Sunday, June 14, 2015

Abam balik vs adik jalan2

Aloha...

Semalam my laling jr dah balik. Hari ni dah rasa rindu. Pagi tadi adik dah pandang atas, panggil abam.

Mlj cuti this time memang puas lah dapat spend time dengan dia. Selalu kalau dia cuti, aku keje. Sian dia duk rumah. Makan pun kalau sempat aku masak siap2. Kalau tak pagi dedi dia tapau je lauk nasik lemak.

Kali ni aku masih mc lagi, memang tiap hari lah masak. Tanya je dia nak makan apa. Gemok lah makan aje. Dengan aku sekali terlibat sekali dengan aktiviti bina badan...

Adik pun puas dapat main dengan abam.

Semalam dah balik. Flight kul 3.30pm. Kebetulan ada kawan dari Kelantan datang, dengan derang2 sekali antar mlj. Terasa macam nak antar gi oversea pulak.


Selalu dropkan aje mlj kat airport tapi this time beramai2 turun. Tu yang buat makin sayu time nak babai dia. Rasa sebak tengok adik babai abam dia sampai tak nampak.

Lepas gi airport, bawak pulak fren tadi round2. 

Tatau nak bawak mana... Dulu kami gi Kota Bharu, puas derang bawak round Kelantan. Sini nak round mana?

Plannya derang nak balik semalam jugak sebab dah seminggu kat KL. Tapi baru ni kami dapat jumpa dia. So tak boleh lah nak bawak round lama2. 

Last2 bawak gi Kuala Selangor. Ingat nak makan cendol je... 

Tapi sebab dia pun tak pernah lepas ke sana, bawak gi Bukit Malawati dulu.

Aku pun dah masuk belas tahun tak naik sana. 

Nak naik bukit tu kita boleh jalan kaki atau naik tram. Dah tentu2 lah aku nak naik tram. Giler aku nak panjat bukit.... So not me....

Tambang tram tu RM5 + gst. Tak sure tiket budak berapa sebab kawan aku tu yang belikan. Tuan rumah tak perasan tetamu dah beratur beli tiket.. Hihihi... Tapi kalau nak murah sikit beli lepas kul 5 ptg - RM3.



Nak naik tram tu tak yah rebut2. Kalau ramai sangat, tunggu je next tram. Rasanya ada 2 tram. 

Masa kitorang naik, sampai atas patutnya turun lah. Tapi kitorang duduk je sampai tram tu turun balik. Sampai bawah, kitorang tak turun. Masa orang tengok tiket cakaplah tadi tak turun kat atas so naik balik. Baru lah worth it bayar RM5. Round 2 kali... Ngeh ngeh ngeh....

Kat atas ada macam2 yang boleh tengok. Tapi kami hanya masuk Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor je. Kaki aku tak mengizinkan nak jalan banyak. Banyak bende berkaitan sejarah atas sana. 



Dah habis round muzium, lepak sat tengok monyet, amik gambar... turun balik.





On the way sempat jugak singgah Cendol Bakar yang ada drive thru tu. Dapat pekena cendol (mintak cendol derian, dah abis), pisang goreng cheese meleleh & char kue teow. 



Yang aku nampak kat situ ada gerai keropok, ayam madu (tak bukak semalam), nasi ayam, rojak, tahu bakar & macam2 lagi kot. 

Masa lalu kul 4pm tu memang jem. Q kereta yang drive in buat jem sampai kat jalan. Time kitorang sampai dah kul 6 lebih, masih ramai yang lepak tapi adalah tempat duduk. 

Cuma, lepas kitorang beli cendol, kaunter cendol pun tutup. Tak dapat nak refill (katanya leh refill - tak sure). Tutup sebab dah abis atau memang time tu dia tutup tak tau lah. (lansung tak berinfomative blog aku nih... Hihihihi...)

Kami balik dah maghrib... Kawan tadi tu kononnya nak balik jugak malam tu, telah dapat kami hasut supaya stay 1 malam kat sini.

Setakat ini je lah kami dapat balas jasa derang masa kami kat sana. 

Gambai ai separuh sebab ai is shy2 cat... (nak kaver dabelchin sebenar2nya)


No comments:

Post a Comment