Wednesday, October 27, 2010

Rumah berhantu??!!

Aloha....



Ini kalau ada sound effect, real ni..... Title pun dah berhantu.

Kisah nye.........
Masih ingat budak ini...?



Dan ini...?



Dan ini jugak....



Semuanya budak yang sama. Dulu, aku selalu kidnap budak ni. Rumah aku ibarat rumah ke-2 dia. Macam kucing2 dia jugak.



Tapi sekarang dia tidak mahu lagi datang. Katanya :-
"Mah ankoi ada antu. Char & tam."(Rumah uncle ada hantu. Besar & hitam).
Itu semua lepas dia mimpi/mengigau. Nangis2 dia kata rumah aku ada hantu....
(Ye ke??!!)

Tapi kalau ambik dia bwk jalan2, laju jer dia.

And now, junior pun dah takut nak duduk sorang2 kat rumah tu....


Mungkinkah hantu ini - 'Casper the friendly ghost'...


Note : Puh kiri... puh kanan....

Monday, October 25, 2010

Kerana mulut badan binasa...

Aduhai.....

Itu lah kamu MULUT, ikut sedap mulut jer bila mengeluarkan kata2 tanpa berdiscuss dgn si BADAN. Apalah nasib si badan....
Ooooo... kamu buat2 lupa ya. Mari sini aku remind kan balik apa yg dah kamu buat.

Hari Ahad jam tepat pukul 6 ptg. Masa tu kita dalam kereta, baru balik dari ambik junior yg dikidnapped 2 hari oleh mama nya. Dengan konfiden kau berkata2:-

"Hari ni nak buat karipap lah... Nanti you belikan kentang, serbuk kari & daging. Rasanya tepung pun dah nak habis. Beli sekali lah..."

Bila junior dengar jer terus berkata:- "Nak... nak... I'll help you to uli tepung."

Bila junior dah kata macam tu, bermakna takde chance lagi nak tarik balik kata-kata mu itu...

Bila barang2 dah tersedia, mula lah proses memotong kentang, menumis kari, hingga lah pukul 8pm. Ini adalah pembikinan karipap aku secara solo yang ke-2 seumur hidup. Yang pertama, 5-7 thn yang lalu.

Kesian badan... Dah lah tghari tadi memunggah kabinet kat apartment tu sbb ada org nak masuk hari ni. Yang kamu mulut, tau bercakap & makan jer...

Bila bahan2 inti dah siap, proses menguli tepung. Mula2 uli, tepung lembik. Tambah tepung lagi, tambah lagi, tambah lagi.... Akhirnya dapat doh yang diidam2kan. Gelek punya gelek. Then gulung. Gelek lagi, gulung lagi. Kononnya nak dapatkan lapis yg cantik. Tapi mcm ada yg x kena jer. Tepung lembik lagi. Lantak lah.. Dah 8 kali gelek & gulung (cut story short) masuklah proses meng'kelim' karipap(yg buat bunga2 tepi tu). Bab ni aku terer tanpa di nafikan.

Yang aku tak puas hati, kenapa lah tak nampak lapis pusing tu.. Aku dah gelek & gulung bnyk kali dah. Confirm, tepung tu terlembik. Penat tau.. Kesian kat tangan. Sakit hingga pagi ni.

Kamu tau mulut, kamu punya pasal, pukul berapa badan habis bekerja. Pukul 11 mlm tau. Junior yang menunggu karipap tu sampai tertidur. Proses nya mcm ambik order 200pcs. Padahal dapat 47pcs jer....

Adatlah kan, bukan selalu buat pun. Selalu buat dgn bonda. Bonda yg buat semua tu, aku cuma buat bunga tepi dia ajer. Laju lah.....

Jeng.. jeng... jeng....



Inilah hasilnya..... Ada berbagai size... S, M, L & XL. Ok lah kan. Still ada rupa karipap & bukan rupa donut.


Note : Gambar nye akan di upload kemudian ,bukti aku dah berjaya buat 47pcs karipap.

Monday, October 18, 2010

Bagan Lallang

Aloha...

Last Saturday ada makan besar kat Bagan Lallang. Biasalah, family gathering. Ada pulak orang nak sponsor...



Plan asal nak overnight kat sana. Dapat Sri Malaysia pun jadi lah. Tapi last minute, tak jadi lah pulak.

Takde apa pun nak cerita. Tempat yang jauh, tapi berbaloi sebab food nya boleh tahan sedap & murah. Sorry, sebab excited berborak, lupa nak snap gambar food. Alaa... siapa tak kenal mcmana rupa ikan siakap, sotong, lala, pepahat (ini mungkin ada yg tak kenal), pari & kembung. Total semua harga2 lauk kat atas ni (masak pelbagai cara) RM250. Wow!! Selalu klu kami sumer ni (seramai 15 org) pegi dinner mana2, tak kurang dari RM300 jugak. Tapi this time ok sangat2. Belum habis makan, dah buat plan untuk next session. But this time kena stay 1 night lah. Jauh bebeno...

Menu yg kitorang order :-

Siakap 2 ekor - 3 rasa + stim
Pepahat - masak cili
Sotong (besar) - goreng tepung
Lala - Sup serai
Ikan kembung bakar
Ikan pari bakar
Tomyam campur
Sayur kailan ikan masin
Telur dadar
Air - 1 jug fresh orange + 1 jug teh o panas


Menu & harga dia atas boleh dijadikan rujukan buat sesapa yg sedang survey tempat makan2.... Nak no. telepon, sila ambik kat gambar dia atas.


