Sunday, June 7, 2015

Rabun

Aloha...

Aku rabun. My laling rabun. My laling jr rabun.

Ada kemungkinan tak my laling princess turut akan rabun?

Mintak jauh.... 

Payah sebenarnya rabun ni. Macam aku yang jenis tak boleh pakai spec lama2. Nati mulalah sakit belakang telinga, pening. Nak pakai contact lens pun malas. Makanya, derita je lah dengan kerabunan ni.

Setakat nak membaca, boleh lagi. Nak tengok tv tanpa subtitle kat bawah tu pun boleh lagi. Nak drive tu yang aku tak konfiden. Lagi2 drive malam hari or dalam hujan....

Lagi satu, kalau serempak dengan aku kat mana2, kalau aku tak balas senyum or sengih uols, tolong jangan ambik ati. Bukan sombong, tapi rabun.

Aku rabun sejak sekolah menengah. Banyak membaca agaknya. Maklum lah, tak pandai so kena lah usaha lebih. Tu pun tak pandai2 lagi. 

My laling rabun time dah kerja. 

My laling jr rabun sejak belum sekolah. Tapi bila masuk tadika 5thn baru konfem rabunnya sebab cikgu cakap dia tak boleh nampak white board.

Bila pegi check specialist, doc kata dia rabun since baby. 

Ooooo..... Patutlah masa kecik dia selalu baca buku dekat sangat. Kalau tengok tv pun dekat2. Kita ni pun marah lah kononnya takut mata rosak. Dah memang budak tu rabun. 

Pikir2 balik, kesian pulak. Agaknya selama tu tengok alam sekitar blur2 je...

Ok... Masuk bab tengok tv dekat2 ni, anak uols macamana?

Tak semestinya lah dorang tengok dekat2 ni sebab rabun mcm mlj.

Kadang2 kita marah bukan sebab takut rabun je tapi sebab dia block kite nak tengok tv. Betul tak??

Sebab tu bila kita marah dia macam....

"dah kenapa orang tua ni nak marah tak tentu pasal...."

Sebenarnya :-

(Artikel ni perkongsian dari Dr Rozanizam Zakaria yang aku copy paste dari siakapkeli.my)

Apa yang perlu ibu bapa tahu adalah perbuatan anak-anak kecil ini sesuatu yang normal secara psikologinya. Maka tiada sebab untuk ibu bapa marah atau mengamuk tak tentu pasal.

Perkongsian dari Dr Rozanizam Zakaria, seorang pakar psikologi melalui Facebooknya menyatakan perbuatan tersebut dikenali sebagai 'Egocentrism', fasa di mana kanak-kanak sedang memahami dunia sekeliling mereka mengikut tahap.

"Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah ‘centre of the universe’. Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.

"Pada pandangan kanak-kanak, ‘kalau saya nampak, orang lain mesti nampak juga!’ (Sebab tu saya duduk depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)

"Egocentrism tidak sama dengan sifat ‘selfish’, ia hanya antara fasa pembentukan ‘personal view’. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa," kata Dr Rozanizam.


Dalam fasa pembesaran ini, ibu bapa disarankan untuk tidak menegur atau memarahi anak-anak kecil mereka secara sembarangan. Sebarang tindakan perlu diambil dan diukur mengikut perkembangan usia mereka.

Dr Rozanizam juga menambah tahap kematangan emosi berdasarkan faktor kognitif dan sosial tidak sama di kala usia yang berbeza.

"SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya. Ada fasanya yang perlu difahami oleh ibubapa," katanya lagi. -Siakapkeli.my

Haaaa..... begitulah kisahnya.

Banyak bende yang kita sebagai orang dewasa ni tak tau pasal kanak2. 

Kanak2 ni ibarat..... penuh dengan misteri.

Mereka bukan degil tapi mereka ada pemahaman mereka sendiri. 

Just biasakan dia dengan pendirian mereka. Bagi aku dah tiba masanya kita especially orang melayu untuk ajar anak2 kita untuk ada pendirian sendiri selagi tidak memudaratkan & tidak menyimpang akidahnya & tidak kurang ajar.

Tak salah kalau mereka menjawap kalau itu yang benar. Tak betul, kita terangkan hingga dia paham.

Ajar dia, setiap apa dia nak jawab, kena ada fakta. Ajar dia jadi berani. 

Mungkin sebab ni lah aku & mlj selalu gaduh...

Tapi biasa lah.... Mak mesti menang punya. Ahaks.....







No comments:

Post a Comment