Friday, March 14, 2014

Anniversary

Aloha....


Saje gatal2 nak cerita pasal anniversary.

7/3/2014 hari tu anniversary aku. Dah semestinya lah dengan my soulmate, setilam sebantal....
Tapi, biasalah kan kalau dah banyak tahun nak kena kira, sambutan pun ala2 je lah... Itupun nasib baik ingat.

Aku memang ingat lah, dia tak tentu punya.....

Yang buat dia ingat bila anak bujang dia kol kul 12 tgh malam wish happy anniversary kat dedi dia. Tapi esok dia lupa balik.....

Hari tu hari Jumaat. Seperti biasa balik keje je soalan dia.... nak makan apa malam ni.

Haihhh... sejak2 tinggal berdua ni memang itu masalahnya. Selalu buntu nak makan apa. Kalau dah sampai area rumah, memang sorilah aku nak makan nasik. Tak tau kenapa, tapi memang macam tu. Takde apa yang kena dengan selera. Tapi kalau luar kawasan, belasah apa saje......

Berbalik pada soalan dia tadi, pikir punya pikir punya pikir....... Jom makan seafood. I nak makan kerang bakar. Dah lama cari.....

My laling, bab nak kasi aku makan dia ok je.... Janji aku makan. Bila aku kata tak tau nak makan apa tu yang buat dia pening kepala.

So, geraklah kami ke Jeram Kuala Selangor. Situ je yang terdekat....

Sampai awal, memang takde orang. Meja pun boleh pilih kejap nak kat sana, kejap kat sini. Makan berdua, ambik meja untuk 6 orang. Well.....

Elok2 dah pilih lauk je, azan Maghrib. Just nice. Sambil tunggu lauk masak, gi solat dulu. Habis solat, lauk sampai. Cantek......

Hasil tangkapan hari tu :-

Pari - RM3.50 / 100gm (kalau tak silap lah) - ambik yang sedang, bakar sambal.
Ketam - RM4.50 / 100gm - ambik 2 ekor besar goreng kunyit je.
Kerang - RM6 / sebakul - bakar. Sambal kicap dia marbeles....
Kangkung goreng belacan
Telur dadar
Nasi putih 3 pinggan.
Air - tembikai, barli, teh o suam, air suam.

Total : RM48.50

Mulanya ambik jugak udang & sotong. Tapi teringat pulak makan berdua, so letak balik. Nasib baik jugaklah tak ambik sebab ambik yang atas tu pun dah seksa nak habiskan.

For me harga tu sangat2 berbaloi. Bajet2 kena dalam RM70-80.00. Sebab selalunya pegi reramai (10 - 12 org) kena dalam RM350-500.00. Tapi memang time tu amik main kilo2. Nak berebut....

Nampaknya, bakal di ulang lagi...... Tunggu my laling jr balik.

Note  : Weeeee...... tonite nak gerak jumpa my laling jr. Rinduuuuuuu.........








Sunday, March 9, 2014

Surat untuk Azim....

Assalamualaikum Azim....

Hari ini, waktu ini, 8 tahun lepas....

Azim ingat ibu lupa?.....

Mana mungkin ibu lupa.

Walau sedetik pun ibu takkan lupa......

Rasanya tak perlu tanya Azim macamana.... Semestinya Azim sihat disana.

Ibu, Ayah & Abang sihat2 aje... 

Oh ya, sebelum ibu lupa.... Abang sekarang sudah mula belajar hidup berdikari. Alhamdulillah, Azim dikurniakan abang yang bijak dan Insyaallah akan menjaga ibu & ayah kemudian hari nanti.

Tahun lepas ibu ada cerita pasal abang ada big exam kan? Syukur dengan rezeki yang Allah beri dan usaha dia sendiri, abang dapat result yang sangat2 cemerlang. Dengan itu, abang dapat offer ke sekolah asrama penuh.

Maka bermulalah tahun ni abang hidup jauh dari kita.

Sekarang ni ibu & ayah tinggal berdua... teringatkan Azim & abang.

Bukan setakat rezeki abang je tahun ni, rezeki keluarga kita ibarat berganda2.... Selepas satu satu rezeki yang sangat indah kami terima. Berkat doa Azim.....

Adik.....

Mungkin sekarang ibu jarang2 dapat menjengok adik tapi tak bermakna ibu lupa. Tak bermakna ayah alpa.

Sayang.....

Satu hari kita akan bertemu. Masa itu sudah ditentu, cuma kita yang tak tahu. Tapi itu adalah pasti.

Ibu pinta, bila sampainya hari itu, tolong jangan berpaling dari ibu. Ibu pinta agar ditunaikan janji2 bahawa seorang anak akan mencari ibunya disana.... Janji dengan ibu....

Maaf sayang, ibu tidak mampu lagi meneruskan surat ini. Mungkin surat kali ini ringkas tapi terkandung doa yang tidak pernah putus buat anak ibu......

Salam sayang dari ibu, ayah & abang..... Doa kan kami.




Monday, February 10, 2014

No heart

Aloha...

Lately ni memang takde hati nak buat apa2 pun.

So.... tempat ini akan berhabuk buat seketika.

hati saya sudah tiada, so pinjam hati kat En Google.
 
 

 

Saturday, February 1, 2014

Tidak berjaya - MRSM

Aloha....

Bz...bz....bz.....

Memang 2-3 hari ni memang terpaksa menggagahkan diri untuk membuat persiapan anak raja lingam nak berangkat ke tempat baru.

Barang2 almost 95% dah beli. Tapi esok tetap ada lagi nak dibeli.

