mlp mandi kolam. Dia memang suka mandi. Suka air. 

Mula2 nampak lah dia excited. Lama2 agaknya dah budak 2 orang tu agak agresif, air asyik kena muka dia je, mulalah sesak.

Abang jugak yang kena selamatkan adik.

Abang angkat dia. Pas tu abang pegang adik dia atas budak berdua tu. Menitik2 air atas budak2 tu. Aku takut mlp ter 'wee wee' je atas budak2 tu. 

Bila my laling bising, my laling jr leh cakap.....

"nak balas dendam....."

Ooooo..... Rupa2nya dia nak balas dendam kat 2 orang budak tu sebab buat adik dia.

Itu lah gunanya ada abang.....

Walaupun dengan budak kecik tapi demi adik, abang tetap balas.








Friday, June 5, 2015

Check up

Aloha...

Hari Jumaat sudah.

Baru balik check up. Alhamdulillah semuanya ok.

Aku gi check up kat KPJ Selangor Specialist Hospital Shah Alam.

:http://www.kpjselangor.kpjhealth.com.my/consultant-directory.php

Semuanya berjalan lancar dan cepat. Tak dinafikan servis sini memang memuaskan lah. Dari dulu time pregnant buat monthly... bukan monthly, weekly check up kat sini memang tak pernah ada masalah lah. Kadang2 je doc nye yang lambat. 

Kali ni check dengan doktor orthopedik, Dr. Ip Wai Mun. Baik je doctor nya. 

Staff pun ok. Dari mula sampai depan lobi hospital memang dorang sambut. Sementara my laling gi park keter, staff situ yang bawakkan pegi klinik dan registerkan sekali. Senang kerja.

Dulu masa pregnant pun macam tu. Keluar keter dah sedia wheelchair, derang tolak je sampai klinik.

Masa my laling princess warded dulu pun aku dalam pantang, derang jugak yang tolak wheelchair sampai ward.

So far banyak2 hospital (swasta) yang aku dah pergi, KPJ ni memang antara yang terbaik. Parking pun senang & banyak. Sekarang ni tengah buat renovation, untuk upgrade lagi.

Selain KPJ, hospital lain yang aku pernah pegi....

Gleneagles - Doctor best, staff ok, nurse pun baik. Aku pernah warded buat operation kat situ. Lepas operation tak boleh bangun, pernah nurse lambat datang nak lap badan. Lepas tu derang punya minta maaf sampai nurse punya chief pun datang say sorry. Hal kecik je pun. Nurse tu lambat pun sebab dia tengok ramai visitors time tu.

Kg Baru Medical Centre / Al-Islam Medical Centre - doc & nurse baik, aku suka. Servis kureng skit. Parking lagi menyampah.

Putra Medical Centre - tak pernah jumpa specialist. Nurse ok. Cuma tempat kecik lah skit. 

Pusrawi - Servis hancus... Suh patient jalan kehulu kehilir bwk file masa nak register. Dah lah time tak larat, suruh pegi sana sini. Nurse pun sama. Duduk borak main tunjuk2 je bilik mana nak kena pegi. Kena cari sendiri bilik nak timbang. Masuk bilik tengok scale manual tu. Saper reti!!! 5 min tunggu nurse datang. Doctor lagi aku bengang (doc yg aku jumpa lah). Time tu aku pregnant. Bila check, doc kata baby dah takde. For sure lah kita nangis.... Part ni yang menyakitkan hati.... "Nak nangis buat apa.... Dah takde...". Time ni sumpah aku nak terajang muka doctor tu. Lepas tu memang aku pangkah sejuta kali Pusrawi ni.

Aku rasa hospital kerajaan pun tak seteruk ini layanannya. Yes aku pernah masuk hospital besar kl tu, tak seteruk yang kita dengar. Cuma lambat sebab terlalu ramai. Itu kita kena faham. Tempat free memang selalu ramai.

Bagi aku, selagi mampu aku akan pilih tempat yang senang dan tak menyakitkan hati. Lainlah kalau kita tak ada pilihan....

Memang caj KPJ ni mahal sikit. Rasanya sumer hospital swasta caj memang agak mahal tapi biar kenalah dengan servis. Sama je caj Pusrawi tu tapi....... 



Wednesday, June 3, 2015

Moment

Aloha...

Mereka....sangat indah.
Mereka....sangat sempurna.
Mereka....saling melengkapi.
Mereka....kasih abadi.
Mereka....jiwa kami.



Tuesday, June 2, 2015

Adik & Abam

Aloha....

Ni my laling jr ada kat rumah. Cuti 2 minggu. 

Tak plan pi mana2 pun. My laling ada sound ajak gi kuantan esok. Aku & mlj buat derk je. Malas nak respon.... 

My laling princess ni since abam dia ada kat rumah, memang tiap malam bajet tido lambat sokmo. Banyak skill nak tunjuk kat abam.

Nak tunjuk dia dah boleh merangkak, berdiri, jadi komando, kuak lentang (jatuh terlentang), terjun tiruk.... complete lah.

Abam geleng kepala.... 

Dah pandai panggil abang kalau abang kat atas. Sumer orang pun dia panggil "uh uh uh.... " sambil lonjak kan badan. 