Kebetulan hari tu birthday Irfan Nabil. Ni yang syok bila tiap2 bulan ada jer antara kami celebrate birthday.



Selepas sesi makan2, kami jalan2 di pantai.... Keadaan pantai, tak dapat lah nak diceritakan coz malam - tak nampak apa. Tapi ada org jual2 kat tepi2 tu.



Si cantik manis

Oh ye, masa otw kesana, ada accident kat Nilai. Dasyat.....


p/s : ini kompem laju.....

Org dalam nye aku tatau selamat ke idak...

Note : Hancus diet aku mlm itu. Tp nasib baik masih maintain.

Friday, October 15, 2010

Soon.....



p/s : Idaman hati ku.....

APARTMENT UNTUK DISEWA

Aloha....

Tenant rumah aku tu call semalam. Dia kata dia kena transfer ke Serdang. So this weekend dah nak pindah.

Apartment aku ni consider apartment baru. Org tu duduk pun baru setahun. Sila lah layan gambar kat bawah ni.... (Tiada unsur paksaan pun....)





3R+2B with access card untuk naik keatas. 1st Floor. 24hr security. Ada mini market & restaurant (melayu & mamak)


Jalan masuk belakang with security guard / guard house. Boleh nampak UiTM Selayang & banyak kedai2.


Sana tu jln masuk depan with security guard / guard house. Tepi highway.

p/s : Sewa RM600 - kalau rasa mahal, cuba survey kat Mudah.my.

Wednesday, October 13, 2010

Sama jer...

Aloha...
Hari ni aku nak mengadu nasib.

1stly aku nak kasi puji-pujian kat sang PERUT. Dia dah tak mengamuk lagi. Dia dah tak menghasut sang KEPALA bersubahat dengan dia. Credit untuk itu...

Tapikan, kenapa berat aku tak kurang2. Dah seminggu ni. Adalah perubahan sikit dgn angka. Itupun setakat 500g - 1kg. Tapi bila aku mkn jer roti sekeping, dah naik balik. Aku telan biskut kering 2 keping pun, naik balik. Adakah berat sekeping roti itu bersamaan dgn 1kg?



p/s : ini hanya contoh..

Santapan harian aku hanya yg berasaskan sayur2an & sup. Paling berat aku telan pun, mee hun sup/tomyam, roti atau telur. Kan perut kan.... Itu pun seksa kita nak habiskan 1 mangkuk. Nampaknya kamu dah memahami aku perut... Exercise pun aku dah buat.


p/s: ini bukan aku yg masak.....

Tapi kenapa masih sama? Atau................

Aku rasakan perut, penimbang kat rumah tu yang dengki kan kita. Saje nak sabotage kita. Tak mengapa. Tadi aku sudah sorok dia masuk bawah meja. Sia2 saje aku redeemed dia. 15,000 points tau, nak redeem bende tu. Bersamaan 15 ribu hengget aku spent. Nanti kita beli scale baru. RM29.90. Kalu kita masih tak puas hati kita boleh buang je & beli lain.




Note : How larrr????....

Friday, October 8, 2010

Tak cukup lagi kah??!!!

Aloha....

Pagi tadi aku dah kasi kamu biskut 3 keping. Lunch tadi aku kasi kamu mee goreng... Tak cukup lagikah wahai PERUT..... Kenapa mesti kamu mengamuk? Aku tau kamu mahukan nasik. Tapi tolong lah aku... tolonglah aku kali ni. Kamu tak kesian kah penimbang kat rumah tu. Kalau boleh dia jerit, dia akan jerit "Tolong... aku tak dapat menampung beban lagi."


p/s: ini bukan aku.....

Kamu tak kesian kah kat badan aku? Sana sini dah terlebih... Kalau boleh dia jerit, dia akan jerit "Tolonglah... Kulit aku dah tak boleh lagi mengembang. Pasti akan ada yang merekah..". Tidak kah kamu peduli itu semua wahai sang perut...
Lagi satu, janganlah kamu cuba2 nak ajak sang KEPALA bersekongkol dengan kamu. Aku tau, kamu ni ibarat kembar. Kalau kamu mengamuk, pasti kamu mengajak sang kepala bersubahat sekali. Mula lah sang kepala akan migrain.... Itu yang aku paling tak tahan. Kamu tahu kelemahan aku sang perut. Kalau aku tak pedulikan kamu, kamu gunakan sang kepala. Sampai hati kamu......



Wahai sang perut, kamu tak takutkah jadi seperti dibawah ini?



p/s : ini bukan aku punya....

Jika begini, tidak mengapa.....



p/s : ini pun bukan aku punya....

Wahai sang perut, kasihanilah aku... Fahamilah aku.... Aku janji, kalau mission aku kali ni berjaya, aku akan kasi kamu makan puas2 sampai buncit. Tapi untuk 9 bln jer tau... Aku dah habiskan duit 700 hengget tau utk itu. Tolong yerk..... Kamu kan sebahagian dari aku. Aku sayang kamu wahai PERUT....

Note : Baru hari ke 2, takkan dah tak tahan....