Hari ni sibuk bawak dia jumpa aunty & uncle dia belah aku. Esok belah dedi dia pulak. Sumer nak jumpa dia. Dan kebanyakkannya masih tak percaya dia nak pergi.

Malam awal pagi tadi masa tengah melayan mata takleh pejam sebab perut tengah kembang kempis rasa lain macam, terjumpa satu forum kata result MRSM dah keluar semalam.

Tau dah kalau dah dapat SBP, nama takkan ada dalam MRSM. Tapi dasar tak nak percaya cakap orang dan nak sedapkan hati sendiri, cuba jugak masuk link tu.



Walaupun frust, tapi dah dijangka.....

1st word yang keluar dari mulut mylaling jr, "kejamnya......."

Kenapa dia kata kejam?!

Yelah... tengoklah cara MRSM tu jawap. Togel je... Takde la macam SBP. Yang mana tak berjaya dapat SBP pun, masih dapat jawapan berhemah.

Yang buat lagi dia sedih, kawan2 dia masih tak dapat mana2 offer. Belum ada rezeki untuk intake ni kot.

Hari terakhir dia sekolah kat sini, semua cikgu2 pesan..... "Jangan balik sini semula....."

So..... ke Setiu lah kami minggu ni.

Semoga S.M. Sains Setiu akan jadi titik permulaan untuk dia mencapai apa yang diidamnya disamping bakal menjadi anak yang soleh. Insyaallah.....

Doa kami sentiasa mengiring setiap lakunya disana.

Wednesday, January 22, 2014

Cerita semasa - SM Sains Setiu

Aloha...
 
Macam dah lama bebeno tak lepak di sini..
 
iolss bz u..... bz melayan perasaan.
 
Citer terbaru?
 
Ni dia.........
 

Tu yang melayan perasaan sesangat2...

Mula2 dapat sms cakap mylaling jr berjaya untuk ke SBP. Untuk info lanjut, kena check online. So, bila aku check... Setiu!!... Setiu?? Aku, like.... What? Where? Sabah ke? Bengong aku datang balik.
Sampai kena google Setiu tu kat mana.

Dulu masa dia nak apply ke Terengganu, tak kasi... Cari yang ada nama Selangor2 je. Sekali dapat jugak sana.

Takpe lah, iols redha uols...

My laling kata....

"biar pi lah budak tu nak belajar... "

"I tak kisah, dia lelaki...."

"Pandai lah dia jaga diri..."

Banyak bunyi betol lah dedi dia nih...

Pada hakikatnya......

"Tiap bulan kita pegi tengok dia ye"

"U try survey tiket flight ke sana berapa?"

"Cer survey kalau nak sewa kereta kat sana berapa. Kita naik flight sampai KT kita sewa keter je"

"Nati free cari hotel dekat2 situ senang bila2 nak pegi..."

see.... sape yang over?

You, masa I survey sumer2 yang you suh survey tu, I jumpa iklan tanah nak dijual betul2 sebelah sekolah dia tu.. Nak beli tak?

And lagi satu, masa dapat tau anak dia kena hantar kesana, 1st thing yang dia buat, kol sekolah sini untuk tanya pasal tukar sekolah. Tapi rupanya dah terlambat. Kalau dia kol sebelum senarai nama keluar, rupa2nya pengetua sekolah ada kuota untuk ambik pelajar. Tapi kena interview...

Nak cakap aku over konon.... Atleast aku kuar air mata je... Takde lah segabra dia.

Walaupun mylaling jr nampak macam excited, tapi dia frust jugak sebab dia sebenarnya harapkan MRSM. Dan dia frust kawan2 dia yang lain tak dapat.

Apa2 hal aku kata... cuba lah dulu. Tak tahan, balik.....

Monday, January 13, 2014

Pisang goreng cheese


 
 
Aloha....
 
Semalam teringin makan bende2 manis. Bukan gula2... Kena pulak time teringin tu tertengoklah pulak Jalan2 Cari Makan..... Memang cari pasal lah kan. Lagi meroyan keteringinannya itu.
 
So makanya, gagah menggugel resepi.
 
My laling : You cari resepi apa tu?
Aku : Resepi goreng pisang.
My laling : ??!!!
 
Hihihi... pernah orang nak buat goreng pisang tengok resepi?
 
Sebenarnya, aku nak tau pisang apa yang sedap buat goreng pisang (konoooonnnnn....)
Nak tau pisang tu bentuk macamana, sebab aku tak kenal nama2 pisang ni. Aku tau ada pisang awak, montel, sematu.... tapi rupa macamana, aku tatau.
 
Makanya semalam sebelum maghrib, gigih 3 beranak mencari pisang untuk di goreng. Pusing punya pusing punya pusing..... nampak sangat rumah tu ceruk rantau. Pisang pun susah nak cari.
 
Last2 jumpa kat kedai depan tepi jalan... Ada lah few pisang tergantung tapi 1 pun tak nampak macam pisang yang boleh di goreng. Tapi, aku kan jenis belasah je....
 
My laling tanya kedai tu, ni pisang apa? Pisang emas....
 

 
Tada....... hasilnya.
 

 
 
 
Pisang yang telah digoreng, masa panas2 lagi tu, tabur gula dan cheese. Sepatutnya cheddar cheese yang diparut tapi aku ada cheese topping pizza with cheddar. Belasah jugak......
 

Thursday, January 9, 2014

Thankful

Always be thankful to ALLAH for all blessings. Good or bad, there's always a reason and it's always for the best...