Baik dedi dia ke, macam tu lah dia panggil.

Tapi aku notis since abam balik ni, dia tak boleh kena sikit. Nak nak kalau depan abam. Kena sikit je dah buat muka nak cry. Pandang muka abam.....

So..... gugirl.....

Abam haipp skit pun tak boleh. Kena kusyen pun cebik... So not her. Kalau dulu jatuh pun bangun, panjat balik. 

Ingatkan bila mlj balik dia tak nak dengan abam dia. Maklumlah, abam balik pun sebulan sekali. 

Tapi... yelah... Kasih abang & adik memang tak boleh pisah.

Once abam masuk je kereta, dia dah sengih. 

Kat rumah kalau dia tengah leka main, abam tegur je dia datang kat abam.



Cuma abam je tak berapa reti lagi nak main dengan adik. 

Apatah lagi nak jaga adik dia.... 

Monday, June 1, 2015

Monday blues

Aloha....

Monday blues lah sangat...

Duk rumah pun ada Monday blues jugak. Sebab rasa malas je nak buat apa2. Nak menghapdet blog pun macam takde idea.

Malas2 pun kena jgk masak sebab my laling jr ada. Masak pun simple2 je. Aku sedia bahan, suruh dia yang masuk dalam kuali periuk. Tumis2 dan goreng2 je.

Sambil2 makan, borak2 anak beranak.

Pagi tadi ingat nak buat nasik goreng je balance nasik malam tadi. 

Cari punya cari nasik tu rupanya mlj pi letak dalam peti ais. Letak kat freezer...
(#bunyikcengkerik)
Aku pun taktau macamana dia boleh pikir nak letak kat situ. 

Makanya... buang je lah sebab dah keras. 

Oh ya... tadi my laling kol dari ofis ajak gi holiday. 

Bila? Rabu ni...
Mana? Kuantan...

Ok... I nak pikir dulu 84 kali. 







Sunday, May 31, 2015

Santai

Aloha...

Hari ni Ahad... Tapi ada aku kesah esok hari Isnin???

Itulah penangan MC sebulan ye kawan2...

Kononnya... (kononnya), untuk mengisi masa lapang selama sebulan ni, gedik2 cabar diri sendiri nak hapdet 1 hari 1 entry.  Almaklumlah kan, kaki je tak boleh melasak. Tangan ok je. Apatah lagi mulut dan perut....

Tapi kensellah 1 hari 1 entry. Entry tu boleh buat masa ada waktu terluang je. Sabtu Ahad agak penuh sikit agenda. 

Ok... Hari ni je ada sikit masa. My laling tido, mylaling jr tido & my laling princess tido.

Oh ya... Semalam ambik mlj kat kuantan.  Budak2 F5 balik lambat sikit instead hari Khamis. So semalam habis kelas bas antar budak2 Marang, Dungun, Paka, Kemaman & last Kuantan.

Ingat hati nak plan cuti2 ke Kuantan since bas mlj akan sampai malam. 

Tapi... baru buat plan, tengah survey2 hotel dah ml ada hal pulak. So takleh stay sana. Kena balik jugak malam tu.

Bila kat sana tengah nunggu bas mlj sampai, mlp dah mula meragam. Rimas kot duk dalam kereta. 

Bila anak dara tu dah tak duk senyap barulah dedi dia suh cari hotel jam tu jugak. 

Dah kul 10pm dah.... Gigih google hotel sana sini sekitar Kuantan. Sumer number  aku kol. FULL HOUSE.....

Kawan aku kasi few hotels pun, aku kol. PENUH....

Pas tu ml lak menapak asal nampak je hotel, masuk tanya... (yg ala2 rumah tumpangan ah kau tu tak tergamak lah nak tanya).TAKDAK KOSONG....

Haihh... Ni nama takde keje cari keje. 

Last2 bila mlj sampai je, baliklah... Tak larat dah nak cari.

Dengan kereta ada nyamuk lagi. Sebab masa nunggu kat stadium tu bukak tingkap. Time tu menderu2 lah nyamuk masuk agaknya.

Memang semalam punya trip sangat2 hancussss... Bukan tak pernah pun buat keje gini. Pegi balik or main redah cari hotel but this time memang menguji.

Sampai rumah kul 2 pagi td. Driver pengsan sampai kul 8 pagi.





Friday, May 29, 2015

Kawan yang sewel adalah kawan yang best

Aloha....

Nak carik remote astro dah 1 hal. Dah jumpa, takleh on pulak guna remote nih. Dencut2 kena gi on kat decoder.

Nak tgk 103 kena tekan 111 sebab 0 takleh guna. Pas tu tekan down down down.... Hampeh takdok citer best.

Tekan lak 711... Down down down sampai 701. Pun sama.....

Sadis sungguh. Very ppfffttttt &$£€#%!!!!

Sib baik ada sorang mamat sewel nih....


Sumpah... watak2 dalam ini dialog tidak ada kena mengena dengan yang idup atau yang mati. Kalau ada, hanya kebetulan.

Macamana aku leh ambik dia jadik kawan aku pun tatau.

Tapi yang penting.... kawan dengan dia memang best.

Sewel tahap abih idea nak layan.

Ok malas nak puji melambung. Orang sewel tak boleh puji2 sangat.