Thursday, December 30, 2010

Countdown

Aloha....



Men'countdown' tahun baru tanpa Mr Lappy..??!! Mcmana nak hapdet blog tanpa dia?

Wahai sang pomen, bolehkah my Mr Lappy dibaikpulih sebelum munculnya tahun 2011?

Atau....

Perlukah aku beli yg baru sempena tahun 2011? (Terpikir nak ajak darling exchange gift sempena new year. Aku kasi dia..... T-shirt dan dia kasi aku laptop. Ok kan??)

Kalaulah ditakdirkan Mr Lappy aku tidak dapat disettlekan sehingga esok, so aku ambik kesempatan guna segala kemudahan di office ini (yg tersangatlah limited nya) untuk men'countdown' tahun 2011.....



HAPPY NEW YEAR.........

Note : Tadi dah makan2, tukar2 present dah yg paling penting...ESOK CUTI.... YEAHAA!!!

Saturday, December 25, 2010

Shopaholic balik kampung....

Aloha....

Penama di atas bukan ditujukan untuk aku walaupun aku layak mendapat gelaran itu. Tapi, gelaran itu khas untuk...... (insan di bawah ini).



Harap maaf... Gambar tidak dpt di tepek atas sebab2 teknikal. So, pinjam sat gambar John Doe ni.


Insan ini telah mengulangi tabiat atau perangai nye semasa di Bandung. Kejadian ini berlaku semasa kami bercuti ke utara. Kononnya nak balik kampung dia lah.

Rupa2nya ada udang disebalik rojak.....

Bila aku dengar plan dia, aku yg excited lebey. Apa tak nye. Shopping di Padang Besar?? Tempat yg belum pernah aku jejak.

18/12/2010 - Sabtu

Perjalanan kami dimulakan dgn ini....



Ye lah, kalau takder bende ni mcmana nak jalan...

Dan dengan mengenyangkan perut dua org anak raja ini....




Yeahaa!!!! Kami ke utara. Balik kampung oooo balik kampung..... (kampung darling lah)
Kampung di Kodiang tapi sebelum tu kami meronda dulu 1 Kedah. Mula2 ke Kuala Kedah. Pas tu ke Alor Star. Then baru ke Kodiang. Malam ni kami stay kat sini.



Kat sini boleh pilih je nak bilik mana. Ada 13 bilik dgn 5 org penghuni.



Bergambar dgn mak, atok & mak jang.


19/12/2010 - Ahad

Pagi2 lagi kami bertolak ke Padang Besar. Tempat ni lah yg buat org2 di bawah ini lupa diri.



Gambar akan di tepek kemudian....

Ekceli agenda kami balik kampung untuk pergi kenduri kat Alor Star. Tapi bila Padang Besar dimasukkan dalam senarai perjalanan kami, terus kenduri tu jadi agenda no 2.




Nasib baik tak bawak passport, if not dah ke sempadan dah.....






Permandangan yang menyejukkan mata memandang.... (Hujan, mestilah sejuk)

Darling aku telah memborong jersey2 fav team dia. Disebabkan harganya separuh dari harga yg dia selalu beli, maka jersey bukan team fav pun di sambar sama. Aku? tumpang lah sekaki......



Harap maaf sekali lagi kerana tidak dpt menepek gambar yg sepatutnya.


Darling jr kurang berminat utk bershopping kat tempat2 macam ni.... Dan, thank God wujudnya PSP. So, aku (or daddy dia) bolehlah bershopping dgn amannya....







Selepas puas bershopping, barulah teringat tujuan asal kami balik ke sana. Adalah untuk ke kenduri... Yo lah tu....

Dari Padang Besar kami bertolak ke Tawar. Klu x silap perjalanan 2-3 jam jugak. Sebabnya kami sampai kat rumah kenduri tu kul 4 ptg. Sampai2 je, tgk bekas buffet semua sudah terlangkup.. Alamak!! lauk sudah habis kah? Ya betol... Lauk2 & nasik catering semua sudah habis. Tapi adat bergotong royong kan, dorang kat sana masak lagi untuk tetamu yg lambat datang (seperti kami). Tapi tak salah kami, jemputan hingga kul 6 ptg hoccay.....

