Friday, June 5, 2015

Check up

Aloha...

Hari Jumaat sudah.

Baru balik check up. Alhamdulillah semuanya ok.

Aku gi check up kat KPJ Selangor Specialist Hospital Shah Alam.

:http://www.kpjselangor.kpjhealth.com.my/consultant-directory.php

Semuanya berjalan lancar dan cepat. Tak dinafikan servis sini memang memuaskan lah. Dari dulu time pregnant buat monthly... bukan monthly, weekly check up kat sini memang tak pernah ada masalah lah. Kadang2 je doc nye yang lambat. 

Kali ni check dengan doktor orthopedik, Dr. Ip Wai Mun. Baik je doctor nya. 

Staff pun ok. Dari mula sampai depan lobi hospital memang dorang sambut. Sementara my laling gi park keter, staff situ yang bawakkan pegi klinik dan registerkan sekali. Senang kerja.

Dulu masa pregnant pun macam tu. Keluar keter dah sedia wheelchair, derang tolak je sampai klinik.

Masa my laling princess warded dulu pun aku dalam pantang, derang jugak yang tolak wheelchair sampai ward.

So far banyak2 hospital (swasta) yang aku dah pergi, KPJ ni memang antara yang terbaik. Parking pun senang & banyak. Sekarang ni tengah buat renovation, untuk upgrade lagi.

Selain KPJ, hospital lain yang aku pernah pegi....

Gleneagles - Doctor best, staff ok, nurse pun baik. Aku pernah warded buat operation kat situ. Lepas operation tak boleh bangun, pernah nurse lambat datang nak lap badan. Lepas tu derang punya minta maaf sampai nurse punya chief pun datang say sorry. Hal kecik je pun. Nurse tu lambat pun sebab dia tengok ramai visitors time tu.

Kg Baru Medical Centre / Al-Islam Medical Centre - doc & nurse baik, aku suka. Servis kureng skit. Parking lagi menyampah.

Putra Medical Centre - tak pernah jumpa specialist. Nurse ok. Cuma tempat kecik lah skit. 

Pusrawi - Servis hancus... Suh patient jalan kehulu kehilir bwk file masa nak register. Dah lah time tak larat, suruh pegi sana sini. Nurse pun sama. Duduk borak main tunjuk2 je bilik mana nak kena pegi. Kena cari sendiri bilik nak timbang. Masuk bilik tengok scale manual tu. Saper reti!!! 5 min tunggu nurse datang. Doctor lagi aku bengang (doc yg aku jumpa lah). Time tu aku pregnant. Bila check, doc kata baby dah takde. For sure lah kita nangis.... Part ni yang menyakitkan hati.... "Nak nangis buat apa.... Dah takde...". Time ni sumpah aku nak terajang muka doctor tu. Lepas tu memang aku pangkah sejuta kali Pusrawi ni.

Aku rasa hospital kerajaan pun tak seteruk ini layanannya. Yes aku pernah masuk hospital besar kl tu, tak seteruk yang kita dengar. Cuma lambat sebab terlalu ramai. Itu kita kena faham. Tempat free memang selalu ramai.

Bagi aku, selagi mampu aku akan pilih tempat yang senang dan tak menyakitkan hati. Lainlah kalau kita tak ada pilihan....

Memang caj KPJ ni mahal sikit. Rasanya sumer hospital swasta caj memang agak mahal tapi biar kenalah dengan servis. Sama je caj Pusrawi tu tapi....... 



No comments:

Post a Comment