Selepas kenduri kami terus ke Alor Star. Kami stay kat Sri Malaysia. Kat sini jugak kamera aku hilang...... tapi jumpa jugak keesokkan hari nya. Terima kasih staff Sri Malaysia yg tolong simpankan kamera aku.

20/12/2010 - Isnin

Pagi2 lagi kami ke Pekan Rabu. Saje jalan2 & nak beli2.

Agenda seterusnya, Ke Gunung Jerai.....

Tempat yg sangat cantik..... Tapi gambar nye tidak dapat di tepek kerana sehingga hari ini laptop aku masih lagi di godek oleh sang pomen. Nak upload kat office tersangatlah tidak ada masanye.

Sekian lah percutian kami untuk penhujung 2010.


Note : Semalam Malaysia menang piala AFF. So, esok coti..........

Friday, December 24, 2010

Happy brithday Darling

Aloha...

Hari ni birthday darling jr. Dah besar anak bujang aku. Dah buat ic pun. So confirm dah jadi rakyat Malaysia.

Seperti biasa, my darling cuti menghabiskan masa bersama anak bujang. Father & son day out. Dan aku, bekerja seperti biasa...

Seperti biasa juga, dia dapat hadiah yg melimpah ruah dari daddy dia, uncle & aunty dia. Dari aku?... Share aku masuk dlm daddy dia nye present lah.... Eh, aku ada beli kan bag sekolah Adidas hari tu. Bukan yg murah2 tau. After discount 20% dapatlah RM130.00. Tu boleh di jadikan present birthday lah.

Hari ni, tak tau lah apa plan dia dgn daddy dia... Jalan2? Makan2? Tgk movie? Suka hati dorang lah.......

Note : Ada sikit jeleslah bila dia dpt henpon yg memory nye lebih besar dr aku nye henpon. Camera nye MP pun lg besar dr aku. Kecanggihan nye pun boleh tahan. Aku nye guna keypad, dia punya guna touch screen.

Thursday, December 16, 2010

December 2010

Aloha....

Alamak.... December sudah.
Takkan sepanjang 16 hari December ni takde 1 cerita pun nak post kat sini?
Ada memang ada tapi..............
Nak nak pulak baru baik demam. Busy dgn Tesh lagi.
Nanti lah, seperti biasa akan ku combine kan segala cerita untuk tahun 2010 di penghujung tahun.
Bubbye......

Note : Nak tido..........

Monday, November 29, 2010

Kebebasan yg telah hilang

Aduhai....

Itu pun mau di sekat. Itu pun mau di blocked. Kedekut.....

Tiada lagi kebebasan. Tiada lagi keceriaan. Semuanya telah ditarik balik.

Buat sahabat2 chatting ku..... Aku tidak lagi mampu berchatting dengan kamu. Ini semua gara2 ini kompeni bukan bapak aku punya. Ruangan untuk kita berchatting baik di YM & Gmail chat sudah tidak boleh ditembusi lagi. Begitu juga di FB chat. Tapi aku rasa aku bisa menembusi tembok untuk berchatting di FB... Tunggu ya, aku cuba. Yang lain, aku mintak maaf. Tembok nya begitu kukuh & angkuh sekali.

Dalam pada itu aku masih bernasib baik kerana Gmail, FB & blog masih boleh beroperasi seperti biasa (buat masa ini). Harap2 tidak akan disekat sama.

Note : Walau aku curi2 masa, tapi kerja aku masih tip top di atas penilaian boss aku hoccay.....

Monday, November 22, 2010

Silent Reader

Aloha....

Aku notice semenjak dua menjak ada saja viewer from Bandung Indonesia... Tapi siapa ya?

Mungkin si dia boleh perkenalkan dirinya...

Teringin bangat mau kenal sama kamu....

Note : Kapan lagi aku mau sampai ke sana??!!

Thursday, November 18, 2010

Kisah Barthez

Aloha....

Semalam:-
Barthez digigit makhluk berwarna hitam tompok oren ketika bersiar2 di belakang rumah. Nasib baik tidak menjadi korban di hari raya korban.

Hari ini:-
Barthez di terkurungkan oleh abg nya di dalam rumah gara2 abg terlupa bawak kunci bila nak keluar... Nasib baik McGyver dapat blk kejap. Dan seperti biasa, Barthez tidak menjawap telefon atau panggilan abg dari luar rumah.


Note : Tapi, siapakah Barthez dlm ini cerita??>